Sunday, 13 February 2011

Relativiti dan Malaikat

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Maksudnya:Para malaikat dan Ar-Ruh(Jibril) naik (mengadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun. (Ma'arij:4)

Ada sorang mamat ni, famous gila. Kalau sebut genius terbayang orang ni. Nama dia tak lain tak bukan, Encik Albert Einstein. Ataupun Dr. Albert Einstein. Tapi zaman tu aku rasa orang tak pakai gelaran doktor lagi walaupun dah ada Ph.D. Tak kisah la. Aku tak minat sejarah sangat. Tapi aku tau jugak la apa yang buat Einstein ni famous. Teori relativiti dia. Ada teori relativiti am dan teori relativiti khas. Hari ni aku nak cakap pasal yang khas.

Sebelum tu, kita mesti tau dulu sifat unik tentang cahaya. Tahun 1881 seorang mat salleh bernama Michelson buat kajian pasal kelajuan cahaya sekali dengan member dia Morley. Apa yang menarik hasil kajian ni diorang dapati yang kelajuan cahaya takkan berubah dan sentiasa constant dengan kelajuan 299792458 meter persaat(ataupun 300000km/j nak senang) tak kira apa pun kelajuan kita.

Mudah macam ni. Aku naik kereta. Kereta aku tak bergerak. Kawan aku berdiri sebelah kanan kereta aku sebab belah kiri ada rel keretapi. Aku dengan kawan aku dua-dua ada walkie-talkie dengan alat kira kelajuan kereta yang macam polis punya speed trap tu. Tak lama lepas tu ada keretapi lalu. Aku pun guna alat speed trap aku dan dapat 100km/h. Kawan aku cakap dia dapat sama jugak. Aku pun press minyak laju-laju nak kejar keretapi tu. Sampai speedometer aku tulis 50km/h, aku pun guna lagi alat speed trap aku. Keretapi tu laju dia 100km/h. Aku tanya kawan aku pakai walkie aku. Kawan aku jawab yang kelajuan keretapi tu masih 100km/h. Aik, pelik? Patutnya 150km/h la kan. Sebab aku 50, tambah keretapi tu 100, patutnya kawan aku tu dapat 150 la. Tapi dia dapat 100. Macam tu la sifat cahaya tu. Kita dengan kelajuan apapun akan dapat kelajuan cahaya yang sama.

So, bila kelajuan cahaya constant, apa jadi? Kita sambung cerita tadi, kat rel keretapi tu ada dua tanda yang berjarak 100km antara satu sama lain. Jadi kalau ikut kiraan aku keretapi tu patut sampai tanda B dari A dalam masa 40 minit sebab kelajuan dia 150km/h. Dan memang betul 40 minit. Tapi kawan aku yang berdiri tegak kat tepi rel tu cakap keretapi tu ambil masa sejam dari A ke B sebab kelajuan dia 100km/h. Dah, makin pelik pulak...aku rasa 40 minit tapi kawan aku rasa sejam. Apa yang dah berlaku ni? Menurut Einstein, masa adalah relatif. Kenyal. Boleh kena stretch macam getah. Maknanya pengalaman kawan aku dalam masa sejam tu aku lalui dalam masa 40 minit sebab aku bergerak manakala kawan aku berdiri tegak. Lagi laju sorang tu bergerak, lagi cepat masa berlalu bagi dia. Faham?

Walaupun nampak tak logik tapi benda ni dah dibuktikan dan memang dalam penggunaan seharian pun dalam hidup kita. Tapi efek dia sikit sangat dan kalau sekadar naik jet yang laju gila pun tak berapa rasa kesan dia. Tapi dalam satelit GPS kiraan ni digunapakai sebab kelajuan dia kat orbit bumi tu lebih 18000km/h. Kalau tak masuk kiraan tu maka banyaklah kemalangan jalanraya yang berlaku sebab salah maklumat kat alat GPS pemandu-pemandu berhemah terutama negara kita.

Dan bukan masa je yang boleh jadi macam ni, jarak pun sama. Orang yang bergerak mengalami lagi pendek jarak berbanding orang yang berdiri tegak. Inilah yang dinamakan teori relativiti khas. Masa dan jarak jadi relatif terhadap kelajuan cahaya. Lebih kurang la.

Ok. Dah. Pening? Tak apa. Rileks. Dah nak habis pun. Apa yang aku nak kaitkan dengan ayat pasal malaikat kat atas tu senang je. Malaikat kan dicipta dari cahaya. So kelajuan dia pun macam cahaya. Dalam ayat tu kata dalam sehari yang kadarnya seperti lima puluh ribu tahun. Maknanya bagi malaikat macam sehari sebab dia gerak laju dan bagi manusia macam lima puluh ribu tahun sebab kita gerak lembab nak mampus. Betul tak? Senang kan?

So, itu jelah, aku pun penat menaip. Sebenarnya nak cerita benda lain tapi ini je yang termampu sekarang ni. Chow.

Salam...




Gambar ni sebenarnya pasal teori relativiti am, bukan khas...


- Posted using BlogPress from my iPad

8 comments:

  1. masyaAllah..u're so great! how come u could understand this relativity? sy student fizik UiTM tahun dua. belajar gak pasal ni. tak berapa paham pasal ni.tp kenapa kamu boleh paham??waaa genius ke............

    ReplyDelete
  2. Haha..taderla genius, tp alhamdulillah Allah bg faham. Ilmu klu sebarkn mmg akn jd makin faham..try la..

    ReplyDelete
  3. tq bro, ulasan yg lebih mudah difahami berbanding yg selalu aku jumpa.

    ReplyDelete
  4. superman dilancar dari planet yg nak hancur ketika bayi. Sampai ke bumi yg jaraknya ribuan tahun cahaya, umurnya baru 12 tahun.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula pindah planet lain jadi monyet?

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah jauhnya tak terfikir oleh akal manusia. Ciptaan kenderaan manusia terlaju adalah 17km/s (new horizons ke pluto). jika memerlukan 50000 tahun, sudah cover 179,184.36 AU (astronomical unit). 1 AU adalah jarak average antara bumi dan matahari (sekitar 149 juta kilometer).

    Saya tertarik juga ada artikel dari pengalaman mereka yang pernah termasuk di dalam alam ghaib/bunian atau mereka disorokkan. Menurut mereka rasa seperti beberapa minit atau jam sahaja berlalu. bila ditermui mereka sudah hilang berhari2 atau minggu. Ini menunjukkan time zone alam ghaib lain di alam nyata.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum En. Amad.
    Maaf bertanya.
    Boleh lukiskan tak cerita En Amad dengan kawan En Amad tengah measure kelajuan keretapi tu....
    Sebab saya macam confius sket dekat situ....?
    Saya memang berminat dengan special relativity ni....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum En. Amad.
    Maaf bertanya.
    Boleh lukiskan tak cerita En Amad dengan kawan En Amad tengah measure kelajuan keretapi tu....
    Sebab saya macam confius sket dekat situ....?
    Saya memang berminat dengan special relativity ni....

    ReplyDelete