Friday 1 April 2011

Makhluk Asing...?

Ok, sebenarnya minggu ni aku nak sambung pasal hari tu, tapi sebab aku tertengok cerita pasal alien, maka secara automatik aku pun terpanggil nak tulis pasal alien ni. So, macam biasa, aku nak letak satu ayat Quran...

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(Al-Anbiyaa':107)

Aku sendiri pun hairan jugak, alien ni wujud ke tak? Kalau ikut hati aku memang aku cakap ada kot. Tapi kalau ikut apa yang aku tau dan faham, alien ni tak wujud pun. Kenapa? Ok first sekali kita tengok usaha-usaha dalam pencarian makhluk asing ni.

NASA atau pun The National Aeronautics and Space Administration kat US ada mewujudkan satu program yang dipanggil SETI, atau pun Search for Extra-Terrestrial Intelligence pada tahun 1959 hasil cadangan dua orang ahli fizik yang bernama Giuseppe Cocconi dan Philip Morrison. Program ni awalnya hanya cuba nak mencuri dengar komunikasi antara alien-alien. Tapi, takde hasil.

Dan tahun 1960, Frank Drake memulakan Project Ozma dengan menggunakan teleskop radio selebar 25 meter di Green Bank, West Virginia untuk mengesan signal-signal yang dikeluarkan oleh makhluk asing. Hasilnya? Takde.

Masih tak berpuas hati, NASA membelanjakan 10 billion dolar untuk Project Cyclops menggunakan 1500 piring satelit pada tahun 1971. Tapi hasilnya, masih menghampakan. Dah bosan mencari, NASA cuba untuk menghantar pulak. Pada tahun 1974, satu mesej dihantar ke gugusan bintang M-13 yang terletak 25100 tahun cahaya dari Bumi menggunakan teleskop radio gergasi di Puerto Rico.

Dan disebabkan kerajaan US dah malas nak bagi peruntukan kepada NASA untuk program SETI, diorang pun mintak dana dari syarikat-syarikat swasta. Tahun 1995 satu projek lagi bernama Project Pheonix menggunakan instrumen yang cukup sensitif sampaikan boleh mengesan signal lapangan terbang yang letaknya 200 tahun cahaya dari Bumi. Hasilnya tetap sama.

Dan aku pun malas nak cerita kegagalan program ni lagi dengan lebih lanjut. Tapi masih ada satu lagi usaha yang aku rasa agak penting untuk disebut iaitu SETI@home. Projek ni agak smart jugak. Pihak NASA reka satu software yang boleh didownload secara free oleh semua orang dan siapa yang volunteer untuk benda ni boleh download software tu dan komputer orang akan digunakan untuk menganalisa data-data yang diterima satelit untuk mengesan kewujudan makhluk asing pada waktu komputer tu tak dugunakan. Dan setakat ni dah lebih 5 juta orang yang ikut program ni.

Dan sampai sekarang, masih takde bukti yang alien ni wujud. Tapi memang ada planet yang saintis jumpa yang mampu untuk menjadi tempat untuk kehidupan wujud. Tapi perlu diingatkan, kehidupan bagi diorang wujud secara evolusi, so, menurut aku, alien tak wujud kat planet tu sebab takde evolusi.

Ok, cuba anggap memang ada alien pun yang diciptakan kat alam semesta ni, ada beberapa senario yang kita boleh buat kenapa kita tak boleh detect diorang.
1. Alien kat alam ni masih primitif, so kita memang tak boleh nak detect sebab diorang tak pakai radio signal.
2. Alien kat alam ni terlampau maju dan mereka dapat sorokkan signal diorang. Tapi kalau fikir betul-betul, sebelum diorang maju tu mesti diorang ada terlepaskan signal jugak, kan?
3. Ada hukum fizik yang kita tak tau lagi yang memang buat signal-signal tu kita tak boleh detect.

Dan kalau ada alien yang maju, diorang ni datang bumi ke tak? Saintis-saintis semua sepakat yang kalau alien sampai bumi, diorang tersangat maju sebab planet yang boleh menampung kehidupan paling dekat pun dalam 200 tahun cahaya dari bumi. Jadinya diorang tak datang bumi sebab diorang anggap kita ni macam semut la. Kalau kita tak kacau, diorang tak kacau. Tapi kalau kita berada dalam laluan kemajuan diorang, maka kita pun dimusnahkan. Camtu je. Tapi itu kalau ikut hukum moral manusia la, taktau la kalau alien ada macam mana diorang fikir.

Kesimpulan saintifiknya, untuk alien wujud sangatlah sikit dan besar kemungkinan memang takde. Apa kata kita tengok dari pandangan Islam pulak(mengikut tafsiran aku la).

Ayat kat atas tadi tu je dah cukup dah sebab jelasnya Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat sekalian alam. Kalau dah sekalian alam dah tentulah alien-alien kat luar tu pun termasuk sekali. Tapi sepanjang aku hidup tak pernah pulak aku terbaca ayat Quran ataupun hadis bahkan riwayat israiliyyat yang menyebut nabi pernah berhubung dengan entiti luar bumi. Jin adalah. Lainlah kalau jin tu yang sebenarnya alien yang kita cari selama ni. Tapi tak lojik la sebab jin tu makanan dia tulang-tulang sisa makanan manusia. Kat mana lagi ada benda tu selain bumi kan? So, mengikut pandangan Islam yang aku faham, alien tak wujud.

Kesimpulan secara kesuluruhannnya, alien menurut faktanya tak wujud dan disokong dengan dalil aqli dan naqli. Aku pun hairan jugak, kenapa orang nak sangat alien wujud ha?

Salam...




- Posted using BlogPress from my iPad