الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah:3)
Bagaimana cara paling senang nak buat orang percaya benda ghaib tu wujud? Ambil segelas susu. Apa ada dalam susu? Ada lemak. Nampak tak lemak tu? Tak. So, lemak adalah sebahagian dari alam ghaib. Setuju? Kalau ya boleh teruskan kehidupan macam biasa. Kalau tak boleh baca dengan lebih lanjut.
Dalam Islam alam ghaib sangat penting dalam Iman. Paling penting sekali Allah ghaib dari pandangan kita. Lepas tu ada syurga dan neraka, malaikat, syaitan, jin dan apa-apa lagi yang ghaib. Masalahnya fitrah manusia memang susah nak percaya benda yang ghaib. Sesuatu tu perlu nampak baru mudah nak percaya. Jadi hari ni aku nak cuba untuk tunjukkan ke arah yang betul supaya semua boleh nampak alam ghaib ni.
Kita mula dengan dunia yang sedang kita diami ni. Setiap titik koordinat boleh dijelaskan dengan 3 nilai iaitu x,y dan z(dimensi ruang) serta satu nilai masa(dimensi masa).
Kalau tengok dalam GPS kereta biasanya ada 2 koordinat, sebab kereta hanya bergerak dalam x dan y je. Kalau kapal terbang biasanya akan ada dua koordinat tu ditambah dengan dengan ketinggian yang mewakili nilai z. Tapi masih tak complete lagi. Kalau tak nak miss flight, kita kena tepati masa(kita wakilkan dengan simbol t) sebab kapal terbang tu ada kat airport pada masa tertentu je. Maknanya sesuatu objek yang wujud dalam alam ni boleh dijelaskan kedudukannya dengan keempat-empat nilai tadi. Kalau tak cukup satu, kita takkan tau kat mana objek tu.
10 Jun 1854, Bernhard Riemann menjadi orang pertama yang mengasaskan geometri untuk empat dimensi ruang. Antara hujah matematik yang dikemukakan ialah Teori Pythagoras. Benda ni lagi senang nak difahami dengan gambar kat bawah.
Jadi, Riemann cakap yang kalau boleh macam tu, kenapa tak boleh tambah a²+b²+c²+d²=e²? Dan huruf-huruf ni boleh ditambah sampai jadi berapa banyak je yang korang nak. Tapi ni masih tak membuktikan yang wujudnya lebih dari 3 dimensi ruang(kita panggil dimensi lebih tinggi). Jadi nak dipendekkan cerita macam biasa orang yang buktikan perlunya wujudnya benda ni adalah tak lain tak bukan pakcik kita yang rambut serabai, Albert Einstein dengan teori relativiti umum. Lain hari boleh borak pasal teori ni.
Apa yang menyebabkan aku kata alam ghaib tu merupakan dimensi yang lebih tinggi dari 3? Benda ni lebih sesuai dijelaskan dengan gambar.
Cuba bayangkan alam kita ni 2 dimensi je. Kita hanya akan nampak x dan y je. Kemampuan kita untuk bergerak pun hanya pada dua nilai tu. Orang yang hidup dalam 2 dimensi takkan dapat faham apa maksud atas dan bawah. Diorang hanya tahu kiri kanan depan belakang. Jadi dalam gambar kat atas, orang yang dalam bentuk bujur tu tak boleh keluar sebab dia tak boleh bergerak ke atas(keluar dari kertas). Dan bila dia ditarik keluar oleh orang 3 dimensi, kawan-kawan dia akan nampak dia ghaib dari pandangan. Lagi satu, orang sebelah kiri sekali tu takkan nampak orang sebelah kanan sebab pandangan dia dihalang oleh bujur tersebut. Tapi orang 3 dimensi tu dapat lihat keseluruhan dunia 2 dimensi tu.
Point yang kita dapat dari gambar ni ialah:
- Orang yang dimensi lagi tinggi takkan terhalang dengan sesuatu yang menghalang orang yang berada dalam dimensi yang lebih rendah. Tu sebab dalam Quran disebut Allah itu lebih hampir dengan kita dari urat leher kita (Qaf:16). Ayat ni boleh ditafsir secara literal sebab Allah takkan terhalang oleh jisim badan kita kerana Dia berada dalam dimensi yang lebih tinggi.
- Kita tak boleh nampak dimensi lagi tinggi dari kita tapi kita boleh nampak keseluruhan dimensi bawah kita. Dan seperti kita tahu, Allah Maha Melihat dan Dia nampak segala-galanya.
Gambar ni pulak nak tunjukkan macam mana nak visualkan 4 dimensi ruang. Orang yang berada dalam 2 dimensi boleh tengok kiub 3 dimensi dengan dibuka kiub tersebut. Perkara sama boleh dibuat untuk kita. Kiub 4 dimensi boleh dibuka dan terhasillah gambar yang keempat. Tapi kita tak boleh nak visualkan bagaimanakah bentuk kiub tersebut dalam 4 dimensi.
Kenapa manusia diciptakan dalam 3 dimensi? Banyak hukum fizik yang diperlukan untuk manusia hidup hanya wujud dalam 3 dimensi. Maka dengan itu manusia pun diletakkan dalam alam yang luas ini dalam bentuk x,y dan z. Dan t.
Kesimpulannya mengikut pandangan aku alam ghaib ni merupakan dimensi yang lagi tinggi dari manusia di mana Allah bersemayam di atas 'Arasy yang berdimensi infiniti. Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung.
p/s: sila baca ni. WAJIB!
p/s: sila baca ni. WAJIB!
- Posted using BlogPress from my iPad
terbaik..ko skola at SMIH ke..???
ReplyDeleteawesome. syukran for the idea.
ReplyDeleteok, i got it:-) thanks atas penerangan yg mudah ni..senang nak hadam..
ReplyDeleteingat kata2 Allah mengenai jin dan syaitan menggoda manusia dari kiri dan kanan depan dan belakang (mengapa tiada dikatakan dari atas dan bawah)..maka jin dan syaitan ini bersifat 2D dan juga tergolong didalam alam ghaib cumanya lebih rendah dari alam manusia 3D. Alam2 ghaib yg lebih atas dari manusia terdiri dari makhluk2 yg bukan sahaja dari kalangan malaikat..cuba fikir2kan makhluk2 apa yg dijadiakn sebelum Adam AS dan apakah mereka masih wujud sehingga kini? kajian saintifik telah membuktikan mereka wujud dan mereka adalah golongan 4D. Ini rahsia yg hanya sebahagian mereka yg tahu dan berat untuk mereka yg tidak percaya.Dan ingat manusia yg mengenali Dirinya itu dapat mengetahui semua alam2 makhluk ini.
ReplyDeletewhy jin dan syaitan bersifat 2D?bukan ke 3D iaitu hanya xde masa?@ruang masa ?.mohon penjelasan
Deletetertarik tgk video nie...
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=5iZ1-csQFUA&list=PLZykDg0tyf5spMQHy1XSerGb_6GeycyRp
ambik dari buku hyperspace? nak tau pasal dimensi tinggi blh tgk blog aku dalam bab 6 ke atas (kena tunggu) http://zeiro-skywalkerz.blogspot.my/
ReplyDelete