Saturday 26 February 2011

Bintang dan Syaitan

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Maksudnya:Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang.
(Al-Mulk:5)

Syaitan ni merupakan makhluk yang direjam. Ayat kat atas menunjukkan bahawa salah satu benda yang merejam syaitan ni adalah bintang. Sungguh hebat bintang-bintang ni sampaikan boleh mengalahkan syaitan yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang tak terjangkau oleh fikiran manusia.

Jadi, apa arsenal yang ada pada bintang-bintang ni? Mari kita kaji kehidupan sebuah bintang.

Bintang terbentuk apabila gas-gas yang terkumpul di angkasa(kabanyakannya gas hydrogen dan helium) tertarik sesama sendiri. Dan bila jumlah gas dah melampau banyaknya, maka ia pun akan tercompress sehebat-hebatnya dan perlanggaran antara atom-atom semakin laju dan akhirnya terhasil haba yang sangat panas dan mengaktifkan proses cantuman nuklear. Dari hydrogen menjadi helium menjadi karbon dan akhirnya sehingga menjadi besi. Setiap cantuman atom yang berlaku akan menyebabkan bintang menjadi lebih besar hingga mencapai saiz red giant. Untuk bintang yang lebih berat diorang takkan capai sebesar red giant sebab graviti diorang lagi power. Dan bila dah habis cantuman nuklear sampai besi, maka bintang-bintang yang ringan akan collapse atau compress menjadi bintang kerdil putih. Dan tamatlah riwayat bintang ni.

Tapi bagi bintang yang lebih dari 1.4 kali ganda dari matahari kita, benda yang lebih menakjubkan berlaku. Mereka akan mula-mula collapse tapi disebabkan panas yang maha hebat akibat perlanggaran atom-atom, bintang tersebut akan BOOM!!!










Meletup manjadi supernova yang amat hebat. Cahaya dari supernova ni lebih terang dari segala apa yang wujud di langit. Bintang bintang yang berdekatan dengan supernova akan tercampak keluar dari orbit asal. Dan syaitan pun direjam.

Apa jadi lepas tu? Ada dua kemungkinan boleh berlaku. Kalau berat bintang tu kurang dari 3 kali ganda matahari, maka akan terbentuklah neutron star. Makhluk ni sungguh dahsyat. Ketumpatan dia sungguh tunggi. Satu sudu bahan neutron star ni sama berat dengan gunung everest. Dan bintang ni berputar dengan laju sampai boleh mencapai 120 pusingan sesaat. Bayangkan benda sebesar tu pusing laju gila. Dan putaran ni akan menghasilkan pulsar.










Pulsar ni menghasilkan suluhan elektromagnetik yang kuat. Dan bila dia berpusing, efek yang dihasilkan apabila dilihat dari bumi jadi macam lighthouse. Maka direjamlah syaitan.

Dan belum habis lagi. Kalau bintang tu lagi berat dari 3 kali ganda? Maka selepas meletup menjadi supernova, bintang tersebut akan collapse sampaikan seluruh bintang tu menjadi sebesar satu titik je. Tapi sekeliling bintang tu akan menjadi gelap akibat tarikan graviti yang maha hebat sampaikan cahaya pun terperangkap. Inilah yang dipanggil black hole.







Dan black hole yang melampau besarnya akan menarik bintang-bintang lain mengelilinginya dan membentuk galaksi. Berat black hole yang macam ni boleh melebihi 50000 kali ganda dari matahari. Dan kalau lagi berat lagi sampai mencecah berjuta-juta kali ganda lagi berat dari matahari, akan terhasillah quasar. Makhluk ni sama macam pulsar tapi tenaga yang dihasilkan jauh lebih ganas. Kalau terdapat quasar dalam jarak beberapa tahun cahaya dari bumi nescaya hancur meletup bumi kita ni. Dan Iblis pun direjam.







Kalau black hole boleh menelan bintang, quasar yang hebat ni pula boleh menelan seluruh galaksi. Hebat. Bayangkan galaksi kita kena telan. Seram. Tapi Alhamdulillah jarak diorang ni jauh sangat dari bumi. Berbillion tahun cahaya jaraknya. Terselamat manusia. Dan direjamlah Iblis dan syaitan yang cuba mencuri dengar urusan langit. Subhanallah.

So, kalau makhluk Allah boleh jadi hebat, besar dan menakutkan berbanding manusia yang lemah ni, maka fikirlah kehebatan dan kebesaran Zat yang telah mencipta benda-benda tersebut. Takjub dan Taksublah kita kepada-Nya.

Salam.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday 13 February 2011

Relativiti dan Malaikat

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Maksudnya:Para malaikat dan Ar-Ruh(Jibril) naik (mengadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun. (Ma'arij:4)

Ada sorang mamat ni, famous gila. Kalau sebut genius terbayang orang ni. Nama dia tak lain tak bukan, Encik Albert Einstein. Ataupun Dr. Albert Einstein. Tapi zaman tu aku rasa orang tak pakai gelaran doktor lagi walaupun dah ada Ph.D. Tak kisah la. Aku tak minat sejarah sangat. Tapi aku tau jugak la apa yang buat Einstein ni famous. Teori relativiti dia. Ada teori relativiti am dan teori relativiti khas. Hari ni aku nak cakap pasal yang khas.

Sebelum tu, kita mesti tau dulu sifat unik tentang cahaya. Tahun 1881 seorang mat salleh bernama Michelson buat kajian pasal kelajuan cahaya sekali dengan member dia Morley. Apa yang menarik hasil kajian ni diorang dapati yang kelajuan cahaya takkan berubah dan sentiasa constant dengan kelajuan 299792458 meter persaat(ataupun 300000km/j nak senang) tak kira apa pun kelajuan kita.

Mudah macam ni. Aku naik kereta. Kereta aku tak bergerak. Kawan aku berdiri sebelah kanan kereta aku sebab belah kiri ada rel keretapi. Aku dengan kawan aku dua-dua ada walkie-talkie dengan alat kira kelajuan kereta yang macam polis punya speed trap tu. Tak lama lepas tu ada keretapi lalu. Aku pun guna alat speed trap aku dan dapat 100km/h. Kawan aku cakap dia dapat sama jugak. Aku pun press minyak laju-laju nak kejar keretapi tu. Sampai speedometer aku tulis 50km/h, aku pun guna lagi alat speed trap aku. Keretapi tu laju dia 100km/h. Aku tanya kawan aku pakai walkie aku. Kawan aku jawab yang kelajuan keretapi tu masih 100km/h. Aik, pelik? Patutnya 150km/h la kan. Sebab aku 50, tambah keretapi tu 100, patutnya kawan aku tu dapat 150 la. Tapi dia dapat 100. Macam tu la sifat cahaya tu. Kita dengan kelajuan apapun akan dapat kelajuan cahaya yang sama.

So, bila kelajuan cahaya constant, apa jadi? Kita sambung cerita tadi, kat rel keretapi tu ada dua tanda yang berjarak 100km antara satu sama lain. Jadi kalau ikut kiraan aku keretapi tu patut sampai tanda B dari A dalam masa 40 minit sebab kelajuan dia 150km/h. Dan memang betul 40 minit. Tapi kawan aku yang berdiri tegak kat tepi rel tu cakap keretapi tu ambil masa sejam dari A ke B sebab kelajuan dia 100km/h. Dah, makin pelik pulak...aku rasa 40 minit tapi kawan aku rasa sejam. Apa yang dah berlaku ni? Menurut Einstein, masa adalah relatif. Kenyal. Boleh kena stretch macam getah. Maknanya pengalaman kawan aku dalam masa sejam tu aku lalui dalam masa 40 minit sebab aku bergerak manakala kawan aku berdiri tegak. Lagi laju sorang tu bergerak, lagi cepat masa berlalu bagi dia. Faham?

Walaupun nampak tak logik tapi benda ni dah dibuktikan dan memang dalam penggunaan seharian pun dalam hidup kita. Tapi efek dia sikit sangat dan kalau sekadar naik jet yang laju gila pun tak berapa rasa kesan dia. Tapi dalam satelit GPS kiraan ni digunapakai sebab kelajuan dia kat orbit bumi tu lebih 18000km/h. Kalau tak masuk kiraan tu maka banyaklah kemalangan jalanraya yang berlaku sebab salah maklumat kat alat GPS pemandu-pemandu berhemah terutama negara kita.

Dan bukan masa je yang boleh jadi macam ni, jarak pun sama. Orang yang bergerak mengalami lagi pendek jarak berbanding orang yang berdiri tegak. Inilah yang dinamakan teori relativiti khas. Masa dan jarak jadi relatif terhadap kelajuan cahaya. Lebih kurang la.

Ok. Dah. Pening? Tak apa. Rileks. Dah nak habis pun. Apa yang aku nak kaitkan dengan ayat pasal malaikat kat atas tu senang je. Malaikat kan dicipta dari cahaya. So kelajuan dia pun macam cahaya. Dalam ayat tu kata dalam sehari yang kadarnya seperti lima puluh ribu tahun. Maknanya bagi malaikat macam sehari sebab dia gerak laju dan bagi manusia macam lima puluh ribu tahun sebab kita gerak lembab nak mampus. Betul tak? Senang kan?

So, itu jelah, aku pun penat menaip. Sebenarnya nak cerita benda lain tapi ini je yang termampu sekarang ni. Chow.

Salam...




Gambar ni sebenarnya pasal teori relativiti am, bukan khas...


- Posted using BlogPress from my iPad