Friday, 5 October 2012

Mu'tazilah dan Bucaillisme


Assalamualaikum.


Korang semua pernah dengar tentang Maurice Bucaille? Pakcik ni seorang doktor berbangsa Perancis. Beliau merupakan penulis buku The Bible, The Qur'an and Science. Buku ni menjelaskan bahawa segala apa yang terkandung dalam Al-Qur'an tak bercanggah dengan sains. Disebabkan buku tu, ramailah manusia yang menjadi obses untuk mengaitkan segala macam Syariat dan kepercayaan Islam dari sudut sains. Dan perbuatan ini digelar Bucaillisme. Maurice Bucaille pula dipercayai memeluk Islam, tapi tak cukup bukti yang menunjukkan demikian.


Selesai Bucaillisme, mari tengok pulak mengenai Mu'tazilah. Mu'tazilah ni satu kumpulan atau fahaman dalam Islam yang sangat mementingkan logik dan taakulan. Mereka mempercayai bahawa Al-Quran merupakan makhluk. Bagi mereka semua perkara kat dunia ni ada penjelasan yang boleh dikaitkan dengan sains. Dan fahaman ni lah yang menaikkan kegemilangan ilmu Islam zaman Khilafah Abasiyyah. Disebabkan pemikiran mereka berdasarkan logik dan sains, maka ilmu keduniaan pun berkembang dengan pesatnya zaman tersebut. Dan ramai khalifah zaman tu yang menyokong gerakan Mu'tazilah ni. 


Kesinambungan kepada penjelasan aku yang pendek tadi tu, aku nak buat sikit penilaian pasal blog aku ni.  Sepnajang-panjang aku menulis blog ni, aku selalu fikir yang semua benda kat dunia ni ada logiknya. Tak mungkin sesuatu tu dicipta atas semata-mata penciptaan. Dan benda aku masih pegang sampai sekarang. Tapi dalam kesungguhan aku menulis dan mengkaji, kadang-kadang aku tak sedar yang aku dah melanggar batas-batas yang tak sepatutnya. Sedar tak sedar, fahaman Bucaillisme yang aku pegang ni sedikit sebanyak bersamaan dengan Mu'tazilah. 


Contoh yang paling jelas yang aku nampak sendiri adalah dalam post yang ni. Bila aku fikir-fikir balik, dah tentulah Allah yang mencipta ruang. Maka tak mungkinlah sifat Allah tu terhad dalam ruang. Zat Allah wujud tanpa memerlukan ruang walaupun ruang tu berdimensi infinite. Bila sebut Allah berada dalam ruang bermaksud kita dah menyamakanNya dengan sifat makhluk iaitu perlu berada dalam ruang sedangkan dalam Surah Al-Ikhlas menyatakan bahawa tiada sesuatu pun yang boleh disekutukan denganNya. Secara tak langsung aku dah menyekutukan Allah untuk menjelaskan kedudukanNya dari segi sains. Astaghfirullah. Na'uzubillah. Moga-moga aku diampunkan. Walau bagaimana pun aku memutuskan untuk takkan edit post tu, tapi aku akan letakkan ralat kat sidebar aku. 


So lepas ni apa yang aku tulis aku akan cuba untuk lebih berhati-hati supaya tak bercanggah dengan Aqidah Islam. Sampai sini je dulu. Lain kali sambung.

 
Maurice Bucaille

p/s: sejak akhir-akhir ni aku sibuk sangat, jadi tak boleh nak selalu update..

2 comments:

  1. salam..betul tu amad..

    mungkin dari segi penulisan amad berkaitan kewujudan alam ghaib dengan mengatakan Allah tu berada dalam dimensi lagi atas dari 3 dimensi tu bersifat untuk penerangan semata2, tapi masih tak tepat..

    macam amad cakap, Allah yag menciptakan ruang, masa bahkan segala2nya..jadi Allah excluded daripada ruang lingkup tersebut..Allah tak tertakluk dalam ruang dan masa..

    ReplyDelete
  2. Sila rujuk jawapan Dr Mat Rofa Ismail mengenai Sains Islam dan Bucaillisme

    http://www.majalahsains.com/mat-rofa-ismail-sains-islam-tidak-memisahkan-kualitatif-dan-kuantitatif/

    ReplyDelete