Seharusnya aku nak buat satu transkrip mengenai evolusi menurut pendapat aku. Tapi topik tu agak berat dan Origin of Species yang tak berapa nak tebal tu pun aku belum habis rabakkkan lagi, makanya aku memadamkan dulu niat nak menerobos masuk dalam dunia biologi yang membosankan tu haha. Minat aku pada evolusi pun hanya sebab ia sangat berkait dengan falsafah dan agama(sebab tu fizik jauh lagi menarik sebab semuanya falsafah dan agama *jelir lidah*).
Oleh dek kerana tu, hari ni aku mengisi masa dengan menulis tentang daya. Penggunaan istilah 'daya' pun sebenarnya ada kisahnya. Oleh kerana sepanjang hidup aku segala ilmu fizik yang perolehi hampir 100% dalam bahasa Inggeris, maka aku agak kalut mencari satu terjemahan untuk istilah force yang amat berterusan penggunaannya dalam fizik. Melalui beberapa rujukan akhirnya aku akhirnya mengambil keputusan untuk guna istilah 'daya'. Bagi aku memang janggal. Tapi tak mengapalah.
Hampir keseluruhan pergerakan alam ni boleh dijelaskan dengan daya. Tangan yang bergerak, jerung yang berenang, kapal yang terbang, Bumi yang berputar, lubang hitam yang menyedut(?) dan bermacam-macam contoh lagi boleh disenaraikan. Memang adalah persetujuan jumhur bahawa daya merupakan sesuatu yang asas dalam fizik. Dan setiap kali sesuatu jenis daya dikenalpasti merupakan satu bentuk pengembangan yang amat signifikan dalam memahami alam ini.
Daya-daya yang asas dan telah dikenalpasti diklasifikasikan dalam 4 bentuk:
Daya graviti
Graviti merupakan salah satu daya yang terawal dikenalpasti dan diteorikan oleh manusia. Eksperimen yang dilakukan oleh Galileo pada akhir abad ke-16 sehinggalah awal abad ke-17 dengan menjatuhkan objek dari Menara Condong Pisa. Galileo berjaya megira dengan tepat pecutan medan graviti Bumi. Kemudian Newton pula memajukan teori ini dengan mengemukakan satu teori yang boleh digunapakai untuk semua objek dalam alam semesta.
Pun begitu masih ada sedikit kepincangan dalam teori Newton. Seperti biasa, pakcik yang amat sinonim dengan fizik, Albert Einstein berjaya formulasikan satu teori yang mengatakan bahawa graviti sebenarnya adalah lengkungan dalam geometri ruang-masa, bukan sekadar daya semata-mata. Secara ringkas inilah yang dipanggil teori relativiti am.
Daya graviti bersifat tak terhingga. Dua objek akan sentiasa mengalami tarikan antara satu sama lain walaupun berjarak sejauh alam. Secara am, graviti adalah daya yang sangat lemah. Bayangkan seluruh Bumi menarik kita ke tanah, namun kita mampu untuk melawan tarikan tersebut dengan daya yang dihasilkan oleh otot badan yang kecil. Dan graviti hanya bertindak dalam satu arah, iaitu menarik.
Pun begitu, dalam kuantiti yang banyak, daya graviti menjadi sesuatu yang amat menakutkan. Bayangkan setelah berbillion tahun, Bumi masih lagi tidak dapat untuk melawan tarikan Matahari (kalau Bumi terkeluar dari orbit sebenarnya lagi menakutkan). Dan contoh yang paling dahsyat, lubang hitam. Tarikan graviti yang melampau sehinggakan cahaya matahari yang teramat laju tu pon tak mampu untuk melarikan diri. Meremang bulu roma.
Daya elektromagnetik
Hampir 100 tahun manusia mula untuk memahami graviti, kemudian terserempak pula dengan daya elektromagnetik. Pada mulanya, daya elektrik dan daya magnetik dianggap berbeza, namun pada abad ke-19, James Maxwell berteori bahawa keduanya adalah sebahagian dari satu daya yang sama. Dan nama Einstein wujud juga dalam sejarah elektromagnet. Bahkan hadiah Nobel Prize beliau berkait dengan elektromagnet.
Hampir seluruh kehidupan manusia bergantung pada daya ini. Mungkin ramai dapat meneka dengan tepat daya ini digunakan dalam peralatan elektrik dan elektronik. Benar. Namun, tanpa kita sedar, semudah-mudah pergerakan badan kita adalah hasil daya elektromagnetik. Kita dapat berdiri tanpa jatuh tembus ke tanah adalah kerana daya elektromagnetik. Warna langit yang biru, lampu yang menyala, bayi yang merangkak semuanya mempunyai daya elektromagnetik. Sungguh.
Seperti graviti, elektromagnetik juga bersifat tak terhingga. Dan ianya jauh lebih kuat dari graviti. Ia bertindak pada dua arah, menarik dan menolak. Daya positif akan tertarik pada negatif dan akan menolak pada positif. Begitulah sebaliknya. Seperkara yang menarik, cahaya juga merupakan salah satu bentuk elektromagnet. Juga radio. Juga gelombang mikro. Juga ultraungu. Laser, Apa sahaja yang dalam fikiran korang, ada kemungkinan itu adalah elektromagnet, Kewujudannya memang di mana-mana.
Mungkin cukup dulu untuk kali ini. Lagi dua jenis daya, aku sambung lain kali. Chow.

p/s: satelit banyak bergantung pada daya elektromagnetik dan graviti.
No comments:
Post a Comment