Showing posts with label Kluster Utama. Show all posts
Showing posts with label Kluster Utama. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

Ditentukan? Atau Nasib?

Assalamualaikum.


Cuba bayangkan wujudnya satu alat yang boleh mengukur dengan tepat apa sahaja dalam dunia ni. Berat, jarak, kelajuan, tempoh, pecutan, saiz, isipadu apa sahaja. Adakah boleh kita meramal masa depan? Atau mengetahui secara tepat sejarah yang lampau?


Fizik yang dikemukakan oleh Newton mengatakan ya, boleh. Sebagai contoh, sebiji batu dilontarkan ke udara. Andai kita tahu beberapa ukuran fizikal seperti kelajuan asal batu dan arah dilontarkan, dengan mudah kita boleh meramalkan dengan tepat di mana dan bila batu tersebut akan jatuh.


Sebaliknya pula sekiranya kita mengetahui ukuran-ukuran tadi ketika batu tersebut jatuh, kita boleh mengetahui dengan tepat bila dan dari mana batu tersebut dilontarkan. Dengan mengetahui beberapa ukuran fizikal pada batu tersebut kita boleh meramal masa depan dan mengetahui sejarah batu teresebut dengan tepat.


Dasarnya. konsep yang dikemukakan Newton ini mengatakan bahawa alam ini adalah bersifat tetap dan tidak akan berubah sama sekali. Kesemua maklumat yang terkandung dalam alam pada saat ini akan menentukan apa yang bakal berlaku pada saat yang terkemudian. Inilah konsep yang dipanggil fizik klasik dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini.


Pun begitu, fizik moden mempunyai landskap yang begitu jauh berbeza. Menurut fizik kuantum, kebarangkalian wujud dalam semua perkara. Lebih-lebih lagi bagi skala yang kecil. Tiada apa yang tetap di alam ini, hanya kebarangkalian.


Sebagai contoh, katakanlah kita tahu bahawa sebiji elektron berada di dalam sebuah kotak. Sebarang ukuran yang tepat berkenaan elektron tersebut hanya akan menyebabkan ukuran lain menjadi tidak berguna. Sekiranya kita dapat megukur dengan tepat posisi elektron tersebut maka kita tidak akan dapat mengukur kelajuan elektron tersebut.


Begitu juga sebaliknya, apabila kelajuan elektron tersebut diukur secara tepat, maka kita tidak akan dapat mengukur di manakah elektron teresebut wujud. Tanpa salah satu dari keduanya, adalah mustahil untuk meramalkan dimanakah elektron tersebut akan wujud di masa akan datang.


Oleh itu satu-satunya cara untuk mengukur kedua-duanya adalah dengan menggunakan kebarangkalian. Hal ini sudah tentu mengurangkan ketepatan dalam membuat sebarang ukuran dan akan memberi kesan kepada ramalan masa hadapan dan juga untuk mengetahui sejarah. Segala informasi yang kita bakal peroleh akan berbentuk kebarangkalian dan tidak tepat sama sekali.


Adalah sangat mengagumkan bahawa semua jisim yang mematuhi fizik klasik sebenarnya dibina dari partikel-partikel kecil yang mematuhi fizik moden. Sesuatu yang perkara yang nampak ditentukan mengandungi berbilion perkara yang hanya bergantung kepada kebarangkalian untuk wujud.


p/s: ni adalah gambar yang menunjukkan di manakah sebiji elektron mungkin wujud. dalam setiap ruang putih ada sebiji elektron tapi untuk tahu secara tepat memang tak akan meberikan sebarang maklumat yang berguna.

p/p/s/s: post ni lebih banyak membebel sebenarnya. jujur la agak sukar nak harmonikan bahasa melayu dengan sains.

Monday, 2 March 2015

Perihal Ramalan

Assalamualaikum.


Dalam beberapa surah di dalam Al-Quran ada disebutkan mengenai perhiasan langit, iaitu bintang-bintang. Seperti contoh, di dalam Surah As-Saffat ayat yang ke-6:


إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk Bumi) dengan hiasan bintang-bintang. (As-Saffat: 6)



Contoh ayat-ayat lain adalah Al-Mulk ayat ke-5 dan Al-Hijr ayat ke-16. Menariknya, pada ayat-ayat tersebut atau pada ayat-ayat yang berikutnya dikatakan bahawa langit dijaga daripada golongan syaitan. Tafsir Ibn Kathir memetik hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Jabir yang menceritakan perihal golongan ini yang sering mencuri dengar perbualan para Malaikat di langit, Pun begitu setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW, mereka tidak lagi dapat berbuat melainkan direjam oleh bintang-bintang.


Dalam hadis lain oleh Bukhari ada menyebutkan bahawa golongan syaitan ini menceritakan apa yang mereka dengar di langit kepada ahli-ahli nujum dan tukang tilik. Ini adalah dalil yang menyebutkan bahawa peramal-peramal pada suatu masa dahulu bersekongkol dengan syaitan untuk memperolehi informasi mengenai perkara yang belum lagi berlaku.


Menurut teori relativiti khas Einstein, sesuatu yang bergerak akan mendapati masa bergerak lebih pantas berbanding sesuatu yang tidak bergerak. Ini memberikan satu ilusi bahawa objek yang bergerak dengan laju mampu untuk merentas masa. Secara matematik, kita boleh mengira sejauh mana kekenyalan masa bagi setiap objek yang bergerak, namun apabila sesuatu bergerak dalam kelajuan cahaya, persamaan tersebut hancur dan tidak dapat dijelaskan.


Perkara yang lain pula berlaku apabila sesuatu itu bergerak lebih laju dari kelajuan cahaya. Persamaan matematik tersebut menunjukkan bahawa objek tersebut akan terkeluar dari dimensi ruang-masa yang normal. Objek tersebut akan mempunyai masa dan jisim yang kompleks (khayalan? Mohon sesiapa bantu terjemahkan "imaginary numbers" atau "complex numbers").


Secara logik, sesuatu yang berada di luar dimensi ruang-masa sudah tentu tidak tertakluk pada batas-batas medan tersebut. Ini adalah selari dengan ayat-ayat serta hadis-hadis yang disebutkan bahawa para Malaikat tahu tentang apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Oleh kerana mereka diciptakan dari cahaya dan boleh bergerak dengan kelajuan sedemikian, maka mereka tidak tertakluk pada dimensi ruang masa.


Syaitan, walaupun berada di alam ghaib, tidak mampu mengeluarkan diri mereka dari aliran masa untuk mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Maka dustalah segala bentuk ahli nujum dan tukang tilik dalam dunia ni. Sungguhlah, sehinggakan dalam sebuah hadis oleh Imam Muslim menyebut sesiapa yang bertanyakan sesuatu kepada tukang tilik maka ibadahnya tidak diterima selama 40 hari.


Wallahua'lam.
p/s: gambar yang menunjukkan kon cahaya. Apa sahaja yang terletak di luar kon cahaya tidak boleh berinteraksi dengan titik asal(hujung kon).

p/p/s/s: kalimah "kaukab" dalam ayat-ayat yang disebutkan membawa maksud sesuatu yang berada di langit. Ada terjemahan yang menggunakan "bintang" dan ada yang menggunakan "planet".

Tuesday, 3 February 2015

Daya yang 4 (ii)

Asslamualaikum.


Sebelum ni dah dibincangkan pasal graviti dan elektromagnetik. Seterusnya kita tengok pula lagi 2 daya yang tinggal.


Daya Nuklear Lemah
Jangan terpengaruh dengan perkataan lemah. Hakikatnya daya inilah yang menyebabkan bandar-bandar seperti Chernobyl dan Hiroshima melekat pada sejarah. Teori mengenai daya ini diketengahkan oleh Enrico Fermi pada tahun 1933. Oleh kerana belum hampir seratus tahun pun daya ini dikenalpasti, sejarah perkembangannya agak singkat dan tak begitu menarik.


Tidak seperti elektromagnetik dan graviti, daya ini hanya bertindak pada jarak yang teramatlah kecil, lebih kurang 10-18 meter. Ianya bertanggungjawab dalam proses pereputan nuklear. Seperti contoh, isotop uranium akan mereput menjadi elemen-elemen yang lebih ringan dan mengeluarkan tenaga. Pereputan ini berlaku akibat pertukaran identiti sesuatu partikel dalam atom. Penukaran identiti ini adalah disebabkan berlakunya perubahan pada isi kandungan partikel tersebut.


Contoh lain yang mudah adalah seperti isotop karbon-14. Isotop ini mempunyai 6 partikel proton dan 8 partikel neutron. Pereputan nuklear akan menyebabkan salah satu neutron tersebut bertukar kandungannya dan identitinya berubah menjadi proton. Hasilnya atom tersebut kini mempunyai 7 proton dan 7 neutron, atau dikenali sebagai nitrogen-14. Menarik bukan? Satu elemen dapat berubah menjadi elemen yang lain.


Konsep pereputan inilah yang digunakan dalam janakuasa-janakuasa nuklear seluruh dunia untuk menghasilkan tenaga. Tidak lupa juga ia telah digunakan beberapa kali sebagai senjata dalam peperangan. Pun begitu, keterujaan aku terhadap daya ini adalah kebolehan untuk mengubah sesuatu elemen kepada elemen yang lain. Sebagai contoh, mengambil batu dan manjadikannya emas melalui proses ini. Menarik kan? (walaupun tak mustahil, namun kemungkinannya sangat rendah)


Daya Nuklear Kuat
Agak aneh, namun tiada satu nama pun dalam sejarah yang dominan dalam bidang ini. Teori daya ini agak lewat dibangunkan iaitu pada 1970-an. Ahli fizik seluruh dunia agak bingung dengan struktur nukleus atom. Bagaimanakan proton yang mempunyai cas positif mampu untuk kekal melekat pada proton yang lain yang mempunyai cas yang sama? Seharusnya dua cas yang sama akan menolak, lebih-lebih lagi pada jarak yang sangat dekat.


Maka daya nuklear kuat diteorikan. Ini adalah daya yang terkuat antara keempat-empat daya yang asas. Ianya bertindak pada jarak yang lebih besar dari daya nuklear lemah, iaitu lebih kurang 10-15 meter (diameter sebiji(?) proton). Tak banyak yang boleh diceritakan mengenai daya ini. Namun. tanpa daya ini seluruh alam hanya akan dipenuhi gas-gas proton tanpa sebarang jisim yang pejal.


Bila kita lihat balik pada keempat-empat daya yang asas ini, tercetus dua soalan:
  1. Ada tak daya asas yang lain yang belum kita tahu?
  2. Kenapa perlu ada banyak asas? Asas patutnya satu je la.
Soalan pertama mudah dijawab. Mungkin ada. Tapi belum ditemui dan difahami seperti jisim hitam dan daya hitam. Soalan kedua pula merupakan satu soalan yang menghantui hampir pengamal-pengamal fizik seluruh dunia. Sehingga kini masih tiada lagi yang mampu untuk menjadikan keempat-empat daya ini sebagai sesuatu yang diperolehi dari sesuatu yang lebih asas lagi. Sehingga kini beberapa teori telah dikemukan untuk menjawab persoalan ini, namun ianya masih lagi menjadi satu misteri.



p/s: bercakap tentang nuklear, memang inilah terbayang dalam minda. Aku salahkan media(?)


Sunday, 25 January 2015

Daya Yang 4 (i)

Assalamualaikum.


Seharusnya aku nak buat satu transkrip mengenai evolusi menurut pendapat aku. Tapi topik tu agak berat dan Origin of Species yang tak berapa nak tebal tu pun aku belum habis rabakkkan lagi, makanya aku memadamkan dulu niat nak menerobos masuk dalam dunia biologi yang membosankan tu haha. Minat aku pada evolusi pun hanya sebab ia sangat berkait dengan falsafah dan agama(sebab tu fizik jauh lagi menarik sebab semuanya falsafah dan agama *jelir lidah*).


Oleh dek kerana tu, hari ni aku mengisi masa dengan menulis tentang daya. Penggunaan istilah 'daya' pun sebenarnya ada kisahnya. Oleh kerana sepanjang hidup aku segala ilmu fizik yang perolehi hampir 100% dalam bahasa Inggeris, maka aku agak kalut mencari satu terjemahan untuk istilah force yang amat berterusan penggunaannya dalam fizik. Melalui beberapa rujukan akhirnya aku akhirnya mengambil keputusan untuk guna istilah 'daya'. Bagi aku memang janggal. Tapi tak mengapalah.


Hampir keseluruhan pergerakan alam ni boleh dijelaskan dengan daya. Tangan yang bergerak, jerung yang berenang, kapal yang terbang, Bumi yang berputar, lubang hitam yang menyedut(?) dan bermacam-macam contoh lagi boleh disenaraikan. Memang adalah persetujuan jumhur bahawa daya merupakan sesuatu yang asas dalam fizik. Dan setiap kali sesuatu jenis daya dikenalpasti merupakan satu bentuk pengembangan yang amat signifikan dalam memahami alam ini.


Daya-daya yang asas dan telah dikenalpasti diklasifikasikan dalam 4 bentuk:


Daya graviti
Graviti merupakan salah satu daya yang terawal dikenalpasti dan diteorikan oleh manusia. Eksperimen yang dilakukan oleh Galileo pada akhir abad ke-16 sehinggalah awal abad ke-17 dengan menjatuhkan objek dari Menara Condong Pisa. Galileo berjaya megira dengan tepat pecutan medan graviti Bumi. Kemudian Newton pula memajukan teori ini dengan mengemukakan satu teori yang boleh digunapakai untuk semua objek dalam alam semesta.


Pun begitu masih ada sedikit kepincangan dalam teori Newton. Seperti biasa, pakcik yang amat sinonim dengan fizik, Albert Einstein berjaya formulasikan satu teori yang mengatakan bahawa graviti sebenarnya adalah lengkungan dalam geometri ruang-masa, bukan sekadar daya semata-mata. Secara ringkas inilah yang dipanggil teori relativiti am.


Daya graviti bersifat tak terhingga. Dua objek akan sentiasa mengalami tarikan antara satu sama lain walaupun berjarak sejauh alam. Secara am, graviti adalah daya yang sangat lemah. Bayangkan seluruh Bumi menarik kita ke tanah, namun kita mampu untuk melawan tarikan tersebut dengan daya yang dihasilkan oleh otot badan yang kecil. Dan graviti hanya bertindak dalam satu arah, iaitu menarik.


Pun begitu, dalam kuantiti yang banyak, daya graviti menjadi sesuatu yang amat menakutkan. Bayangkan setelah berbillion tahun, Bumi masih lagi tidak dapat untuk melawan tarikan Matahari (kalau Bumi terkeluar dari orbit sebenarnya lagi menakutkan). Dan contoh yang paling dahsyat, lubang hitam. Tarikan graviti yang melampau sehinggakan cahaya matahari yang teramat laju tu pon tak mampu untuk melarikan diri. Meremang bulu roma.


Daya elektromagnetik
Hampir 100 tahun manusia mula untuk memahami graviti, kemudian terserempak pula dengan daya elektromagnetik. Pada mulanya, daya elektrik dan daya magnetik dianggap berbeza, namun pada abad ke-19, James Maxwell berteori bahawa keduanya adalah sebahagian dari satu daya yang sama. Dan nama Einstein wujud juga dalam sejarah elektromagnet. Bahkan hadiah Nobel Prize beliau berkait dengan elektromagnet.


Hampir seluruh kehidupan manusia bergantung pada daya ini. Mungkin ramai dapat meneka dengan tepat daya ini digunakan dalam peralatan elektrik dan elektronik. Benar. Namun, tanpa kita sedar, semudah-mudah pergerakan badan kita adalah hasil daya elektromagnetik. Kita dapat berdiri tanpa jatuh tembus ke tanah adalah kerana daya elektromagnetik. Warna langit yang biru, lampu yang menyala, bayi yang merangkak semuanya mempunyai daya elektromagnetik. Sungguh.


Seperti graviti, elektromagnetik juga bersifat tak terhingga. Dan ianya jauh lebih kuat dari graviti. Ia bertindak pada dua arah, menarik dan menolak. Daya positif akan tertarik pada negatif dan akan menolak pada positif. Begitulah sebaliknya. Seperkara yang menarik, cahaya juga merupakan salah satu bentuk elektromagnet. Juga radio. Juga gelombang mikro. Juga ultraungu. Laser, Apa sahaja yang dalam fikiran korang, ada kemungkinan itu adalah elektromagnet, Kewujudannya memang di mana-mana.


Mungkin cukup dulu untuk kali ini. Lagi dua jenis daya, aku sambung lain kali. Chow.

p/s: satelit banyak bergantung pada daya elektromagnetik dan graviti.

Thursday, 22 January 2015

Paksi yang Condong

Assalamualaikum.


لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. {Yasiin: 40}


Dalam beberapa terjemahan dalam Bahasa Inggeris, ramai penterjemah seperti Pickthall, Yusuf Ali dan lain-lain memilih untuk menterjemah perkataan falak dengan maksud orbit. Aku bukanlah orang yang paling lancar dalam Bahasa Arab ni, tapi dengan sedikit rujukan aku dapati maksud asal perkataan ni secara tepat adalah ‘membulat’. Apa-apa yang disebut falak adalah sesuatu yang mempunyai kecenderungan untuk bulat. Dan ianya sangat bertepatan dengan perkataan yang kita kenali hari ini dengan istilah ‘orbit’.

Dalam ayat Surah Yasiin kat atas more or less menjelaskan bahawa Bulan dan Matahari mempunyai orbit masing-masing yang mana ramai tahu dan percaya Bulan mengorbit Bumi dan Matahari pual mengrbit menurut putaran Galaksi Bima Sakti. Nampaknya orang Islam dah sedar perkara ni lama sebelum Copernicus menyalak menentang konsep Bumi-di-tengah-alam yang disokong secara buta oleh kuasa gereja Eropah abad ke-15 dan 16.

Pun begitu, aku sebenarnya lebih berminat nak menceritakan mengenai paksi berbanding orbit. Dan yang lebih lari dari topik dalam ayat kat atas, paksi Bumi, bukan Bulan atau Matahari. Kenapa menarik sangat paksi Bumi ni?

Paksi adalah pusat dimana sesuatu objek itu berputar. Dan Bumi berputar pada paksinya yang sebenarnya condong sebanyak 23.4 darjah. Bukan tegak. Kecondongan inilah yang menyebabkan terjadinya fenomena 4 musim pada bahagian utara dan selatan bumi. Nampak condong tak berapa banyak, tapi disebabkan yang tak berapa banyak ni lah wujudnya tempat yang bersuhu -50 ºC dan wujud juga tempat yang bersuhu 50 ºC di atas muka Bumi ni. Dahsyat.


Disebabkan kecondongan ni jugak, kawasan kutub Bumi mengalami keadaan siang dan malam yang sangat panjang. Dalam masa setahun, Matahari hanya terbit dan terbenam sebanyak satu kali. Hiduplah anda dalam kecerahan selama 6 bulan dan diikuti kegelapan selama 6 bulan. Pun begitu, tak ada pun orang yang hidup di kawasan kutub ni. Tapi, kawasan yang berdekatan dengan kutub, seperti Norway, Iceland, Greenland, Sweden, Russia dan beberapa negara lagi boleh mengalami fenomena midnight sun, yang mana matahari tak terbenam sepenuhnya, dan boleh mencecah sehingga 4-5 bulan.

Kecondongan ni sebenarnya menyebabkan Bumi sangat tak stabil. Maha Kuasa Allah menciptakan bulan pada jisim yang benar-benar tepat untuk menstabilkan putaran Bumi. Tanpa Bulan, putaran Bumi akan jadi macam gasing yang hampir jatuh. Ke kiri, ke kanan, ke kiri, ke kanan, dan terkadang mungkin paksi Bumi akan jadi mendatar seperti Uranus. Sesiapa yang singgah ke Uranus, satu hari adalah bersamaan satu tahun di Uranus (dalam 85 tahun Bumi). Dan tak ada sesiapa yang nak Bumi wobbling macam gasing. Pergerakan angin yang tak menentu, cuaca berubah-ubah, pasang surut yang menggila, dan macam-macam lagi yang tak tergambar oleh manusia akan berlaku tanpa Bulan.

Oh dan jangan lupa, kalau di utara sedang musim sejuk. Di selatan pula musim panas. Dan di Malaysia kekal hangat dan lembab sepanjang tahun. Syukur.


p/s: baru bercerita tentang kecondongan, belum bercerita tentang putaran. Memang benarlah, nikmat Allah tak terkira. {14:34}.



p/s/s: kali terakhir aku menulis, dua tahun lalu. Tak ada yang rindu tak mengapa.

Tuesday, 20 August 2013

Teleportasi dan Singgahsana

Assalamualaikum.


Alhamdulillah aku masih diberi nikmat menulis. Moga-moga aku dapat menyelesaikan hingga ke akhir post. Jadi jom! Topik kali ini!


قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. {An-Naml: 40}



Ramai yang mungkin tahu kisah yang disebutkan kat dalam ayat ni. Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Cerita jiwang Islami, sah-sah ramai yang tahu. Haha. Tak mengapa. Kalau nak baca lebih detail bukalah Al-Quran terjemahan surah An-Naml ayat 15 hingga 44. Ini cerita jiwang kalau dibaca dapat pahala Insya-Allah.


Eh, tapi aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak fokus kat ayat atas ni. Dalam ayat sebelum tu disebutkan yang seekor jin yang bernama Ifrit telah menawarkan untuk membawa singgahsana Ratu Balqis ke istana Nabi Sulaiman sebelum baginda bangun dari duduk. Kemudian seorang yang berilmu pula menawarkan untuk membawa singgahsana tersebut dalam sekelip mata. Dan POOF! sampailah singgahsana tersebut.


Situasi memindahkan objek dengan sekelip mata ni memang ada dalam fizik, dan ia dipanggil teleportasi. Zaman sekarang konsep ni memang agak famous jugak la. Dalam filem Star Trek, sihir Apparation dalam Harry Potter (aku tahu la tu sihir bukan sains tapi aku nak sebut jugak) dan macam-macam lagi la. Dari titik A ke titik B POOF! sekelip mata. Kalau wujud kat dunia ni dah lama MAS dan AirAsia bankrap. Jadi benda ni logik ke tak?


Menurut hukum Newton, memang tak logik. Dan sains selama 250 tahun menganggap benda ni memang tak boleh nak buat. Sehinggalah tahun 1925, tahun kelahiran rasmi fizik kuantum. Sepertimana yang pernah aku cerita sebelum ni dalam post yang ni, elektron mempunyai sifat sebagai partikel, tapi ia juga mempunyai sifat gelombang. Gelombang ni sebenarnya adalah kemungkinan untuk elektron tersebut wujud. Dan kemungkinan ini wujud pada seluruh alam. Contoh untuk mudah faham, katakan elektron A berada di titik x, sebenarnya ia tak wujud pun pada titik tersebut, cuma di situlah kemungkinan paling besar untuk elektron A wujud. Ada je kemungkinan yang elektron A wujud di titik B, yang terletak sejuta tahun cahaya jauhnya. Tapi kemungkinan tu sangat sedikit.


Apa kesan fenomena ni? Elektron A boleh wujud pada titik A, kemudian berpindah pada titik B dalam sekelip mata. Ok bukan sekelip mata tapi lagi laju. Instant. Tanpa jeda. Walaupun kemungkinan ia berlaku kurang dari sekali sepanjang umur alam ini, tapi ia tetap boleh berlaku.


Menurut fizik Newton dan Einstein, tiada satu pun objek atau maklumat yang boleh bergerak lebih laju dari cahaya. Namun dengan konsep gelombang elektron ini, perkara ini telah berjaya dipatahkan. Pada tahun 1993 saintis di syarikat IBM berjaya membuktikan dengan menghubungkan gelombang antara 2 elektron, maklumat berjaya dihantar tanpa jeda. Contoh, gelombang elektron A dihubungkan dengan elektron B. Apa-apa perkara yang diubah pada A akan secara automatik berubah pada B instantly. Serentak. Katakanlah elektron C dihubungkan dengan elektron B, maklumat dari C akan terus sampai kepada A. Serta merta A akan menjadi C. Kemudian C dihancurkan. Faham tak? C telah dipindahkan dari tempat asalnya kepada tempat A dengan menghantar maklumat dan menjadikan A itu C.





Sejak itu saintis-saintis telah berjaya menghantar atom-atom, bahkan DNA dan virus menggunakan konsep ini dan rekod dicipta pada tahun 2004 apabila saintis berjaya melakukan teleportasi terhadap gas cesium yang mengandungi bertrillion atom.


Namun begitu, pada tahun 2007, saintis-saintis dari Australian Research Council Centre of Excellence berjaya melakukan teleportasi tanpa menggunkan konsep hubung-menghubung. Mereka mengumpulkan atom-atom rubidium yang sangat sejuk (lebih sikit je dari absolute zero, -273°C) dimana jisim pada suhu ini akan mengeluarkan tenaga yang berbentuk maklumat dan ianya boleh dipindahkan menggunakan kabel optik fiber tanpa perlu menghubungkan elektron. Maklumat ini akan membentuk jisim asal tersebut di tempat yang lain.


Kedua-dua konsep ini memang agak rumit dan memang langsung tidak boleh digunakan untuk teleportasi manusia. Jadi teknologi ni mungkin akan wujud lagi dalam masa 100 atau 200 tahun akan datang tapi kita memang takkan merasa la. Tapi orang berilmu zaman Nabi Sulaiman tu memang gempak la sebab dah boleh pindah barang macam tu je. Haih. Wallahua'lam.


p/s: gambar ni memang betul, dari segi teknikalnya, kita telah mengklon dan membunuh orang diamana kedua-duanya dilarang agama.

Thursday, 14 March 2013

Maratib Amal dan Skala Kardashev

Assalamualaikum.


Disebabkan sekarang ni dah terasa panas bahang pilihanraya kat negara kita ni, dan memang perbincangan politik berleluasa di sana sini, terdetik dalam hati  aku untuk buat satu post berkaitan politik. Mesti korang tertanya-tanya, apa kaitan politik dengan fizik? Aku pun tak pasti nak jawab soalan tu, tapi sepanjang post ni, mungkin kaitan tu akan terwujud secara sendirinya.


Pada tahun 1964, seorang ahli astronomi Soviet yang bernama Nikolai Kardashev telah mencipta satu skala untuk mengukur kemajuan peradaban sesuatu tamadun berdasarkan jumlah penggunaan tenaga mereka. Pada asalnya skala tersebut mempunyai 3 kategori:
  • Type I: Tamadun yang terletak dalam kategori ini mampu untuk menggunakan sepenuhnya segala jenis sumber yang wujud di dalam sistem bintang mereka. Tamadun ini kebiasaannya berada di bawah satu pemerintahan sahaja.
  • Type II: Tamadun kategori ini mampu menggunakan sumber-sumber yang wujud di dalam kumpulan bintang yang mereka diami. Bagi tamadun sebegini, setiap sistem bintang diperintah oleh kerajaan masing-masing.
  • Type III: Mereka yang berada dalam kategori ini mampu untuk menggunakan segala sumber yang wujud dalam satu galaksi. Sistem pemerintahan tamadun ini dianggarkan bersifat kolektif dan menggunakan satu jenis perlembagaan untuk menyatukan beberapa kerajaan.
Skala ini telah dikembangkan lagi dan perbincangannya amat panjang dan agak bosan. Namun aku ingin menambah satu kategori lagi dari pengembangan tersebut memandangkan tamadun manusia zaman kini tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas.
  • Type 0: Tamadun ini mengekstrak sumber dari bahan-bahan organik mentah seperti petroleum. Mudahnya inilah tahap tamadun manusia zaman kini.

Cukup dulu dengan skala Kardashev. Sekarang aku nak cerita serba sedikit pula pasal maratib(ketertiban) amal yang diketengahkan oleh Imam Hassan Al-Banna. Maratib amal ni untuk mudah difahami adalah satu skala yang menjelaskan peringkat-peringkat gerak kerja bagi mencapai matlamat Islam sebagai tonggak dunia. Maratib amal ni ada tujuh peringkat:
  • Individu: Seseorang Muslim itu berusaha untuk memperbaiki dirinya agar mencapai sifat-sifat seorang Muslim yang sempurna.
  • Keluarga: Mendidik agar keluarga membesar dalam keadaan memahami dan mengamalkan prinsip Islam.
  • Masyarakat: Membimbing masyarakat agar meninggalkan amalan yang buruk serta membudayakan amalan yang baik serta menyokong gagasan yang dibawa Islam.
  • Kerajaan: Membebaskan tanah air dari kuasa asing yang bukan Islam dari segi politik, ekonomi atau moral.
  • Negara: Memulihkan kerajaan agar benar-benar bercirikan Islam dan melaksanakan segala hukum dan ajaran Islam.
  • Khilafah: Membebaskan tanah-tanah lain agar dibentuk satu khilafah yang memerintah seluruh tanah milik Islam dan melahirkan semula perpaduan umat Islam.
  • Ustaziatul Alam: Peringkat terakhir, di mana seluruh dunia berada di bawah pemerintahan Islam dan menjadi tonggak bagi seluruh umat manusia.

Berdasarkan kedua-dua skala ini, aku amat tertarik pada Type I dan Ustaziatul Alam. Terdapat satu persamaan yang jelas antara keduanya dari segi pemerintahan. Keduanya mengetengahkan pemerintahan singular bagi seluruh umat manusia. Dan kalau dilihat penghuraian dan perbincangan dari kedua-dua skala untuk mencapai pemerintahan singular tu, memang banyak persamaan. Cumanya yang skala Kardashev tu memang tak sentuh pasal Islam langsung la.


Jadinya, dalam membentuk tamadun Type I yang menjadikan Islam sebagai Ustaziatul Alam, politik memainkan peranan yang sangat besar. Oleh itu aku menyeru kepada para pemuda yang secara tak sengaja terbaca post ni, mari sama-sama kita menjadikan diri kita bermanfaat dalam memajukan politik negara kita. Dan bila aku cakap macam ni aku bukan maksudkan kita pergi bertanding ke, berkempen ke, berdemonstrasi ke, baling telur ke tapi cuba untuk menggunakan minda rasional dalam memahami situasi politik kini dan bertindak ke arah yang menguntungkan kita sebagai orang Islam.

Wallahua'lam.


kiraan jumlah sumber yang digunakan oleh skala Kardashev

Monday, 11 February 2013

Logik dan Aqidah

Assalamualaikum.


Antara sebab kenapa aku mulakan blog ni adalah untuk membantu para-para penghuni tarbiyyah yang sering menyerabutkan kepala mereka dengan persoalan-persoalan seperti:

"Apa pendapat Islam pasal makhluk asing?"

"Malaikat tu dicipta dari cahaya, jadi diorang boleh merentas masa la kan?"

"Macam mana dikatakan bintang merejam syaitan, komet ke?"

"Alam ghaib tu macam mana?"

"Apa yang wujud sebelum penciptaan alam?"


Dan bermacam-macam lagi persoalan yang sering diajukan dari segi sains mengenai Islam. Ataupun persoalan Islam dari segi sains. Mana-manalah. Disebabkan kurangnya para dai'e yang mengambil berat mengenai persoalan-persoalan ini, maka aku pun cuba untuk membantu dari sudut ini bagi menenangkan hati-hati meraka yang berjiwa curious ni.


Namun sepanjang ekspidisi aku ni, apa yang aku temui ialah banyak perkara yang masih tidak boleh dijelaskan secara sains. Namun, masih juga timbul persoalan-persoalan yang meminta penjelasan mengenai perkara tersebut. Jadi aku mengambil keputusan untuk menjawab semuanya secara am.


Sains itu adalah makhluk, dimana penciptanya adalah Allah. Logik juga adalah makhluk. Allah mencipta logik dengan 2+2=4. Pun begitu bila-bila masa Allah boleh menjadikan logik itu 2+2=5. Apa yang kita faham tentang logik itu hanya satu penciptaan di dunia, bukan sesuatu yang hakiki. Sebagai contoh syurga dan neraka tak terikat dengan logik dunia. Allah tak perlu untuk meletakkan sains sebagai pengikat kepada segala kejadian di dunia. Bila mana Allah berfirman 'kun' maka 'yakun'. Tak perlu mengikut logik dan sains. Perlu jelas aqidah kita kat sini.


Jadi bila mana ada sesuatu fenomena berkaitan aqidah yang tak boleh dijelaskan secara taakulan dan eksperimen, bukan bererti kita mesti mencari bagaimana proses kejadian tersebut, tapi kita hanya perlu wajib beriman tanpa ragu-ragu. Sebagai contoh Israk dan Mikraj, memang benar ada beberapa konsep sains yang boleh membantu pemahaman, tetapi kepercayaan terhadap perkara ini patut lebih diutamakan berbanding penjelasannya. Kan bagus kalau kita macam Abu Bakar r.a., bila orang kafir Quraisy datang dan cakap, "Hei Abu Bakar, Muhammad mendakwa dia pergi ke Palestin dan naik ke langit kemudian turun semula dalam satu malam, kau percaya?!" Dengan penuh keyakinan Abu Bakar jawab, "Aku beriman dengan Muhammad dan apa yang dikatakannya."


Proses mengenal Allah itu bukanlah melalui sains dan penaakulan, tetapi dengan mengenali sifat-sifatNya Yang Maha Agung yang diberitakan melalui wahyu melalui Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. Hatta Nabi Ibrahim pun cuba untuk mencari Allah melalui taakulan tapi tak berjaya sehinggalah diberikan wahyu(Al-An'aam:76-78). Apabila kita cuba memperjelaskan tauhid menggunakan logik, secara tak langsung kita meletakkan logik pada nombor satu, dan tauhid pada nombor dua. Kita meletakkan makhluk sebagai penentu aqidah kita. Na'uzubillah.


Jangan silap faham, bukan bermakna sains ditinggalkan langsung, bahkan dengan sains dapat menunjukkan lagi kebesaran Allah dan kekuasaanNya. Tapi ianya hanya sebagai tambahan, sekadar penghias, bukannya sebagai asas yang menyokong aqidah kita sebagai umat Islam. Boleh faham?


Kesimpulannya, tidak mengapa sekiranya bertanya atau ingin tahu mengenai logik dalam aqidah, tapi janganlah jadikan ianya sebagai persoalan yang utama dalam usaha kita mengenal Allah SWT dan menuju ke arah mendapatkan keredhaanNya. Sampai sini dulu. Moga bermanfaat.



Allah tidak perlu untuk mengecilkan bumi atau membesarkan lubang jarum untuk memasukkan bumi ke dalam lubang jarum.
p/s: walaupun agak kontra isi post kali ni dengan apa yang aku buat selama ni, aku ada sebab yang tersendiri. Dan gambar ni, hmmm aku pun tak tau nak caption apa.

Saturday, 19 January 2013

Masa dan Taubat

Assalamualaikum.


Hari tu ada seorang mamat ni cakap kat aku, Buraq tu macam mesin masa sebab boleh gerak laju macam cahaya. Dalam hadis sahih Bukhari(Bab 58 No.227) pasal Israk Mikraj ada disebut kelajuan Buraq iaitu selangkah bersamaan sejauh mata memandang. Disebabkan penglihatan mata bergantung kepada cahaya, jadi ada logiknya statement kat atas tu. Siapa yang tak tahu lagi kenapa cahaya boleh menyebabkan masa berubah boleh baca post ni.


Apa yang aku nak fokus hari ni adalah pasal konsep merentas masa. Sepertimana isu mendarat kat bulan, ramai yang cakap teori merentas masa ni cuma satu konspirasi semata-mata untuk melalaikan umat Islam. Aku pun kurang faham macam mana merentas masa ni boleh melalaikan, jadi aku pun buatlah sedikit kajian pasal ni. Basically apa yang aku jumpa adalah seperti berikut.

  • Hadis riwayat Bukhari dan Baihaqi mengenai 5 perkara sebelum 5 perkara.
  • Surah Al-Asr.
Kedua-dua dalil ni menunjukkan kepada satu perkara, iaitu taubat. Kalau wujudnya kebolehan untuk merentas masa, dah tentulah mudah untuk manusia untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa mereka pada masa lalu dan tak perlu bertaubat atau berlumba-lumba untuk beramal.


Jadi aku tak niat pun nak cakap siapa betul siapa salah. Cumanya aku nak bawa korang memahami bagaimanakah konsep merentas masa yang diteorikan selama ini. Lepas tu korang boleh decide sendiri apa yang korang nak percaya.


Secara amnya, ada 4 teori yang menerangkan apa yang berlaku kalau kita merentas ke masa lalu.

  • Konsep pertama ni adalah konsep yang paling mainstream. Bila kita pergi ke masa lalu, apa yang kita buat akan memberi kesan dan menukar sejarah. Maknanya kalau kita secara tak sengaja tergugurkan mak yang tengah mengandungkan kita, kita akan jadi tak wujud. Dengan kata lain, kita boleh menyebabkan diri kita tak melakukan dosa. Jadi kat sini memang menyalahi konsep taubat.
  • Yang kedua ni pulak adalah konsep yang diterima pakai kebanyakan saintis dan aku pun sendiri agak berkenan dengan yang ni. Bila kita ke masa lalu, kita akan masuk ke alam yang selari dengan alam kita(parallel universe) dimana kalau kita mengugurkan mak kita, kita masih wujud. Sebabnya mak yang melahirkan kita tu berada di alam yang lain, bukan pada alam yang kita masuk dengan merentas masa. Jadinya, semua perkara yang berlaku pada alam asal kita akan tetap berlaku walau macam mana pun kita ubah pada alam selari tu. Kat sini maknanya segala dosa kita akan kekal bersama kita. Konsep yang ni tak melanggar konsep taubat.
  • Teori ketiga mengatakan sepertimana ada hukum graviti, macam tu jugak ada hukum merentas ke masa lampau, iaitu kita akan dihalang dari mengubah apa-apa. Ada hukum fizik yang menghalang. Konsep ni pun tak melanggar konsep taubat.
  • Konsep terakhir ni lebih kurang yang ketiga. Bila kita merentas ke masa lalu, apa-apa yang kita buat sebenarnya memang dah berlaku. Contoh kita tertebang satu pokok pada masa lalu, sebenarnya pokok tu memang dah ditebang pun sebelum kita merentas masa. Ini pun tak melanggar konsep taubat.


Boleh faham? Kesimpulannya, hanya satu konsep merentas ke masa lalu yang bertentangan dengan konsep taubat. Walau bagaimana pun, masing-masing boleh buat taakulan sendiri. Ni hanya pandangan aku. Kalau rasa ada yang lebih bernas boleh kongsi sama-sama. Moga bermanfaat.




p/s: kali ni panjang sikit kot. Equation kat atas ni menerangkan bagaimana merentas ke masa hadapan adalah logik dan memang dah dibuktikan secara saintifik. Contohnya satelit GPS yang mengorbit bumi dengan kelajuan 18000km/h perlu melakukan pengubahsuaian dalam memproses data agar data tersebut tepat dan tidak tersasar.



t' mewakili nisbah regangan masa 

t mewakili masa yang dialami oleh sesuatu objek 
c mewakili kelajuan cahaya iaitu 299792458 meter persaat 
v mewakili kelajuan objek

Secara matematik, kalau v sama dengan atau lebih dari c, equation ni akan jadi hancur, tu sebab untuk bergerak sama atau lebih laju dari cahaya adalah mustahil.

Tuesday, 4 December 2012

Langit dan Relativiti

Assalamualaikum.


Alhamdulillah aku dapat lagi sambung menulis. Memang berkarat jari sebab lama tak menaip. Tapi tak mengapa. Berkarat tak berkarat, yang penting masih boleh jalan.


Hari ni aku nak sambung perbincangan relativiti yang masih belum habis sebenarnya. Ada satu post yang aku buat pasal relativiti khas. Kali ni aku nak bincang pasal relativiti am. Dalam Quran ada sebut:


يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ ۚ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ ۚ وَعْدًا عَلَيْنَا ۚ إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ

(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi, sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya. {Al-Anbiyaa': 104}


Sebagaimana teori relativiti khas, relativiti am juga diteorikan oleh pakcik saintis terkenal, pakcik Albert Einstein. Teori relativiti khas yang dikemukakan beliau pada 1905 amat terhad dan hanya boleh digunapakai untuk objek yang bergerak lurus. Maka setelah beberapa tahun beliau mengemukakan pula teori relativiti am yang boleh digunapakai untuk semua objek dalam alam semesta.

Sebelum kita teruskan, kita kena faham konsep ruang-masa(spacetime). Konsep ni agak mudah, iaitu menggabungkan dimensi ruang dan dimensi masa sebagai satu entiti yang dipanggil ruang-masa. Kita hidup dalam dunia 3 dimensi, ditambah dengan 1 dimensi masa. Maka ruang-masa ada 4 dimensi. Mungkin post ni boleh membantu pemahaman. Kalau masih tak faham tak mengapa. Teruskan pembacaan. Moga-moga diberi ilham daripada Allah untuk faham.


Jadi apakah teori relativiti am? Teori ini mencadangkan bahawa graviti tu sebenarnya adalah ledingan ruang-masa oleh sesuatu jisim. Hmm...ledingan tu istilah yang tepat bagi penjelasan ni tapi untuk bahasa yang lebih mudah boleh sebut bengkokan atau lengkungan. Maknanya sini ruang-masa tu meleding atau melengkung apabila wujudnya jisim padanya. Nak bagi faham lagi apa kata tengok gambar kat bawah ni.


Kalau tengok, sfera(jisim) kat tengah tu menyebabkan satah biru(ruang-masa) tu meleding. Apa yang ingin dijelaskan kat sini ialah apabila ruang-masa meleding, pergerakan kita akan mengikut ledingan tersebut. Sebagai contoh, kita berjalan lurus:
Adakah sebenarnya berjalan dengan lurus seperti di bawah?:
Sudah tentu tidak, tetapi kita akan dapati perjalanan kita akan menjadi seperti berikut:
Dalam satah 2 dimensi, memang kita berjalan lurus, tetapi hakikatnya pada geometri 3 dimensi kita sebenarnya berjalan mengelilingi Bumi dan akhirnya kita akan sampai semula pada tempat permulaan perjalanan kita. Ini adalah contoh bagaimana ledingan satah 2 dimensi berlaku pada satah 3 dimensi. Graviti adalah ledingan satah 3 dimensi pada satah 4 dimensi. Bumi sebenarnya bergerak lurus tapi disebabkan graviti matahari, berlaku ledingan pada garis lurus tu dan menyebabkan Bumi bergerak dalam bulatan. Tapi perlu diingatkan graviti merangkumi sekali dengan dimensi masa. Masa juga diledingkan. Oleh itu, graviti di sini boleh dikatakan ledingan satah 4 dimensi(ruang-masa) pada satah 5 dimensi. Faham?


Menariknya dalam Surah Al-Anbiyaa' kat atas tu, disebut menggulung langit seperti menggulung lembaran. Disebut secara jelas langit tu boleh digulung. Boleh dileding. Boleh dibengkokkan. Jadi sebenarnya dalam Quran dah sebut lama dah pasal teori relativiti am ni. Sangat intriguing. Tapi jangan diabaikan, dalam ayat tu Allah nak beritahu betapa mudahnya Dia menggulung langit tu pada Hari Kiamat nanti. Semudah menggulung kertas.


Sampai sini je untuk kali ni.

p/s: satu teori yang agak menarik dan aneh, bila masa diledingkan, ada kemungkinan untuk seseorang itu 'berjalan' melalui masa sehingga kembali pada waktu yang sebelumnya.

Monday, 23 July 2012

Cryonics And Death


Assalamualaikum.

Usually my posts are in Malay but due to the amount of English essays I have to write during my diploma programme, I think it's a great idea to start writing in English. The Malay version of this post can be found here.

The other day my lecturer told my whole class to make a research about cryonics. Because my whole knowledge on this subject basically came from a tv show, so I turned to my most trusted and easiest source of knowledge, the Internet.

Cryonics is a branch of what we call fringe science. In some respect it is similar to cryogenics but way more awesome(creepy). Apparently some scientists believe that we are actually truly dead when our brain stopped working. Amazingly the brain does not stop working until few hours after our heart stops. When a person's heart stops beating he or she is clinically dead but his or her brain is still functioning. So according to the scientists, clinically dead is not truly dead. The person can still be resuscitated but unfortunately our medical technology is still not good enough to do that. So, by undergoing cryonic process, clinically dead people hope to be revived and live their lives again in the future when advancement in medical field become good enough to save them.

The cryonic process is the process of freezing your body after a doctor pronounced that you are dead in hope of preserving your brain from shutting down or in other words, preventing you from a true death. There are two types of cryonic process.

  • The first one is full body preservation. The whole body is preserved by freezing them. This is more realistic approach to cryonics but unfortunately more expensive.
     
  • The second type is neuropreservation. The preservation of the head WITHOUT the body. People who choose this type of cryonics are hoping that medical advancement in the future can help them to regenerate their body. Or the other option is they are hoping somehow the information in their brains can be transferred to computer.

At first look, I have to agree that cryonics seems downright haram. But I'm here to give some ideas for discussions regarding this subject. In Islam, there are few instances where some people are granted the power to give life to dead people.

  • Jesus alayh as-salam was given the ability to raise people from the dead [Al-Maidah:110] 
  • In the time of Moses alayh as-salam Allah commanded the people of Bani Israel to smite a dead person with parts of baqara as-safraa'(yellow cow) and then he came to life [Al-Baqara:73](some mufassirin argued that actually the parts of the cow was smited on the murderer) 
  • Firaun laknatullah is said to have the power to give life [Al-Baqara:258](some mufassirin translated this so that the meaning is Firaun can opt to let someone live rather than give life to dead people) 
  • Dajjal laknatullah is also said to have this power. In a hadeeth by Imam Muslim said that Dajjal kills a man and then raised him back to life.

So there are few of such incidents where people are resurrected in this world from their death. But cryonics operates in the belief that the people are not really dead. The Prophet sallallahu alayh as-salam said that every sickness there is a cure except for death. Which means that you can still be cured if you are not truly dead. So in a sense, cryonics does not contradict with the Prophet's teachings.

There are however, many implications that will arise if this process is accepted as mainstream science.

First of all, human life will be devalued. The prospect of living hundred of years will make someone feel that they have all the time to make their lives. People will cease to strive for success and will always sit back and hang around.

Cryonics will also lead to massive overpopulation of the world. The number of people that actually 'dies' will decrease exponentially and the world will be crowded by these will-be-revived bodies.

Will there be a law on who can be preserved? Let's take an example. Hitler, will he be allowed to undergo cryonics? Is it necessary for a president to be preserved? Will company that is already passed down to a son be given back to the father in the future?

Not all of it is bad though, this technology can be used in interstellar space travel. Although it has a different term. It is called suspended animation rather than cryonics. In 2005, scientists at Pittsburgh University actually succeeded in bringing back several dogs back to life after being clinically dead for few hours by suspended animation. Unfortunately some of the dogs suffered serious brain damage.

Personally, I think that neuropreservation is the most important thing in this field. I believe that one day we can transfer information from our brain to a computer. I'm not saying the conciousness or the soul but the memories and the knowledge that we have gained throughout our lives. So it would be interesting if we can preserve some genius person's brain and when the time comes we can see what did he know and understand. Isn't that amazing?

This is all however, subject to the sharia'. If most of the ulama' says it is haram, then it is so. My personal opinion however, if there is a dire importance, then it is allowed, but if it just for fun and dunya, then it is considered laghaa'.

That's it I think, till another time, Assalamualaikum.

 p/s:this is my first English post, sorry for all the grammatical errors

Cryonics Dan Kematian



Salam semua. Lama sungguh aku tak menulis. Sibuk sana sini. Jadi sebelum aku mulakan, ada beberapa perubahan aku nak buat. Pertama sekali disebabkan diploma aku kena buat esei 4000 perkataan dalam bahasa Inggeris, maka aku akan berlatih menulis dalam bahasa Inggeris dalam blog ni. Jangan risau, aku akan tulis jugak dalam bahasa Melayu. Makanya blog ni akan jadi dwibahasa. Haha...ok?

Hari tu lecturer aku suruh buat research pasal cryonics. Aku pernah dengar benda ni sebelum ni dalam cerita Fringe. Dan memang cryonics ni dikategorikan dalam satu cabang sains yang dipanggil fringe science ataupun terjemahan dia sains pelik. Apa sebenarnya cryonics ni? Ianya merupakan proses pembekuan orang yang telah disahkan mati dengan harapan kemajuan teknologi medikal masa hadapan dapat 'menghidupkan' mereka semula. Huih! Songsang! Syirik! Haha...biar aku jelaskan dulu macam mana benda ni berfungsi.

Ada sesetengah saintis percaya bahawa seseorang itu mati dengan semati-matinya apabila otaknya mati. Dan kalau kita lihat zaman sekarang, seseorang akan disahkan mati oleh doktor apabila jantungnya tak dapat digerakkan semula. Digerakkan semula bermaksud jantung tu sebenarnya dah berhenti. Tapi ianya masih ada potensi untuk digerakkan semula. Faham tak? Jantung dah stop tapi doktor masih tak cakap mati dan cuba untuk resuscitate pesakit. Kadang-kadang jadi kadang-kadang tak. Nampak tak sebenarnya tak mati lagi orang tu kalau jantung dia dah stop? Dan sepanjang masa jantung berhenti, otak sebenarnya masih berfungsi lagi. Dengan itu sesetengah orang percaya bahawa dengan membekukan jasad dapat preserve otak dari mati dan pada masa akan datang bila teknologi resuscitation dah cukup maju untuk gerakkan balik jantung diorang maka mereka pun akan dinyahbekukan dan 'dihidupkan' semula.

Ada dua jenis cryonics preservation.
  • Full body preservation - Pembekuan satu badan di mana seseorang mengaharapkan dengan kemajuan medikal masa hadapan akan membenarkan beliau 'dihidupkan' semula
  • Neuropreservation - Ni mengarut sikit, mereka yang memilih proses ini hanya membekukan kepala mereka sahaja TANPA badan. Mereka mengharapkan samada badan mereka boleh regenerate semula atau informasi pada otak mereka diupload ke dalam komputer pada masa akan datang.
Mari kita lihat dari sudut pandangan Islam. Pertama sekali kita mesti ingat yang semua yang bernyawa pasti akan mati.[Al-Anbiyaa':35]

Dalam Islam ada beberapa ketika di mana Allah menghidupkan sesuatu melalui perantaraan.
  • Zaman Nabi Musa, Allah menghidupkan seorang yang mati dibunuh bila dipukul pada mayatnya anggota lembu safra'(kuning) [Al-Baqarah:73]
  • Firaun boleh menghidupkan dan mematikan. Tapi kebanayakan ulama' berpendapat tafsirannya adalah Firaun boleh membiarkan hidup atau membunuh seseorang [Al-Baqarah:258]
  • Nabi Isa boleh menghidupkan orang mati [Al-Maidah:110]
  • Dajjal boleh menghidupkan dan mematikan [Hadis riwayat Muslim, maaf tak ada nas atau terjemahan kat sini]
 Jadi dengan izin Allah memang pernah orang mati dihidupkan di dunia. Tapi macam yang aku cakap tadi, saintis berpendapat bahawa orang yang telah berhenti jantungnya belum dianggap mati. Berkemungkinan kes ini lain dari dalil-dalil kat atas tadi.

Ada satu hadis

"Tidaklah Allah menurunkan satu penyakit kecuali diturunkan juga baginya ubatnya, diketahui oleh mereka yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh mereka yang tidak mengetahuinya [kecuali al-Samu. Ditanya: Apakah itu al-Samu ? Baginda menjawab: (Ia adalah) kematian]"
Sahih: Hadis daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ud radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Ya’la, al-Baihaqi (al-Kubra), al-Thabarani (Ausath & Kabir), al-Hakim dan lain-lain, dinilai sahih oleh Ahmad Syakir dalam Musnad Ahmad – no: 3578 (Musnad ‘Abdullah Ibn Mas‘ud, hadathana Sufyan ‘an ‘Atha’...............).
Hasan: Tambahan dalam kurungan [] dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak (tahqiq: Mustafa A.Q. ‘Atha’; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1990) – no: 8220 dan al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath – no: 2534. Isnad ini dinilai hasan oleh penyemak al-Mu’jam al-Ausath: Mahmud Hasan Ismail.

Dalam hadis ni menjelaskan semua penyakit boleh disembuhkan melainkan kematian. Secara jujurnya aku tak jumpa hadis yang terjemahan literalnya yang sebut pasal penyakit tua. Yang memang ada disebut mati tapi beberapa mufasirin tafsirkan mati tu termasuk tua.

Logik tak kalau aku cakap ubat tu untuk merawat bukan untuk mencegah, bermakna sini korang kena dapat dulu satu penyakit baru boleh diubati. Maknanya kat sini mati yang tak ada ubat tu adalah bila korang memang dah mati. Selagi tak mati korang masih tak dikategorikan mempunyai penyakit mati yang disebut dalam hadis kat atas dan disebabkan saintis percaya yang selagi otak tak mati kita masih tak dikira mati, so cryonics ni taklah bercanggah dengan hadis tu. Faham?

Tapi bagi aku cryonics neuropreservation tu memang agak mengarut. Mungkin body regeneration tu possible tapi nak transfer otak masuk komputer tu macam agak...mehh. Aku rasa informasi tu mungkin boleh dipindahkan tapi roh tetap kembali ke alam barzakh. Kiranya informasi tu amat berguna kalau nak guna dalam mahkamah.

Tapi bayangkan kalau penggunaan cryonics ni berleluasa, semua orang akan fikir mereka akan hidup selama-lamanya. Manusia akan hilang nilai kehidupan mereka. Populasi dunia akan bertambah secara melampau sebab bilangan orang mati jauh lebih sikit dari bilangan bayi yang lahir. Gaddafi pun boleh hidup lama-lama dan buat hal kat Libya. So, masalah cryonics ni bukan dalam Islam je, tapi orang bukan Islam pun mungkin akan rasa benda ni akan mendatangkan keburukan.

Tapi ada jugak kebaikan benda ni, contoh untuk penerokaan angkasa yang jauh-jauh, benda ni boleh digunakan untuk mengelakkan kru kapal angkasa manjadi tua dalam perjalanan yang lama dan juga boleh jimat keperluan makanan dan air dan oksigen(proses ni dipanggil suspended animation). Tahun 2005, University of Pittsburgh berjaya 'menghidupkan' semula beberapa ekor anjing yang melalui proses suspended animation selama 3 jam. Secara klinikal anjing-anjing tu memang dianggap mati dalam tempoh 3 jam tu. Tapi malangnya sebahagian dari anjing-anjing tu mengalami kerosakan otak lepas 'dihidupkan'.

Jadi, apa pendapat korang? Masih syirik? Aku pun tak pasti. Aku bukan nak bagi fatwa kat sini. Konsep ni aku yakin boleh dilaksanakan secara saintifik tapi fiqhnya? Bukan tempat aku.

Sampai sini je dulu. Salam
p/s: yang versi bahasa Inggeris lambat sikit kot, aku tak hebat BI macam korang...haha

Wednesday, 30 May 2012

Histeria Dan Otak

Beberapa hari yang lalu aku ada dapat satu tweet seperti berikut:


Disebabkan aku dah tak ada idea lain, aku try la untuk tulis pasal histeria ni. First sekali, untuk faham post kali ni, korang kena baca satu lagi post aku sebelum ni yang bertajuk Alam Ghaib Dan Dimensi. Dalam post tu ada diterangkan macam mana alam ghaib wujud secara saintifik dan matematik.

Mula-mula mari kita baca satu hadis tentang Jin.

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dgn penuh kehinaan”

Dan dalam Quran pun ada surah Jin, surah ke-72.

Masa aku kat sekolah asrama dulu aku memang dah pernah tengok first hand orang kena histeria, jadi aku memang yakin sangat-sangat benda macam tu wujud. Jadi kali ni aku nak cuba terangkan bagaimana histeria boleh terjadi secara saintifik..

Dalam post aku yang aku suruh baca tu, ada terangkan macam mana entiti yang berada dalam dimensi yang lebih tinggi boleh melakukan perkara-perkara yang nampak tak logik, tapi sebanarnya logik je. Histeria ni pun sebenarnya salah satu dari perkara tu.

Macam mana manusia boleh bergerak dan bercakap? Mula-mula otak kita menerima maklumat mengenai keadaan sekeliling dari 5 deria yang ada pada badan. Setelah memproses maklumat tersebut otak akan memberikan arahan pada anggota badan untuk memberikan respon yang sesuai. Perkara yang menghubungkan deria, otak dan anggota badan ialah saraf manusia. Semua maklumat samada dari deria ke otak mahupun dari otak ke anggota badan dibawa secara impuls.

Seperkara yang menarik ialah otak memproses maklumat di ruang hyperspace(dimensi yang lebih tinggi) dan kita telah establish yang hyperspace ini lah yang dimaksudkan dengan alam ghaib. Nampak tak hubungan dia? Roh manusia bertempat di alam ghaib dan yang menghubungkan roh dengan jasad adalah otak manusia. Bila kita nak gerakkan tangan kita sebenarnya roh kita yang menginginkan sedemikian dan otak akan memproses keinginan tersebut dan menghantar impuls dari otak melalui saraf agar tangan bergerak. Faham tak?

Jadi apa kaitan dengan histeria? Senang je, seseorang mengalami histeria apabila otaknya diambil alih oleh jin. Analogi mudah anggap badan kita macam kapal terbang, otak kita macam cockpit dan roh adalah pilot. Bayangkan kapal terbang tu kena hijack dengan pengganas, kemudian pengganas tu yang control kapal terbang tu. Pengganas macam jin la. Badan kita kena hijack apabila jin mengambil alih control otak dari roh kita. Jadi jin hantar la impuls agar badan kita menjerit dan meronta. Dan kita pun mangalami histeria. Ada faham?

Dan kadang-adang kita dengar cerita orang pasang susuk atau kena santau sampai bomoh boleh keluarkan batu nisan dari badan orang tu. Semua ni mungkin betul, susuk dengan batu nisan tu kena attach kat badan tapi dalam ruangan hyperspace. Semua ni dah tentulah dengan bantuan jin tapi dalam Islam kita diharamkan dari minta bantuan jin kerana itu akan membuatkan jin menjadi sombong (Surah Jin, ayat 6)

Kalau korang tanya kenapa pulak jin tu nak hijack badan kita itu aku pun tak boleh nak jawab. Kenapa ada orang suka buli orang lain? Kenapa ada orang suka main bola? Itu semua berbalik pada keinginan masing-masing la. Dah jin tu suka buat macam tu agaknya. Tak boleh la aku nak rasionalkan.

Kalau tengok mereka yang kurang bernasib baik dan mengalami down syndrome atau yang sewaktu dengannya mungkin otak mereka tak boleh berfungsi dengan elok untuk memproses arahan dari roh. Agaknya tu la kesan terlebih kromosom tu.

Jadi macam mana? Boleh terima tak penjelasan ni? Tak kisah la, ikut korang nak percaya apa yang korang nak. Aku ni tulis suka-suka je. Salam


impuls

Wednesday, 4 January 2012

Elektron dan القادر

القادر merupakan salah satu dari 99 nama Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Ia membawa maksud Yang Maha Menentukan. Segala yang berlaku di dunia ni ditentukan olehNya. Dari sekecil-kecil semut sehinggalah sebesar-besar matahari semuanya sudah ditentukan. Maka penentuan yang ditentukan untuk aku hari ni adalah untuk menerangkan konsep penentuan.

Menurut sejarah rasmi yang ditulis oleh Barat, salah satu komponen dalam struktur atom yang dikenali sebagai elektron ditemui oleh seorang ahli fizik British yang bernama J. J. Thomson. Elektron merupakan satu-satunya komponen yang bergerak dalam sebuah atom. Pergerakan elektron merupakan sesuatu yang amat unik dan misteri. Walaupun secara visual elektron sering digambarkan sebagai satu bola kecil yang mengelilingi nukleus, ianya jauh dari hakikat sebenar.

Elektron mempunyai sifat yang unik di mana ia boleh bertindak sebagai partikel ataupun gelombang.

Gambar ni menunjukkan satu eksperimen yang dipanggil double-slit experiment. Eksperimen ni menunjukkan bahawa elektron boleh bertindak sebagai gelombang. Sekiranya satu elektron ditembak ke arah slits tersebut, hasilnya akan terhasil garisan-garisan pada skrin putih yang menandakan elektron tersebut berlanggar dengan diri sendiri. Ini membawa maksud yang elektron tadi melalui kedua-dua slits tersebut. Bagaimana ini boleh berlaku? Ketika inilah elektron bertindak sebagai gelombang di mana satu elektron tersebut melalui dua slits pada masa yang sama. Oleh kerana gelombang berbentuk seperti graf, ianya juga digunakan untuk mengira kemungkinan (probability). Elektron tersebut hanya berbentuk kemungkinan, bukan sesuatu yang nyata. Lebih tepat lagi, hanya kemungkinan tu sahaja yang wujud, bukan elektron tu, faham?

Namun eksperimen ini belum habis lagi, sekiranya diletakkan pengesan untuk mengetahui slit mana yang dilalui oleh elektron tersebut, maka hasilnya elektron yang bertindak sebagai gelombang tadi akan berubah tindakannya sebagai partikel biasa dan hanya akan melalui satu slit sahaja. Dan garisan-garisan pada skrin putih tidak akan terhasil. Pengesan tersebut menentukan di mana wujudnya elektron dan menghilangkan kemungkinan lain.

Banyak penjelasan yang dikemukan untuk menerangkan keadaan ni tapi perkara mudah yang dapat difahami adalah elektron hanya wujud sebagai sesuatu yang nyata apabila diperhatikan. Ianya hanya kemungkinan bila tidak diperhatikan. Oleh kerana setiap jisim di dunia diperbuat dari atom, dan antara komponen atom adalah elektron, maka seluruh alam semesta ini merupakan suatu kemungkinan melainkan ia diperhatikan. Sebagai contoh, peti ais kat dapur korang hanya berkemungkinan wujud selagi mana korang tak tengok peti ais tu. Lagi hebat lagi korang hanya berkemungkinan wujud selagi orang lain tak tengok korang.

Kalau korang tak wujud, kenapa korang boleh baca post ni kan? Maka teori cosmic consciousness pun diteorikan. Ada satu entiti yang sedar yang memerhatikan dan menentukan kewujudan alam ini. Mudahnya ada Tuhan yakni Allah. Itu pun orang Barat masih tak guna perkataan God. Sangat angkuh. Ok bukan semua angkuh, sebahagian. Tapi ini membuktikan alam ini hanya berbentuk kemungkinan melainkan ada Tuhan yang menetukan agar setiap elektron di dunia ini wujud dan seterusnya menjadikan kita wujud. Kesimpulannya, Allah itu ada dan Dia Yang Maha Menentukan.



p/s: Allah juga sifatNya wujud, dan wujudNya tidak perlu diperhatikan oleh sesiapa. Itulah keagungan wujud Allah berbanding wujud manusia. (faham ke tak?)

Saturday, 8 October 2011

Alam Ghaib dan Dimensi

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah:3)

Bagaimana cara paling senang nak buat orang percaya benda ghaib tu wujud? Ambil segelas susu. Apa ada dalam susu? Ada lemak. Nampak tak lemak tu? Tak. So, lemak adalah sebahagian dari alam ghaib. Setuju? Kalau ya boleh teruskan kehidupan macam biasa. Kalau tak boleh baca dengan lebih lanjut.

Dalam Islam alam ghaib sangat penting dalam Iman. Paling penting sekali Allah ghaib dari pandangan kita. Lepas tu ada syurga dan neraka, malaikat, syaitan, jin dan apa-apa lagi yang ghaib. Masalahnya fitrah manusia memang susah nak percaya benda yang ghaib. Sesuatu tu perlu nampak baru mudah nak percaya. Jadi hari ni aku nak cuba untuk tunjukkan ke arah yang betul supaya semua boleh nampak alam ghaib ni.

Kita mula dengan dunia yang sedang kita diami ni. Setiap titik koordinat boleh dijelaskan dengan 3 nilai iaitu x,y dan z(dimensi ruang) serta satu nilai masa(dimensi masa).

Kalau tengok dalam GPS kereta biasanya ada 2 koordinat, sebab kereta hanya bergerak dalam x dan y je. Kalau kapal terbang biasanya akan ada dua koordinat tu ditambah dengan dengan ketinggian yang mewakili nilai z. Tapi masih tak complete lagi. Kalau tak nak miss flight, kita kena tepati masa(kita wakilkan dengan simbol t) sebab kapal terbang tu ada kat airport pada masa tertentu je. Maknanya sesuatu objek yang wujud dalam alam ni boleh dijelaskan kedudukannya dengan keempat-empat nilai tadi. Kalau tak cukup satu, kita takkan tau kat mana objek tu.

10 Jun 1854, Bernhard Riemann menjadi orang pertama yang mengasaskan geometri untuk empat dimensi ruang. Antara hujah matematik yang dikemukakan ialah Teori Pythagoras. Benda ni lagi senang nak difahami dengan gambar kat bawah.

Jadi, Riemann cakap yang kalau boleh macam tu, kenapa tak boleh tambah a²+b²+c²+d²=e²? Dan huruf-huruf ni boleh ditambah sampai jadi berapa banyak je yang korang nak. Tapi ni masih tak membuktikan yang wujudnya lebih dari 3 dimensi ruang(kita panggil dimensi lebih tinggi). Jadi nak dipendekkan cerita macam biasa orang yang buktikan perlunya wujudnya benda ni adalah tak lain tak bukan pakcik kita yang rambut serabai, Albert Einstein dengan teori relativiti umum. Lain hari boleh borak pasal teori ni.

Apa yang menyebabkan aku kata alam ghaib tu merupakan dimensi yang lebih tinggi dari 3? Benda ni lebih sesuai dijelaskan dengan gambar.
Cuba bayangkan alam kita ni 2 dimensi je. Kita hanya akan nampak x dan y je. Kemampuan kita untuk bergerak pun hanya pada dua nilai tu. Orang yang hidup dalam 2 dimensi takkan dapat faham apa maksud atas dan bawah. Diorang hanya tahu kiri kanan depan belakang. Jadi dalam gambar kat atas, orang yang dalam bentuk bujur tu tak boleh keluar sebab dia tak boleh bergerak ke atas(keluar dari kertas). Dan bila dia ditarik keluar oleh orang 3 dimensi, kawan-kawan dia akan nampak dia ghaib dari pandangan. Lagi satu, orang sebelah kiri sekali tu takkan nampak orang sebelah kanan sebab pandangan dia dihalang oleh bujur tersebut. Tapi orang 3 dimensi tu dapat lihat keseluruhan dunia 2 dimensi tu.

Point yang kita dapat dari gambar ni ialah:

  • Orang yang dimensi lagi tinggi takkan terhalang dengan sesuatu yang menghalang orang yang berada dalam dimensi yang lebih rendah. Tu sebab dalam Quran disebut Allah itu lebih hampir dengan kita dari urat leher kita (Qaf:16). Ayat ni boleh ditafsir secara literal sebab Allah takkan terhalang oleh jisim badan kita kerana Dia berada dalam dimensi yang lebih tinggi.
  • Kita tak boleh nampak dimensi lagi tinggi dari kita tapi kita boleh nampak keseluruhan dimensi bawah kita. Dan seperti kita tahu, Allah Maha Melihat dan Dia nampak segala-galanya.


Gambar ni pulak nak tunjukkan macam mana nak visualkan 4 dimensi ruang. Orang yang berada dalam 2 dimensi boleh tengok kiub 3 dimensi dengan dibuka kiub tersebut. Perkara sama boleh dibuat untuk kita. Kiub 4 dimensi boleh dibuka dan terhasillah gambar yang keempat. Tapi kita tak boleh nak visualkan bagaimanakah bentuk kiub tersebut dalam 4 dimensi.

Kenapa manusia diciptakan dalam 3 dimensi? Banyak hukum fizik yang diperlukan untuk manusia hidup hanya wujud dalam 3 dimensi. Maka dengan itu manusia pun diletakkan dalam alam yang luas ini dalam bentuk x,y dan z. Dan t.

Kesimpulannya mengikut pandangan aku alam ghaib ni merupakan dimensi yang lagi tinggi dari manusia di mana Allah bersemayam di atas 'Arasy yang berdimensi infiniti. Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung.

p/s: sila baca ni. WAJIB!

- Posted using BlogPress from my iPad