Assalamualaikum.
Alhamdulillah aku masih diberi nikmat menulis. Moga-moga aku dapat menyelesaikan hingga ke akhir post. Jadi jom! Topik kali ini!
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. {An-Naml: 40}
Ramai yang mungkin tahu kisah yang disebutkan kat dalam ayat ni. Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Cerita jiwang Islami, sah-sah ramai yang tahu. Haha. Tak mengapa. Kalau nak baca lebih detail bukalah Al-Quran terjemahan surah An-Naml ayat 15 hingga 44. Ini cerita jiwang kalau dibaca dapat pahala Insya-Allah.
Eh, tapi aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak fokus kat ayat atas ni. Dalam ayat sebelum tu disebutkan yang seekor jin yang bernama Ifrit telah menawarkan untuk membawa singgahsana Ratu Balqis ke istana Nabi Sulaiman sebelum baginda bangun dari duduk. Kemudian seorang yang berilmu pula menawarkan untuk membawa singgahsana tersebut dalam sekelip mata. Dan POOF! sampailah singgahsana tersebut.
Situasi memindahkan objek dengan sekelip mata ni memang ada dalam fizik, dan ia dipanggil teleportasi. Zaman sekarang konsep ni memang agak famous jugak la. Dalam filem Star Trek, sihir Apparation dalam Harry Potter (aku tahu la tu sihir bukan sains tapi aku nak sebut jugak) dan macam-macam lagi la. Dari titik A ke titik B POOF! sekelip mata. Kalau wujud kat dunia ni dah lama MAS dan AirAsia bankrap. Jadi benda ni logik ke tak?
Menurut hukum Newton, memang tak logik. Dan sains selama 250 tahun menganggap benda ni memang tak boleh nak buat. Sehinggalah tahun 1925, tahun kelahiran rasmi fizik kuantum. Sepertimana yang pernah aku cerita sebelum ni dalam post yang ni, elektron mempunyai sifat sebagai partikel, tapi ia juga mempunyai sifat gelombang. Gelombang ni sebenarnya adalah kemungkinan untuk elektron tersebut wujud. Dan kemungkinan ini wujud pada seluruh alam. Contoh untuk mudah faham, katakan elektron A berada di titik x, sebenarnya ia tak wujud pun pada titik tersebut, cuma di situlah kemungkinan paling besar untuk elektron A wujud. Ada je kemungkinan yang elektron A wujud di titik B, yang terletak sejuta tahun cahaya jauhnya. Tapi kemungkinan tu sangat sedikit.
Apa kesan fenomena ni? Elektron A boleh wujud pada titik A, kemudian berpindah pada titik B dalam sekelip mata. Ok bukan sekelip mata tapi lagi laju. Instant. Tanpa jeda. Walaupun kemungkinan ia berlaku kurang dari sekali sepanjang umur alam ini, tapi ia tetap boleh berlaku.
Menurut fizik Newton dan Einstein, tiada satu pun objek atau maklumat yang boleh bergerak lebih laju dari cahaya. Namun dengan konsep gelombang elektron ini, perkara ini telah berjaya dipatahkan. Pada tahun 1993 saintis di syarikat IBM berjaya membuktikan dengan menghubungkan gelombang antara 2 elektron, maklumat berjaya dihantar tanpa jeda. Contoh, gelombang elektron A dihubungkan dengan elektron B. Apa-apa perkara yang diubah pada A akan secara automatik berubah pada B instantly. Serentak. Katakanlah elektron C dihubungkan dengan elektron B, maklumat dari C akan terus sampai kepada A. Serta merta A akan menjadi C. Kemudian C dihancurkan. Faham tak? C telah dipindahkan dari tempat asalnya kepada tempat A dengan menghantar maklumat dan menjadikan A itu C.
Sejak itu saintis-saintis telah berjaya menghantar atom-atom, bahkan DNA dan virus menggunakan konsep ini dan rekod dicipta pada tahun 2004 apabila saintis berjaya melakukan teleportasi terhadap gas cesium yang mengandungi bertrillion atom.
Namun begitu, pada tahun 2007, saintis-saintis dari Australian Research Council Centre of Excellence berjaya melakukan teleportasi tanpa menggunkan konsep hubung-menghubung. Mereka mengumpulkan atom-atom rubidium yang sangat sejuk (lebih sikit je dari absolute zero, -273°C) dimana jisim pada suhu ini akan mengeluarkan tenaga yang berbentuk maklumat dan ianya boleh dipindahkan menggunakan kabel optik fiber tanpa perlu menghubungkan elektron. Maklumat ini akan membentuk jisim asal tersebut di tempat yang lain.
Kedua-dua konsep ini memang agak rumit dan memang langsung tidak boleh digunakan untuk teleportasi manusia. Jadi teknologi ni mungkin akan wujud lagi dalam masa 100 atau 200 tahun akan datang tapi kita memang takkan merasa la. Tapi orang berilmu zaman Nabi Sulaiman tu memang gempak la sebab dah boleh pindah barang macam tu je. Haih. Wallahua'lam.
p/s: gambar ni memang betul, dari segi teknikalnya, kita telah mengklon dan membunuh orang diamana kedua-duanya dilarang agama.
No comments:
Post a Comment