Saturday, 19 January 2013

Masa dan Taubat

Assalamualaikum.


Hari tu ada seorang mamat ni cakap kat aku, Buraq tu macam mesin masa sebab boleh gerak laju macam cahaya. Dalam hadis sahih Bukhari(Bab 58 No.227) pasal Israk Mikraj ada disebut kelajuan Buraq iaitu selangkah bersamaan sejauh mata memandang. Disebabkan penglihatan mata bergantung kepada cahaya, jadi ada logiknya statement kat atas tu. Siapa yang tak tahu lagi kenapa cahaya boleh menyebabkan masa berubah boleh baca post ni.


Apa yang aku nak fokus hari ni adalah pasal konsep merentas masa. Sepertimana isu mendarat kat bulan, ramai yang cakap teori merentas masa ni cuma satu konspirasi semata-mata untuk melalaikan umat Islam. Aku pun kurang faham macam mana merentas masa ni boleh melalaikan, jadi aku pun buatlah sedikit kajian pasal ni. Basically apa yang aku jumpa adalah seperti berikut.

  • Hadis riwayat Bukhari dan Baihaqi mengenai 5 perkara sebelum 5 perkara.
  • Surah Al-Asr.
Kedua-dua dalil ni menunjukkan kepada satu perkara, iaitu taubat. Kalau wujudnya kebolehan untuk merentas masa, dah tentulah mudah untuk manusia untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa mereka pada masa lalu dan tak perlu bertaubat atau berlumba-lumba untuk beramal.


Jadi aku tak niat pun nak cakap siapa betul siapa salah. Cumanya aku nak bawa korang memahami bagaimanakah konsep merentas masa yang diteorikan selama ini. Lepas tu korang boleh decide sendiri apa yang korang nak percaya.


Secara amnya, ada 4 teori yang menerangkan apa yang berlaku kalau kita merentas ke masa lalu.

  • Konsep pertama ni adalah konsep yang paling mainstream. Bila kita pergi ke masa lalu, apa yang kita buat akan memberi kesan dan menukar sejarah. Maknanya kalau kita secara tak sengaja tergugurkan mak yang tengah mengandungkan kita, kita akan jadi tak wujud. Dengan kata lain, kita boleh menyebabkan diri kita tak melakukan dosa. Jadi kat sini memang menyalahi konsep taubat.
  • Yang kedua ni pulak adalah konsep yang diterima pakai kebanyakan saintis dan aku pun sendiri agak berkenan dengan yang ni. Bila kita ke masa lalu, kita akan masuk ke alam yang selari dengan alam kita(parallel universe) dimana kalau kita mengugurkan mak kita, kita masih wujud. Sebabnya mak yang melahirkan kita tu berada di alam yang lain, bukan pada alam yang kita masuk dengan merentas masa. Jadinya, semua perkara yang berlaku pada alam asal kita akan tetap berlaku walau macam mana pun kita ubah pada alam selari tu. Kat sini maknanya segala dosa kita akan kekal bersama kita. Konsep yang ni tak melanggar konsep taubat.
  • Teori ketiga mengatakan sepertimana ada hukum graviti, macam tu jugak ada hukum merentas ke masa lampau, iaitu kita akan dihalang dari mengubah apa-apa. Ada hukum fizik yang menghalang. Konsep ni pun tak melanggar konsep taubat.
  • Konsep terakhir ni lebih kurang yang ketiga. Bila kita merentas ke masa lalu, apa-apa yang kita buat sebenarnya memang dah berlaku. Contoh kita tertebang satu pokok pada masa lalu, sebenarnya pokok tu memang dah ditebang pun sebelum kita merentas masa. Ini pun tak melanggar konsep taubat.


Boleh faham? Kesimpulannya, hanya satu konsep merentas ke masa lalu yang bertentangan dengan konsep taubat. Walau bagaimana pun, masing-masing boleh buat taakulan sendiri. Ni hanya pandangan aku. Kalau rasa ada yang lebih bernas boleh kongsi sama-sama. Moga bermanfaat.




p/s: kali ni panjang sikit kot. Equation kat atas ni menerangkan bagaimana merentas ke masa hadapan adalah logik dan memang dah dibuktikan secara saintifik. Contohnya satelit GPS yang mengorbit bumi dengan kelajuan 18000km/h perlu melakukan pengubahsuaian dalam memproses data agar data tersebut tepat dan tidak tersasar.



t' mewakili nisbah regangan masa 

t mewakili masa yang dialami oleh sesuatu objek 
c mewakili kelajuan cahaya iaitu 299792458 meter persaat 
v mewakili kelajuan objek

Secara matematik, kalau v sama dengan atau lebih dari c, equation ni akan jadi hancur, tu sebab untuk bergerak sama atau lebih laju dari cahaya adalah mustahil.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cerita back to the future kiranya melanggar hukum taubat la, sebab dia berpeganga kepada konsep yang pertama..

    ReplyDelete
  3. hmmm satu teori merentas mesin masa yang menarik. tapi ada satu lagi teori yang biasanya ada dalam video game, di mana bila kita merentas masa dan melakukan suatu perubahan pada zaman dulu, ia telah menyebabkan wujudnya alternate dimension atau universe di mana sejarah yang kita ubah tu akan mempunyai perjalanan masa yang baru. bila kita kembali ke zaman kita semula, tiada apa yang berubah walaupun kita dah melakukan perubahan di masa lalu kerana kita telah kembali ke universe asal kita. so teori ini memungkinkan ada 2 orang yang sama wujud dalam universe atau dimensi yang berlainan.

    btw done follow u - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh, konsep yg kau sebut sama dengan konsep kedua. Kalau travel back to the past, akan masuk parallel universe. Istilah alternate dimension tu sebenarnya agak kurang tepat. Tapi memang benda yang sama la.

      Delete
  4. Konsep ke 4 mcm cerita harry potter. Jam masa hermione.

    Konsep ke pertama mcm cerita x-man yg latest ni.

    Betul ke?
    Btw, aku setuju lg dgn konsep ke4.
    Dan, kau memang kawan aku yg osem la.

    ReplyDelete