Thursday, 14 March 2013

Maratib Amal dan Skala Kardashev

Assalamualaikum.


Disebabkan sekarang ni dah terasa panas bahang pilihanraya kat negara kita ni, dan memang perbincangan politik berleluasa di sana sini, terdetik dalam hati  aku untuk buat satu post berkaitan politik. Mesti korang tertanya-tanya, apa kaitan politik dengan fizik? Aku pun tak pasti nak jawab soalan tu, tapi sepanjang post ni, mungkin kaitan tu akan terwujud secara sendirinya.


Pada tahun 1964, seorang ahli astronomi Soviet yang bernama Nikolai Kardashev telah mencipta satu skala untuk mengukur kemajuan peradaban sesuatu tamadun berdasarkan jumlah penggunaan tenaga mereka. Pada asalnya skala tersebut mempunyai 3 kategori:
  • Type I: Tamadun yang terletak dalam kategori ini mampu untuk menggunakan sepenuhnya segala jenis sumber yang wujud di dalam sistem bintang mereka. Tamadun ini kebiasaannya berada di bawah satu pemerintahan sahaja.
  • Type II: Tamadun kategori ini mampu menggunakan sumber-sumber yang wujud di dalam kumpulan bintang yang mereka diami. Bagi tamadun sebegini, setiap sistem bintang diperintah oleh kerajaan masing-masing.
  • Type III: Mereka yang berada dalam kategori ini mampu untuk menggunakan segala sumber yang wujud dalam satu galaksi. Sistem pemerintahan tamadun ini dianggarkan bersifat kolektif dan menggunakan satu jenis perlembagaan untuk menyatukan beberapa kerajaan.
Skala ini telah dikembangkan lagi dan perbincangannya amat panjang dan agak bosan. Namun aku ingin menambah satu kategori lagi dari pengembangan tersebut memandangkan tamadun manusia zaman kini tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas.
  • Type 0: Tamadun ini mengekstrak sumber dari bahan-bahan organik mentah seperti petroleum. Mudahnya inilah tahap tamadun manusia zaman kini.

Cukup dulu dengan skala Kardashev. Sekarang aku nak cerita serba sedikit pula pasal maratib(ketertiban) amal yang diketengahkan oleh Imam Hassan Al-Banna. Maratib amal ni untuk mudah difahami adalah satu skala yang menjelaskan peringkat-peringkat gerak kerja bagi mencapai matlamat Islam sebagai tonggak dunia. Maratib amal ni ada tujuh peringkat:
  • Individu: Seseorang Muslim itu berusaha untuk memperbaiki dirinya agar mencapai sifat-sifat seorang Muslim yang sempurna.
  • Keluarga: Mendidik agar keluarga membesar dalam keadaan memahami dan mengamalkan prinsip Islam.
  • Masyarakat: Membimbing masyarakat agar meninggalkan amalan yang buruk serta membudayakan amalan yang baik serta menyokong gagasan yang dibawa Islam.
  • Kerajaan: Membebaskan tanah air dari kuasa asing yang bukan Islam dari segi politik, ekonomi atau moral.
  • Negara: Memulihkan kerajaan agar benar-benar bercirikan Islam dan melaksanakan segala hukum dan ajaran Islam.
  • Khilafah: Membebaskan tanah-tanah lain agar dibentuk satu khilafah yang memerintah seluruh tanah milik Islam dan melahirkan semula perpaduan umat Islam.
  • Ustaziatul Alam: Peringkat terakhir, di mana seluruh dunia berada di bawah pemerintahan Islam dan menjadi tonggak bagi seluruh umat manusia.

Berdasarkan kedua-dua skala ini, aku amat tertarik pada Type I dan Ustaziatul Alam. Terdapat satu persamaan yang jelas antara keduanya dari segi pemerintahan. Keduanya mengetengahkan pemerintahan singular bagi seluruh umat manusia. Dan kalau dilihat penghuraian dan perbincangan dari kedua-dua skala untuk mencapai pemerintahan singular tu, memang banyak persamaan. Cumanya yang skala Kardashev tu memang tak sentuh pasal Islam langsung la.


Jadinya, dalam membentuk tamadun Type I yang menjadikan Islam sebagai Ustaziatul Alam, politik memainkan peranan yang sangat besar. Oleh itu aku menyeru kepada para pemuda yang secara tak sengaja terbaca post ni, mari sama-sama kita menjadikan diri kita bermanfaat dalam memajukan politik negara kita. Dan bila aku cakap macam ni aku bukan maksudkan kita pergi bertanding ke, berkempen ke, berdemonstrasi ke, baling telur ke tapi cuba untuk menggunakan minda rasional dalam memahami situasi politik kini dan bertindak ke arah yang menguntungkan kita sebagai orang Islam.

Wallahua'lam.


kiraan jumlah sumber yang digunakan oleh skala Kardashev

4 comments:

  1. Salam, bley saudara buat tulis post tentang merentas masa dalam quran pada masa hadapan? Saya baru terbaca tentang john titor jdi saya nk tau adakah quran pernah sebut pasai hal merentas masa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah akan diusahakan. Sebelum ni ada jugak post2 yg berkaitan merentas masa. Mungkin saudara boleh baca dulu untuk sementara waktu ni.
      http://fizikaqidah.blogspot.com/2011/01/relativiti-dan-malaikat.html
      http://fizikaqidah.blogspot.com/2013/01/masa-dan-taubat.html

      Delete
  2. salam, amad boleh terangkan misteri segi 3 bermuda, dajal dan kaitannya dengan fizik dan islam?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, maaf tak boleh nak reply semua komen dan terima kasih kerana sudi membaca. penulisan kat sini lebih fokus pada perkara yang jelas penjelasannya. untuk segi 3 bermuda tu sangat kabur dan ambiguous. mungkin buat masa sekarang belum ada ruang lagi untuk tajuk tu. apa-apa pun terima kasih sekali lagi atas cadangan.

      Delete