Monday 11 February 2013

Logik dan Aqidah

Assalamualaikum.


Antara sebab kenapa aku mulakan blog ni adalah untuk membantu para-para penghuni tarbiyyah yang sering menyerabutkan kepala mereka dengan persoalan-persoalan seperti:

"Apa pendapat Islam pasal makhluk asing?"

"Malaikat tu dicipta dari cahaya, jadi diorang boleh merentas masa la kan?"

"Macam mana dikatakan bintang merejam syaitan, komet ke?"

"Alam ghaib tu macam mana?"

"Apa yang wujud sebelum penciptaan alam?"


Dan bermacam-macam lagi persoalan yang sering diajukan dari segi sains mengenai Islam. Ataupun persoalan Islam dari segi sains. Mana-manalah. Disebabkan kurangnya para dai'e yang mengambil berat mengenai persoalan-persoalan ini, maka aku pun cuba untuk membantu dari sudut ini bagi menenangkan hati-hati meraka yang berjiwa curious ni.


Namun sepanjang ekspidisi aku ni, apa yang aku temui ialah banyak perkara yang masih tidak boleh dijelaskan secara sains. Namun, masih juga timbul persoalan-persoalan yang meminta penjelasan mengenai perkara tersebut. Jadi aku mengambil keputusan untuk menjawab semuanya secara am.


Sains itu adalah makhluk, dimana penciptanya adalah Allah. Logik juga adalah makhluk. Allah mencipta logik dengan 2+2=4. Pun begitu bila-bila masa Allah boleh menjadikan logik itu 2+2=5. Apa yang kita faham tentang logik itu hanya satu penciptaan di dunia, bukan sesuatu yang hakiki. Sebagai contoh syurga dan neraka tak terikat dengan logik dunia. Allah tak perlu untuk meletakkan sains sebagai pengikat kepada segala kejadian di dunia. Bila mana Allah berfirman 'kun' maka 'yakun'. Tak perlu mengikut logik dan sains. Perlu jelas aqidah kita kat sini.


Jadi bila mana ada sesuatu fenomena berkaitan aqidah yang tak boleh dijelaskan secara taakulan dan eksperimen, bukan bererti kita mesti mencari bagaimana proses kejadian tersebut, tapi kita hanya perlu wajib beriman tanpa ragu-ragu. Sebagai contoh Israk dan Mikraj, memang benar ada beberapa konsep sains yang boleh membantu pemahaman, tetapi kepercayaan terhadap perkara ini patut lebih diutamakan berbanding penjelasannya. Kan bagus kalau kita macam Abu Bakar r.a., bila orang kafir Quraisy datang dan cakap, "Hei Abu Bakar, Muhammad mendakwa dia pergi ke Palestin dan naik ke langit kemudian turun semula dalam satu malam, kau percaya?!" Dengan penuh keyakinan Abu Bakar jawab, "Aku beriman dengan Muhammad dan apa yang dikatakannya."


Proses mengenal Allah itu bukanlah melalui sains dan penaakulan, tetapi dengan mengenali sifat-sifatNya Yang Maha Agung yang diberitakan melalui wahyu melalui Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. Hatta Nabi Ibrahim pun cuba untuk mencari Allah melalui taakulan tapi tak berjaya sehinggalah diberikan wahyu(Al-An'aam:76-78). Apabila kita cuba memperjelaskan tauhid menggunakan logik, secara tak langsung kita meletakkan logik pada nombor satu, dan tauhid pada nombor dua. Kita meletakkan makhluk sebagai penentu aqidah kita. Na'uzubillah.


Jangan silap faham, bukan bermakna sains ditinggalkan langsung, bahkan dengan sains dapat menunjukkan lagi kebesaran Allah dan kekuasaanNya. Tapi ianya hanya sebagai tambahan, sekadar penghias, bukannya sebagai asas yang menyokong aqidah kita sebagai umat Islam. Boleh faham?


Kesimpulannya, tidak mengapa sekiranya bertanya atau ingin tahu mengenai logik dalam aqidah, tapi janganlah jadikan ianya sebagai persoalan yang utama dalam usaha kita mengenal Allah SWT dan menuju ke arah mendapatkan keredhaanNya. Sampai sini dulu. Moga bermanfaat.



Allah tidak perlu untuk mengecilkan bumi atau membesarkan lubang jarum untuk memasukkan bumi ke dalam lubang jarum.
p/s: walaupun agak kontra isi post kali ni dengan apa yang aku buat selama ni, aku ada sebab yang tersendiri. Dan gambar ni, hmmm aku pun tak tau nak caption apa.

3 comments:

  1. nice entry amad;-) susah jugak bila manusia sekarang ni bersandarkan logik semata untuk benda2 berkaitan kepercayaan dan akidah..padahal logik dan sains tu pun ciptaan yg terhad kat dunia ni je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup , tp kdg2 tu ak nak terangkan kat kwn ak konsep yg bro terang kan kat atas susah nak bg diorg phm haih.... best la bro teruskan post lagi, org mcm ni yg nak, itu sebb dulu saintis islam sarjana islam memperbetulkan beberapa konsep teori org barat

      Delete