Thursday, 22 January 2015

Paksi yang Condong

Assalamualaikum.


لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. {Yasiin: 40}


Dalam beberapa terjemahan dalam Bahasa Inggeris, ramai penterjemah seperti Pickthall, Yusuf Ali dan lain-lain memilih untuk menterjemah perkataan falak dengan maksud orbit. Aku bukanlah orang yang paling lancar dalam Bahasa Arab ni, tapi dengan sedikit rujukan aku dapati maksud asal perkataan ni secara tepat adalah ‘membulat’. Apa-apa yang disebut falak adalah sesuatu yang mempunyai kecenderungan untuk bulat. Dan ianya sangat bertepatan dengan perkataan yang kita kenali hari ini dengan istilah ‘orbit’.

Dalam ayat Surah Yasiin kat atas more or less menjelaskan bahawa Bulan dan Matahari mempunyai orbit masing-masing yang mana ramai tahu dan percaya Bulan mengorbit Bumi dan Matahari pual mengrbit menurut putaran Galaksi Bima Sakti. Nampaknya orang Islam dah sedar perkara ni lama sebelum Copernicus menyalak menentang konsep Bumi-di-tengah-alam yang disokong secara buta oleh kuasa gereja Eropah abad ke-15 dan 16.

Pun begitu, aku sebenarnya lebih berminat nak menceritakan mengenai paksi berbanding orbit. Dan yang lebih lari dari topik dalam ayat kat atas, paksi Bumi, bukan Bulan atau Matahari. Kenapa menarik sangat paksi Bumi ni?

Paksi adalah pusat dimana sesuatu objek itu berputar. Dan Bumi berputar pada paksinya yang sebenarnya condong sebanyak 23.4 darjah. Bukan tegak. Kecondongan inilah yang menyebabkan terjadinya fenomena 4 musim pada bahagian utara dan selatan bumi. Nampak condong tak berapa banyak, tapi disebabkan yang tak berapa banyak ni lah wujudnya tempat yang bersuhu -50 ºC dan wujud juga tempat yang bersuhu 50 ºC di atas muka Bumi ni. Dahsyat.


Disebabkan kecondongan ni jugak, kawasan kutub Bumi mengalami keadaan siang dan malam yang sangat panjang. Dalam masa setahun, Matahari hanya terbit dan terbenam sebanyak satu kali. Hiduplah anda dalam kecerahan selama 6 bulan dan diikuti kegelapan selama 6 bulan. Pun begitu, tak ada pun orang yang hidup di kawasan kutub ni. Tapi, kawasan yang berdekatan dengan kutub, seperti Norway, Iceland, Greenland, Sweden, Russia dan beberapa negara lagi boleh mengalami fenomena midnight sun, yang mana matahari tak terbenam sepenuhnya, dan boleh mencecah sehingga 4-5 bulan.

Kecondongan ni sebenarnya menyebabkan Bumi sangat tak stabil. Maha Kuasa Allah menciptakan bulan pada jisim yang benar-benar tepat untuk menstabilkan putaran Bumi. Tanpa Bulan, putaran Bumi akan jadi macam gasing yang hampir jatuh. Ke kiri, ke kanan, ke kiri, ke kanan, dan terkadang mungkin paksi Bumi akan jadi mendatar seperti Uranus. Sesiapa yang singgah ke Uranus, satu hari adalah bersamaan satu tahun di Uranus (dalam 85 tahun Bumi). Dan tak ada sesiapa yang nak Bumi wobbling macam gasing. Pergerakan angin yang tak menentu, cuaca berubah-ubah, pasang surut yang menggila, dan macam-macam lagi yang tak tergambar oleh manusia akan berlaku tanpa Bulan.

Oh dan jangan lupa, kalau di utara sedang musim sejuk. Di selatan pula musim panas. Dan di Malaysia kekal hangat dan lembab sepanjang tahun. Syukur.


p/s: baru bercerita tentang kecondongan, belum bercerita tentang putaran. Memang benarlah, nikmat Allah tak terkira. {14:34}.



p/s/s: kali terakhir aku menulis, dua tahun lalu. Tak ada yang rindu tak mengapa.

1 comment:

  1. Salam encik amad..terima kasih atas perkongsian..
    Ye aku rindu tulisan entri ko yang menghubungkaitkan ayat AlQuran dengan sains..Dalam zaman sains ni, perlu byk entri2 dan perkongsian ilmu mcm ni biar aku dan rakan2 lain sentiasa ditarbiah hatinya tentang maha suci Allah..huhu..
    Aku harap ko dapat kerapkan penulisan dan entri ilmiah mcm ni sebab tak ramai cerdik pandai melayu muslim yg nak kupas isu2 sains fizik mcm ni..apatah lagi yang nak kaitkan dengan AlQuran..Aku siap habiskan hadam semua entri2 ko..hehe..
    Aku tunggu lagi jawapan ko pasal manusia dari masa depan yg claim pernah dtg ke masa kini guna mesin masa sebab nak ambik komputer paling awal dicipta manusia tahu..

    Moga istiqamah dlm penulisan bro..Salam :)

    ReplyDelete