Saturday, 8 October 2011

Alam Ghaib dan Dimensi

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah:3)

Bagaimana cara paling senang nak buat orang percaya benda ghaib tu wujud? Ambil segelas susu. Apa ada dalam susu? Ada lemak. Nampak tak lemak tu? Tak. So, lemak adalah sebahagian dari alam ghaib. Setuju? Kalau ya boleh teruskan kehidupan macam biasa. Kalau tak boleh baca dengan lebih lanjut.

Dalam Islam alam ghaib sangat penting dalam Iman. Paling penting sekali Allah ghaib dari pandangan kita. Lepas tu ada syurga dan neraka, malaikat, syaitan, jin dan apa-apa lagi yang ghaib. Masalahnya fitrah manusia memang susah nak percaya benda yang ghaib. Sesuatu tu perlu nampak baru mudah nak percaya. Jadi hari ni aku nak cuba untuk tunjukkan ke arah yang betul supaya semua boleh nampak alam ghaib ni.

Kita mula dengan dunia yang sedang kita diami ni. Setiap titik koordinat boleh dijelaskan dengan 3 nilai iaitu x,y dan z(dimensi ruang) serta satu nilai masa(dimensi masa).

Kalau tengok dalam GPS kereta biasanya ada 2 koordinat, sebab kereta hanya bergerak dalam x dan y je. Kalau kapal terbang biasanya akan ada dua koordinat tu ditambah dengan dengan ketinggian yang mewakili nilai z. Tapi masih tak complete lagi. Kalau tak nak miss flight, kita kena tepati masa(kita wakilkan dengan simbol t) sebab kapal terbang tu ada kat airport pada masa tertentu je. Maknanya sesuatu objek yang wujud dalam alam ni boleh dijelaskan kedudukannya dengan keempat-empat nilai tadi. Kalau tak cukup satu, kita takkan tau kat mana objek tu.

10 Jun 1854, Bernhard Riemann menjadi orang pertama yang mengasaskan geometri untuk empat dimensi ruang. Antara hujah matematik yang dikemukakan ialah Teori Pythagoras. Benda ni lagi senang nak difahami dengan gambar kat bawah.

Jadi, Riemann cakap yang kalau boleh macam tu, kenapa tak boleh tambah a²+b²+c²+d²=e²? Dan huruf-huruf ni boleh ditambah sampai jadi berapa banyak je yang korang nak. Tapi ni masih tak membuktikan yang wujudnya lebih dari 3 dimensi ruang(kita panggil dimensi lebih tinggi). Jadi nak dipendekkan cerita macam biasa orang yang buktikan perlunya wujudnya benda ni adalah tak lain tak bukan pakcik kita yang rambut serabai, Albert Einstein dengan teori relativiti umum. Lain hari boleh borak pasal teori ni.

Apa yang menyebabkan aku kata alam ghaib tu merupakan dimensi yang lebih tinggi dari 3? Benda ni lebih sesuai dijelaskan dengan gambar.
Cuba bayangkan alam kita ni 2 dimensi je. Kita hanya akan nampak x dan y je. Kemampuan kita untuk bergerak pun hanya pada dua nilai tu. Orang yang hidup dalam 2 dimensi takkan dapat faham apa maksud atas dan bawah. Diorang hanya tahu kiri kanan depan belakang. Jadi dalam gambar kat atas, orang yang dalam bentuk bujur tu tak boleh keluar sebab dia tak boleh bergerak ke atas(keluar dari kertas). Dan bila dia ditarik keluar oleh orang 3 dimensi, kawan-kawan dia akan nampak dia ghaib dari pandangan. Lagi satu, orang sebelah kiri sekali tu takkan nampak orang sebelah kanan sebab pandangan dia dihalang oleh bujur tersebut. Tapi orang 3 dimensi tu dapat lihat keseluruhan dunia 2 dimensi tu.

Point yang kita dapat dari gambar ni ialah:

  • Orang yang dimensi lagi tinggi takkan terhalang dengan sesuatu yang menghalang orang yang berada dalam dimensi yang lebih rendah. Tu sebab dalam Quran disebut Allah itu lebih hampir dengan kita dari urat leher kita (Qaf:16). Ayat ni boleh ditafsir secara literal sebab Allah takkan terhalang oleh jisim badan kita kerana Dia berada dalam dimensi yang lebih tinggi.
  • Kita tak boleh nampak dimensi lagi tinggi dari kita tapi kita boleh nampak keseluruhan dimensi bawah kita. Dan seperti kita tahu, Allah Maha Melihat dan Dia nampak segala-galanya.


Gambar ni pulak nak tunjukkan macam mana nak visualkan 4 dimensi ruang. Orang yang berada dalam 2 dimensi boleh tengok kiub 3 dimensi dengan dibuka kiub tersebut. Perkara sama boleh dibuat untuk kita. Kiub 4 dimensi boleh dibuka dan terhasillah gambar yang keempat. Tapi kita tak boleh nak visualkan bagaimanakah bentuk kiub tersebut dalam 4 dimensi.

Kenapa manusia diciptakan dalam 3 dimensi? Banyak hukum fizik yang diperlukan untuk manusia hidup hanya wujud dalam 3 dimensi. Maka dengan itu manusia pun diletakkan dalam alam yang luas ini dalam bentuk x,y dan z. Dan t.

Kesimpulannya mengikut pandangan aku alam ghaib ni merupakan dimensi yang lagi tinggi dari manusia di mana Allah bersemayam di atas 'Arasy yang berdimensi infiniti. Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung.

p/s: sila baca ni. WAJIB!

- Posted using BlogPress from my iPad

Kiamat dan Telomerase

بَلَىٰ مَنْ كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan dia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah: 81-82)

Aku pernah terbaca yang selepas sangkakala ditiup, Malaikat Izrail akan mencabut nyawa Malaikat Israfil. Lepas tu dia akan cabut nyawanya sendiri dan masa tu, barulah dia akan mengalami kesakitan mati yang teramat sangat dan jeritannya amat dahsyat sekali. Betul ke tak cerita ni Wallahu'alam. Tunggulah Kiamat nanti. Namun apa intipati yang sebenarnya aku nak ambil ialah kalau Malaikat Izrail dah mati, jadi orang lain takkan mati la kan? Dan memang Hari Kiamat semua orang hidup selama-lamanya tak kisahlah yang masuk syurga ataupun yang masuk neraka.

Jadi kalau ikut logik, boleh ke manusia hidup selama-lamanya? Mari kita belajar apa yang menjadi asbab manusia untuk mati( tak kira yang mati kena langgar, kena bunuh, bunuh diri, kanser otak, kanser lidah, kanser lutut(ada ke?) dan yang sewaktu dengannya. Maknanya yang mati sebab tua).

Dalam DNA manusia ada satu bahagian yang dipanggil telomere. Bahagian ni la yang mengandungi segala maklumat yang diperlukan untuk mitosis ataupun pembahagian sel. Seperti yang kita tahu, sel-sel dalam badan kita akan mati dan sel-sel mati tu la yang membentuk habuk dalam rumah kita. Sel-sel mati ni perlu diganti. Kalau tak, itulah yang menyebabkan kita sakit tua dan bila banyak sangat sel-sel yang dah mati dalam badan kita, Insya-Allah kita pun akan mati.

Jadi dengan adanya telomere, maklumat dapat diberikan agar sel-sel baru boleh terbentuk. Tapi ada satu masalah, telomere ni makin lama makin pendek dan akhirnya ia akan habis. Bila dia habis, cuba teka apa jadi? Betul, pembahagian sel tak boleh berlaku dan seterusnya akan berlaku seperti perenggan di atas.

Pada tahun 1984, dua manusia yang bernama Carol W. Greider dan Elizabeth Blackburn terjumpa satu enzim yang dipanggil telomerase. Dan enzim ini dikatakan boleh memanjangkan telomere. Jadi apabila telomere panjang, maka hayat seseorang makin lama. Dan kesimpulannya mudah je, kalau seseorang menggunakan telomerase dengan berpanjangan, maka beliau takkan tua.

Ada yang cakap, dalam satu hadis disebut bahawa semua penyakit ada ubat kecuali tua dan mati. Jadi Nabi sebut tua tak ada ubat. Memang betul, tapi untuk mengubati penyakit, penyakit tu mesti ada dulu. Nabi tak cakap tak ada pencegah untuk mati dan tua. Maknanya ini pencegah, bukan ubat. Sebagai contoh, memandu dengan selamat adalah pencegah dari kemalangan maut. Betul tak? Benda ni sama je la dengan mencegah tua. Namun apa yang pasti semua orang akan mati.

Pengakhiran untuk cerita ni mudah, kalau kat dunia seseorang tu boleh hidup dengan lama dengan bantuan telomerase, kalau kat syurga yang confirm tak ada pencemaran, penyakit, accident kereta dan sebagainya, dah tentu logik bagi seseorang itu untuk sentiasa muda dan tak mati. Boleh?


Friday, 1 April 2011

Makhluk Asing...?

Ok, sebenarnya minggu ni aku nak sambung pasal hari tu, tapi sebab aku tertengok cerita pasal alien, maka secara automatik aku pun terpanggil nak tulis pasal alien ni. So, macam biasa, aku nak letak satu ayat Quran...

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(Al-Anbiyaa':107)

Aku sendiri pun hairan jugak, alien ni wujud ke tak? Kalau ikut hati aku memang aku cakap ada kot. Tapi kalau ikut apa yang aku tau dan faham, alien ni tak wujud pun. Kenapa? Ok first sekali kita tengok usaha-usaha dalam pencarian makhluk asing ni.

NASA atau pun The National Aeronautics and Space Administration kat US ada mewujudkan satu program yang dipanggil SETI, atau pun Search for Extra-Terrestrial Intelligence pada tahun 1959 hasil cadangan dua orang ahli fizik yang bernama Giuseppe Cocconi dan Philip Morrison. Program ni awalnya hanya cuba nak mencuri dengar komunikasi antara alien-alien. Tapi, takde hasil.

Dan tahun 1960, Frank Drake memulakan Project Ozma dengan menggunakan teleskop radio selebar 25 meter di Green Bank, West Virginia untuk mengesan signal-signal yang dikeluarkan oleh makhluk asing. Hasilnya? Takde.

Masih tak berpuas hati, NASA membelanjakan 10 billion dolar untuk Project Cyclops menggunakan 1500 piring satelit pada tahun 1971. Tapi hasilnya, masih menghampakan. Dah bosan mencari, NASA cuba untuk menghantar pulak. Pada tahun 1974, satu mesej dihantar ke gugusan bintang M-13 yang terletak 25100 tahun cahaya dari Bumi menggunakan teleskop radio gergasi di Puerto Rico.

Dan disebabkan kerajaan US dah malas nak bagi peruntukan kepada NASA untuk program SETI, diorang pun mintak dana dari syarikat-syarikat swasta. Tahun 1995 satu projek lagi bernama Project Pheonix menggunakan instrumen yang cukup sensitif sampaikan boleh mengesan signal lapangan terbang yang letaknya 200 tahun cahaya dari Bumi. Hasilnya tetap sama.

Dan aku pun malas nak cerita kegagalan program ni lagi dengan lebih lanjut. Tapi masih ada satu lagi usaha yang aku rasa agak penting untuk disebut iaitu SETI@home. Projek ni agak smart jugak. Pihak NASA reka satu software yang boleh didownload secara free oleh semua orang dan siapa yang volunteer untuk benda ni boleh download software tu dan komputer orang akan digunakan untuk menganalisa data-data yang diterima satelit untuk mengesan kewujudan makhluk asing pada waktu komputer tu tak dugunakan. Dan setakat ni dah lebih 5 juta orang yang ikut program ni.

Dan sampai sekarang, masih takde bukti yang alien ni wujud. Tapi memang ada planet yang saintis jumpa yang mampu untuk menjadi tempat untuk kehidupan wujud. Tapi perlu diingatkan, kehidupan bagi diorang wujud secara evolusi, so, menurut aku, alien tak wujud kat planet tu sebab takde evolusi.

Ok, cuba anggap memang ada alien pun yang diciptakan kat alam semesta ni, ada beberapa senario yang kita boleh buat kenapa kita tak boleh detect diorang.
1. Alien kat alam ni masih primitif, so kita memang tak boleh nak detect sebab diorang tak pakai radio signal.
2. Alien kat alam ni terlampau maju dan mereka dapat sorokkan signal diorang. Tapi kalau fikir betul-betul, sebelum diorang maju tu mesti diorang ada terlepaskan signal jugak, kan?
3. Ada hukum fizik yang kita tak tau lagi yang memang buat signal-signal tu kita tak boleh detect.

Dan kalau ada alien yang maju, diorang ni datang bumi ke tak? Saintis-saintis semua sepakat yang kalau alien sampai bumi, diorang tersangat maju sebab planet yang boleh menampung kehidupan paling dekat pun dalam 200 tahun cahaya dari bumi. Jadinya diorang tak datang bumi sebab diorang anggap kita ni macam semut la. Kalau kita tak kacau, diorang tak kacau. Tapi kalau kita berada dalam laluan kemajuan diorang, maka kita pun dimusnahkan. Camtu je. Tapi itu kalau ikut hukum moral manusia la, taktau la kalau alien ada macam mana diorang fikir.

Kesimpulan saintifiknya, untuk alien wujud sangatlah sikit dan besar kemungkinan memang takde. Apa kata kita tengok dari pandangan Islam pulak(mengikut tafsiran aku la).

Ayat kat atas tadi tu je dah cukup dah sebab jelasnya Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat sekalian alam. Kalau dah sekalian alam dah tentulah alien-alien kat luar tu pun termasuk sekali. Tapi sepanjang aku hidup tak pernah pulak aku terbaca ayat Quran ataupun hadis bahkan riwayat israiliyyat yang menyebut nabi pernah berhubung dengan entiti luar bumi. Jin adalah. Lainlah kalau jin tu yang sebenarnya alien yang kita cari selama ni. Tapi tak lojik la sebab jin tu makanan dia tulang-tulang sisa makanan manusia. Kat mana lagi ada benda tu selain bumi kan? So, mengikut pandangan Islam yang aku faham, alien tak wujud.

Kesimpulan secara kesuluruhannnya, alien menurut faktanya tak wujud dan disokong dengan dalil aqli dan naqli. Aku pun hairan jugak, kenapa orang nak sangat alien wujud ha?

Salam...




- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, 13 March 2011

21:30 part 1

Ahah, sikit lagi berhabuk tempat ni, tapi akhirnya bersemangat jugak aku bila dapat bukak internet. Dan disebabkan cuti, bolehlah aku backup berapa minggu yang aku tak sempat nak buat sebelum ni.

So hari ni aku nak cerita benda mudah je. Cuba tengok ayat kat bawah ni;

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?(Al-Anbiyaa':30)

So, dalam ayat ni ada dua benda yang aku nak cerita. Untuk part 1 ni aku nak ambik bahagian first dari ayat kat atas. Aku rasa ramai orang tau ayat ni pasal apa kan? Pasal apa? Betul. Pasal Big Bang. Big Bang ni baru diterima pakai oleh pandangan umum lebih dalam tahun 70-an. Lembab kan? Dalam Quran dah sebut 1440 tahun dulu dah. Memang ayat ni ditujukan kat orang kafir pun. Haha...Tapi memang betul pun diorang yang buktikan benda ni secara rasminya. Siapa yang buktikan? Siapa lagi kalau bukan orang yang dikatakan manusia paling bijak dalam abad ini:Stephen Hawking. Manusia cacat anggotanya tapi akalnya, fuhh..

Jadi, jom kita tengok sejarah pembuktian big bang ni. Kita mula jauh sehingga zaman sebelum Masihi lagi.

340 sebelum Masihi: First, zaman Aristotle. Kejayaan Aristotle membuktikan bumi ni berbentuk sfera adalah antara kejayaan pertama dalam memahami struktur alam semesta. Dan beliau jugak percaya yang bumi ni berada di tengah-tengah universe ni.

Kurun ke-2 selepas Masihi: Zaman seterusnya zaman Ptolemy yang menyatakan yang sekeliling bumi ni ada bulan, matahari, lima buah planet yang diketahui time tu(Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal) dan bintang-bintang. Model ni terus dicopyright oleh pihak gereja sebab banyak ruang lagi untuk syurga dan neraka kat luar alam semesta.

1514: Zaman ni Quran dah turun tapi orang Barat masih berpegang kepada Bumi kat tengah-tengah alam. Tapi tahun ni ada sorang paderi nama dia Nicholas Copernicus yang mencadangkan matahari kat tengah-tengah dan bumi serta planet-planet lain dan bintang-bintang keliling matahari. Tapi dia publish benda ni senyap-senyap je sebab takut kena tibai dengan pihak gereja.

1609: Lepas tu zaman Galileo dan Johannes Kepler. Time ni memang teori Copernicus dicanang-canangkan oleh dua ekor ni. Dan hasilnya, pihak gereja bunuh Galileo. Sedih betul la fanatik agama yang jumud ni.

1687: Philosophiae Naturalis Principa Mathematica. Newton. Zaman ni orang dah terima teori Copernicus sebab ianya selari dengan prinsip yang dikeluarkan oleh Newton tentang graviti. Tapi timbul isu lain. Kalau graviti wujud, dah tentu semua benda akan tertarik sesama sendiri dan akhirnya alam akan hancur. Newton mengemukakan teori yang alam ni takde sempadan so graviti semua bintang akan cancel out sesama sendiri sampai stabil. Jadi kesimpulannya dunia ni statik.

Tapi teori ni mudah je dipatahkan oleh pemikir-pemikir lain sebab kalau berlaku kekacauan sikit pun dalam sistem ni nanti alam akan collapse jugak. So Newton kata yang ada Tuhan yang adjust alam ni kalau ada problem. Tapi beliau masih tak percaya tentang penciptaan. Blahh... Lagipun kalau dunia ni infinite luas dia, maknanya setiap titik pandangan kita ke langit akan ada bintang so tak kira siang atau malam akan jadi terang. Tapi malam kita gelap je, so teori Newton tak boleh digunapakai.

Dan sampai zaman Einstein pun orang anggap yang alam ni statik. Sampaikan Einstein bila perasan yang equation dia perlu kepada alam yang mengembang, dia modify equation tu.

1929: Seorang saintis, Edwin Hubble buat kajian tentang alam semesta ni. Beliau merekod semua spektrum cahaya yang dikeluarkan oleh bintang-bintang. Dan terkejut si Edwin bila tau hampir semua bintang tu bergerak menjauhi bumi. Benda sama jugak berlaku pada galaksi-galaksi lain. Semua bergerak menjauhi sesama sendiri. So, benda ni membuktikan yang alam ni mengembang. Kalau mengembang, dah tentu ada pernulaan. Dan masa ni ramai orang tak senang dengan penemuan ni sebab ramai tak nak percaya dengan permulaan alam a.k.a. penciptaan.

1965: Ahli fizik yang bernama Roger Penrose membuktikan yang menggunakan teori relativiti Einstein, bintang boleh compress sehingga bersaiz kosong. Dan seorang mamat yang lumpuh bernama Stephen Hawking terperasan sesuatu dalam penemuan ni.

1970: Mamat lumpuh tadi publish paper yang menunjukkan yang alam ni ada permulaan. Guna equation Penrose, beliau terbalikkan masa dan hasilnya ialah bintang yang mengembang. So beliau masukkan equation tu untuk pengembangan alam dan wala! Benda yang sememangnya betul pun terbuktilah. Alam ni dulu bersaiz kosong dan dalam satu spark, alam pun mengembang. Dan nama Big Bang pun diberi oleh seorang penyampai radio walhal dalam teori ini tak wujud letupan dan ia tak besar. Alam ni cuma mengembang bukan meletup.

Tapi korang semua kena ingat, ini yang tertulis dalam sejarah. Tapi orang Islam zaman Abbasiyyah dah tau bendai ni lama dah. Contohnya Ibnu Haytham atau Alhazen dah meragui Ptolemy 500 tahun sebelum orang lain. Begitu juga Abu Rayhan Biruni. Manakala Al-Kindi, Al-Ghazali dan seorang saintis Yahudi Saadia Gaon percaya yang alam ni ada permulaan. Ja'far Muhammad ibn Mūsā ibn Shākir pula dah buat teori graviti 650 tahun sebelum Newton. Tapi semua benda ni dah dipadam dari sejarah. So takde rekod yang official.

Akhir sekali agaknya ada yang tanya apa jadi masa sebelum Big Bang. Aku ada terbaca satu kata-kata paderi Kristian nama dia St. Augustine. Dia cakap yang alam ni diciptakan sekali dengan masa. Maknanya masa dicipta sekali dengan Big Bang. So sebelum tu takde konsep masa. Dan Allah bukan berada dalam masa sebab Dia yang cipta masa tu. Aku setuju dengan pendapat ni. Boleh?

Dan itulah Big Bang. Tapi ayat kat atas tadi belum habis cerita lagi. Nanti aku sambung. Chow.

Salam.




- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, 26 February 2011

Bintang dan Syaitan

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Maksudnya:Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang.
(Al-Mulk:5)

Syaitan ni merupakan makhluk yang direjam. Ayat kat atas menunjukkan bahawa salah satu benda yang merejam syaitan ni adalah bintang. Sungguh hebat bintang-bintang ni sampaikan boleh mengalahkan syaitan yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang tak terjangkau oleh fikiran manusia.

Jadi, apa arsenal yang ada pada bintang-bintang ni? Mari kita kaji kehidupan sebuah bintang.

Bintang terbentuk apabila gas-gas yang terkumpul di angkasa(kabanyakannya gas hydrogen dan helium) tertarik sesama sendiri. Dan bila jumlah gas dah melampau banyaknya, maka ia pun akan tercompress sehebat-hebatnya dan perlanggaran antara atom-atom semakin laju dan akhirnya terhasil haba yang sangat panas dan mengaktifkan proses cantuman nuklear. Dari hydrogen menjadi helium menjadi karbon dan akhirnya sehingga menjadi besi. Setiap cantuman atom yang berlaku akan menyebabkan bintang menjadi lebih besar hingga mencapai saiz red giant. Untuk bintang yang lebih berat diorang takkan capai sebesar red giant sebab graviti diorang lagi power. Dan bila dah habis cantuman nuklear sampai besi, maka bintang-bintang yang ringan akan collapse atau compress menjadi bintang kerdil putih. Dan tamatlah riwayat bintang ni.

Tapi bagi bintang yang lebih dari 1.4 kali ganda dari matahari kita, benda yang lebih menakjubkan berlaku. Mereka akan mula-mula collapse tapi disebabkan panas yang maha hebat akibat perlanggaran atom-atom, bintang tersebut akan BOOM!!!










Meletup manjadi supernova yang amat hebat. Cahaya dari supernova ni lebih terang dari segala apa yang wujud di langit. Bintang bintang yang berdekatan dengan supernova akan tercampak keluar dari orbit asal. Dan syaitan pun direjam.

Apa jadi lepas tu? Ada dua kemungkinan boleh berlaku. Kalau berat bintang tu kurang dari 3 kali ganda matahari, maka akan terbentuklah neutron star. Makhluk ni sungguh dahsyat. Ketumpatan dia sungguh tunggi. Satu sudu bahan neutron star ni sama berat dengan gunung everest. Dan bintang ni berputar dengan laju sampai boleh mencapai 120 pusingan sesaat. Bayangkan benda sebesar tu pusing laju gila. Dan putaran ni akan menghasilkan pulsar.










Pulsar ni menghasilkan suluhan elektromagnetik yang kuat. Dan bila dia berpusing, efek yang dihasilkan apabila dilihat dari bumi jadi macam lighthouse. Maka direjamlah syaitan.

Dan belum habis lagi. Kalau bintang tu lagi berat dari 3 kali ganda? Maka selepas meletup menjadi supernova, bintang tersebut akan collapse sampaikan seluruh bintang tu menjadi sebesar satu titik je. Tapi sekeliling bintang tu akan menjadi gelap akibat tarikan graviti yang maha hebat sampaikan cahaya pun terperangkap. Inilah yang dipanggil black hole.







Dan black hole yang melampau besarnya akan menarik bintang-bintang lain mengelilinginya dan membentuk galaksi. Berat black hole yang macam ni boleh melebihi 50000 kali ganda dari matahari. Dan kalau lagi berat lagi sampai mencecah berjuta-juta kali ganda lagi berat dari matahari, akan terhasillah quasar. Makhluk ni sama macam pulsar tapi tenaga yang dihasilkan jauh lebih ganas. Kalau terdapat quasar dalam jarak beberapa tahun cahaya dari bumi nescaya hancur meletup bumi kita ni. Dan Iblis pun direjam.







Kalau black hole boleh menelan bintang, quasar yang hebat ni pula boleh menelan seluruh galaksi. Hebat. Bayangkan galaksi kita kena telan. Seram. Tapi Alhamdulillah jarak diorang ni jauh sangat dari bumi. Berbillion tahun cahaya jaraknya. Terselamat manusia. Dan direjamlah Iblis dan syaitan yang cuba mencuri dengar urusan langit. Subhanallah.

So, kalau makhluk Allah boleh jadi hebat, besar dan menakutkan berbanding manusia yang lemah ni, maka fikirlah kehebatan dan kebesaran Zat yang telah mencipta benda-benda tersebut. Takjub dan Taksublah kita kepada-Nya.

Salam.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, 13 February 2011

Relativiti dan Malaikat

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Maksudnya:Para malaikat dan Ar-Ruh(Jibril) naik (mengadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun. (Ma'arij:4)

Ada sorang mamat ni, famous gila. Kalau sebut genius terbayang orang ni. Nama dia tak lain tak bukan, Encik Albert Einstein. Ataupun Dr. Albert Einstein. Tapi zaman tu aku rasa orang tak pakai gelaran doktor lagi walaupun dah ada Ph.D. Tak kisah la. Aku tak minat sejarah sangat. Tapi aku tau jugak la apa yang buat Einstein ni famous. Teori relativiti dia. Ada teori relativiti am dan teori relativiti khas. Hari ni aku nak cakap pasal yang khas.

Sebelum tu, kita mesti tau dulu sifat unik tentang cahaya. Tahun 1881 seorang mat salleh bernama Michelson buat kajian pasal kelajuan cahaya sekali dengan member dia Morley. Apa yang menarik hasil kajian ni diorang dapati yang kelajuan cahaya takkan berubah dan sentiasa constant dengan kelajuan 299792458 meter persaat(ataupun 300000km/j nak senang) tak kira apa pun kelajuan kita.

Mudah macam ni. Aku naik kereta. Kereta aku tak bergerak. Kawan aku berdiri sebelah kanan kereta aku sebab belah kiri ada rel keretapi. Aku dengan kawan aku dua-dua ada walkie-talkie dengan alat kira kelajuan kereta yang macam polis punya speed trap tu. Tak lama lepas tu ada keretapi lalu. Aku pun guna alat speed trap aku dan dapat 100km/h. Kawan aku cakap dia dapat sama jugak. Aku pun press minyak laju-laju nak kejar keretapi tu. Sampai speedometer aku tulis 50km/h, aku pun guna lagi alat speed trap aku. Keretapi tu laju dia 100km/h. Aku tanya kawan aku pakai walkie aku. Kawan aku jawab yang kelajuan keretapi tu masih 100km/h. Aik, pelik? Patutnya 150km/h la kan. Sebab aku 50, tambah keretapi tu 100, patutnya kawan aku tu dapat 150 la. Tapi dia dapat 100. Macam tu la sifat cahaya tu. Kita dengan kelajuan apapun akan dapat kelajuan cahaya yang sama.

So, bila kelajuan cahaya constant, apa jadi? Kita sambung cerita tadi, kat rel keretapi tu ada dua tanda yang berjarak 100km antara satu sama lain. Jadi kalau ikut kiraan aku keretapi tu patut sampai tanda B dari A dalam masa 40 minit sebab kelajuan dia 150km/h. Dan memang betul 40 minit. Tapi kawan aku yang berdiri tegak kat tepi rel tu cakap keretapi tu ambil masa sejam dari A ke B sebab kelajuan dia 100km/h. Dah, makin pelik pulak...aku rasa 40 minit tapi kawan aku rasa sejam. Apa yang dah berlaku ni? Menurut Einstein, masa adalah relatif. Kenyal. Boleh kena stretch macam getah. Maknanya pengalaman kawan aku dalam masa sejam tu aku lalui dalam masa 40 minit sebab aku bergerak manakala kawan aku berdiri tegak. Lagi laju sorang tu bergerak, lagi cepat masa berlalu bagi dia. Faham?

Walaupun nampak tak logik tapi benda ni dah dibuktikan dan memang dalam penggunaan seharian pun dalam hidup kita. Tapi efek dia sikit sangat dan kalau sekadar naik jet yang laju gila pun tak berapa rasa kesan dia. Tapi dalam satelit GPS kiraan ni digunapakai sebab kelajuan dia kat orbit bumi tu lebih 18000km/h. Kalau tak masuk kiraan tu maka banyaklah kemalangan jalanraya yang berlaku sebab salah maklumat kat alat GPS pemandu-pemandu berhemah terutama negara kita.

Dan bukan masa je yang boleh jadi macam ni, jarak pun sama. Orang yang bergerak mengalami lagi pendek jarak berbanding orang yang berdiri tegak. Inilah yang dinamakan teori relativiti khas. Masa dan jarak jadi relatif terhadap kelajuan cahaya. Lebih kurang la.

Ok. Dah. Pening? Tak apa. Rileks. Dah nak habis pun. Apa yang aku nak kaitkan dengan ayat pasal malaikat kat atas tu senang je. Malaikat kan dicipta dari cahaya. So kelajuan dia pun macam cahaya. Dalam ayat tu kata dalam sehari yang kadarnya seperti lima puluh ribu tahun. Maknanya bagi malaikat macam sehari sebab dia gerak laju dan bagi manusia macam lima puluh ribu tahun sebab kita gerak lembab nak mampus. Betul tak? Senang kan?

So, itu jelah, aku pun penat menaip. Sebenarnya nak cerita benda lain tapi ini je yang termampu sekarang ni. Chow.

Salam...




Gambar ni sebenarnya pasal teori relativiti am, bukan khas...


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, 28 January 2011

Negative Energy dan Penciptaan

Ex Nihilo...

Kali ni pendek sikit kot post aku sebab ada post yang lagi panjang aku tengah siapkan. Benda kat atas ni kalau korang nak tau sebenarnya bahasa Latin yang bermaksud out of nothing. Dah lama dah orang kaji pasal topik ni sebab agama-agama samawi semua ajar yang Tuhan mencipta daripada tiada kepada ada apatah lagi Islam yang memang agama yang benar lagi membenarkan ni. Tapi, macam biasa, orang-orang yang tak terfikir nak beriman ni tak puas hati dengan penjelasan yang mudah ni. So, kajian demi kajian pun dijalankan. Mari explore...

First, ayat Quran;

أَوَلَا يَذْكُرُ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْئًا
Maksudnya:Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang dia pada masa itu belum ada sebarang apapun? (Maryam: 67)

'Belum ada sebarang apa pun' kalau mengikut Muhammad Al-Asad(terjemahan dia dalam English, tapi aku terjemahkan balik dalam bahasa Melayu), makna dia belum wujud sebarang apa pun. So, Allah menciptakan daripada tiada kepada ada. Ok? Terus..

Tau negatif energy? Energy yang nilai dia negatif. Salah satu bentuk negatif energy adalah graviti. Macam mana? Contoh: Bayangkan ada bola jatuh dalam lubang. Kita perlukan energy untuk keluarkan bola tu dari lubang. Bila bola tu keluar dan berada atas tanah kita anggap bola tu mempunyai zero energy. Jadi sebelum kita keluarkan bola tu, bola tu ada negatif energy hasil tarikan graviti. Kita perlu tambah positif energy untuk jadikan bola tu atas tanah dan mempunyai tenaga yang kosong. Faham?

Negatif energy ni dibuktikan kewujudannya oleh Paul Dirac melalui kiraan matematik. Yang formula E=mc2 tu sebenarnya belum tepat. Mamat Dirac ni dapat kesan sesuatu yang Einstein tak perasan. Sebenarnya formula tu lebih tepat macam ni:

E = ±mc2

Maknanya setiap nilai positif tu ada nilai negatif dia yang buat dia cancel out sesama sendiri. Dan setiap matter tu ada negatif matter (lain dari antimatter) tersendiri yang aku cerita lain kali pulak. Sekarang ni nak cerita pasal energy dulu.

So, guna equation Einstein tadi, kita faham yang m, matter tu benda yang sama je dengan E, energy, cuma kena lajukan pada kelajuan cahaya kuasa dua, c2. Maka saintis-saintis gila pun mula la buat kiraan pasal jumlah energy/matter yang ada kat alam ni dan dicampurkan dengan jumlah negatif energy/matter yang ada.

Alangkah terkejut beruk diorang ni bila tau yang jumlah semua cas-cas ni adalah kosong. Zero. Nada. Sifr. Alam seluas ni sebenarnya kosong je. Tak ada apa-apa. Kosong. Kosong. Dan kosong...

Diriwayatkan oleh saintis-saintis ni bahawa kalau ada lebih atau kurang dari 0.00000001 pun dalam jumlah cas-cas ni maka seluruh alam semesta akan hancur akibat tak stabil. Subhanallah. Itu pun ada sesetengah diorang ni tak nak beriman lagi. Gila betul.

Dan terbuktilah, yang memang Allah jadikan alam ni dari kosong. Penciptaan dari tiada kepada ada. Sekarang dah ada penjelasan macam mana Allah ciptakan alam ni daripada tiada. Dengan penyeimbangan jumlah cas-cas yang ada. Dan sebab penyeimbangan ni jugak, alam ni stabil tak hancur lebur. (Sebelum tu, aku nak ingatkan, Allah boleh je jadikan sesuatu tanpa penjelasan. Bukan semua kehendak-Nya boleh dijelaskan. Takut terpesong pulak nanti)

So, tamat episod kali ni. Aku nak blah.

Salam

p/s: Kepada pengamal-pengamal PMR dan SPM, ilmu negatif energy ni tak boleh guna dalam periksa tau. Gravitational potential energy tu positif je kalau dalam silibus. Jangan salahkan aku kalau korang gagal sebab buat kiraan negatif kat GPE tuh. Haha...




- Posted using BlogPress from my iPad

Multiverse dan Luh Mahfuz

Post ni sebahagian dari satu cerita yang cukup panjang yang aku nak buat pasal multiverse. Hari aku cuma cerita kaitan dia dengan Luh Mahfuz. Sebelum tu sikit warning: kalau rasa dah nampak macam tak betul korang berhenti baca je la. Aku tak nak jadi sumber kesesatan orang yang tak boleh nak faham apa yang aku tulis.

Mula-mula meh aku cerita pasal multiverse. Serius pening gila. Aku pun tak tau macam mana nak tulis. Tapi untuk kali ni aku terang sikit je dulu yang kaitan dengan Luh Mahfuz. Siapa tengok cerita Fringe? Ataupun lagi senang cerita Alice in Wonderland. Dua-dua ada cerita pasal dunia yang lain dari dunia kita tapi wujud selari dengan dunia kita. Ini dipanggil parallel universe. Tapi aku lebih pegang konsep multiverse yang mana sama jugak dengan parallel universe cuma universe dia lagi banyak, bahkan tak terkira.

Aku bagi contoh, aku pegang pensel. Apa yang bakal aku buat dengan pensel tu? Tulis? Baling? Patahkan? Ok, andaikan aku tulis. Apa jadi dengan baling dengan patahkan? Mengikut teori multiverse, semua tadi berlaku, cuma pada universe yang lain. Maknanya dari point aku pegang pensel tadi dah ada 3 cabang universe yang berbeza, first aku tulis, lagi satu aku baling, satu lagi aku patahkan. Dan semua kemungkinan-kemungkinan ni akan hasilkan kemungkinan yang lain. Bagi setiap kemungkinan akan terhasil lagi satu cabang.

Itu cara mudah nak bagi faham. Kalau ikut teori tu, kemungkinan dikira sampai tahap laluan yang elektron lalu keliling proton pun diambil kira. Senang cerita setiap saat berbillion entah bertrillion entah berinfiniti cabang yang terhasil. Jadi tak kisah apa yang kita buat kemungkinan lain tetap akan berlaku. Setiap hasil keputusan ni akan hasilkan parallel universe yang selari dengan universe yang kita alami sekarang ni. Gabungan semua universe ni la yang dipanggil multiverse. Antara saintis yang awal bagi hujah kukuh terhadap teori ini adalah Erwin Schrödinger, Max Born, Niels Bohr dan Werner Heisenberg. Tak perlu la aku rasa nak cerita macam mana diorang buat, nanti melampau-lampau panjang pulak post ni.

Faham? Kita terus dengan Luh Mahfuz;

Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma : “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Luh Mahfuz daripada mutiara yang putih, helaiannya daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya, bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi, Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata : Isnadnya sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Al-Zahabi berkata dalam al-Talkhis : Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi dia waahin(cinta akan dunia)].

Para sahabat, tabi’in dan semua Ahlis-Sunnah dan hadis telah bersepakat bahawa setiap perkara yang berlaku sehingga ke hari kiamat telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ayat-ayat al-Quran telah membuktikan bahawa Allah telah mencatatkan apa yang Dia lakukan dan katakan di Luh Mahfuz. Dia telah menulis di Luh setiap perbuatanNya dan kalamNya, sesungguhnya ayat ‘Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!’ telah berada di Luh sebelum wujudnya Abu Lahab.’ [Lihat : Bada’i at-Tafsir, Ibn al-Qayyim, 4/131]

Ok..ni aku copy paste je tapi main point yang boleh kita derive dari hadis ni dan ijma' sahabat tabi'in dan Ahlis-Sunnah untuk topik aku kali ni yang Luh Mahfuz tercatat segala takdir yang dah, sedang dan bakal berlaku.

Jadi sebelum aku cerita kaitan dia, pernah tak korang terfikir atau ada orang tanya pasal takdir yang lebih kurang bunyi dia macam ni:

"Kalau orang yang buat jahat tu takdir Allah. Maknanya tak ada free will. Allah dah tentukan orang tu masuk neraka."

Aduh cik adik, tu pesimis namanya. Tapi tak apa, Insya-Allah aku boleh jelaskan.

Aku bagi ayat Quran jap

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya:Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Luqman: 27)

Antara makna istilah 'kalimah Allah' dalam ni termasuk jugak Luh Mahfuz. Maknanya banyak sangat takdir yang ditulis sampai tak boleh nak habis dengan segala lautan dan bantuannnya. Dan banyak sangat cabang-cabang yang terhasil akibat segala kemungkinan yang berlaku sehingga menyebabkan jumlah universe mencapai infinite.

Apa yang aku maksudkan kat sini, semua takdir dah ditulis dalam Luh Mahfuz. Setiap kemungkinan. Memanglah orang tu jahat. Dalam Luh Mahfuz ada tulis dia jadi jahat. Tapi ada jugak dalam Kitab tu yang tulis dia jadi baik. Siapa suruh dia buat keputusan jadi jahat. Setiap apa yang mungkin berlaku tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua cabang multiverse tertulis dalam tu. Comprendé?

Dah tu je kot untuk episod ni. Banyak lagi cerita multiverse ni. Tapi lain kali la.

Salam.




- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, 22 January 2011

Psikokinesis dan Khilafah Islamiah

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di bumi.
(Al-Baqarah: 30)

Apa dah jadi sampai umat Islam tak boleh nak bangkit-bangkit lagi dan memakmurkan bumi ni? Dalam hal ni, fizik ada main peranan. Macam mana? Biar aku start dengan cerita pasal psikokinesis....

Pernah tengok Star Wars? Yang Jedi dia ada Force yang boleh gerakkan benda guna minda tu. Itu la yang dipanggil psikokinesis. Kalau nak maksud skema dia iaitu keupayaan untuk mengawal objek menggunakan minda. Benda ni dah tentu-tentu sains fiksyen semata. Gerakkan benda dengan fikran, tak ke macam banyak sangat tengok tv tu? Tapi biasalah, manusia tak puas hati jugak, lalu dibuat la kajian mengenai benda ni. Yelah, sebelum ni tak pernah pun terfikir besi boleh terbang, alih-alih sekarang ni besi pulak boleh bawak orang terbang sekali. So manalah tau kalau dibuat kajian benda ni betul-betul boleh jadi.

So, saintis-saintis yang obses pun buatlah kajian. Antara orang awal yang melakukan kajian serius terhadap psikokinesis ni bernama Gertrude Schmeidler. Minah ni seorang profesor di City University of New York. Hasil kajian beliau menunjukkan manusia boleh ubah suhu udara sekeliling dengan konsentrasi yang tinggi. Tapi berubah pun hanya kurang dari 0.01 darjah celsius. Hah, yang penting boleh.

Lepas tu pulak ada kajian yang lagi melampau yang dilakukan di Princeton University. Ada satu program yang dipanggil Princeton Engineering Anomalies Research kat university tu yang dianjurkan semata-mata nak kaji pasal psikokinesis. Diasaskan oleh Robert G. Jahn, kajian ni berlangsung selama 28 tahun dari 1979 sampailah 2007. Ganas sungguh. Kajian dia senang je. Cuma pakai duit syilling. Bila kita lambung duit syilling, confirm ada 50-50 peluang nak dapat kepala atau ekor. Tapi lepas lebih dari 1,700,000 cubaan yang melibatkan 340,000,000 lambungan duit syilling, saintis-saintis gila yang buat kajian ni dapat buktikan yang fikiran manusia mempengaruhi result lambungan syilling yang kita buat. Tapi sikit je la, lebih kurang 1 dalam 10,000. Maknanya bila kita lambung syilling, bukan la fifty-fifty, tapi bergantung sikit guna minda kita. Itu pun kalau kita concentrate kuat gila tahap dewa.

Alih-alih dah penat cerita pasal kajian-kajian ni, jom tengok apa Allah firman dalam Quran pulak;

حتّىٰ ىقول الرّسول والذّىن ءامنوا معه متىٰ نصر الله الاٰ اِنّ نصرالله قريب....
Maksudnya: Sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(Al-Baqarah:214)

Kat sini Allah nak suruh kita tahu bahawa pertolongan-Nya amat dekat. Tapi keyword dia kat sini perkataan 'ketahui' tu. Allah suruh kita tahu. Bagi aku tahu adalah peringkat paling tinggi yang boleh dicapai oleh minda seseorang. Contoh, kita ambik beberapa perkataan yang berkaitan dengan minda: ragu, percaya, yakin, tahu. Sekarang mari buat ayat guna perkataan-perkataan ni.

1. Saya ragu batu itu keras.
2. Saya yakin batu itu keras.
3. Saya percaya batu itu keras.
4. Saya tahu batu itu keras.

Mana paling convincing? Dah tentulah orang yang 'tahu'. Kalau yang percaya kalau kita bagi bukti batu tu lembik, kepercayaan dia berubah. Samalah dengan orang yang yakin. Kalau orang yang ragu tu tak payah nak cerita la. So, 'tahu' adalah peringkat tertinggi iman. Bila seseorang beriman Allah itu wujud, maka dia 'tahu' Allah wujud. Kalau setakat yakin, masih boleh dipatahkan dengan hujah-hujah dan bukti-bukti tertentu.

Kita dah tahu minda boleh mempengaruhi keadaan sekeliling. Itu pun setelah concentrate habis-habisan. Concentrate sampai tahap tahu, bukan percaya atau yakin apatah lagi ragu. Sebelum aku teruskan lagi aku ada soalan: kalau kita 'tahu' batu tu lembik, adakah batu tu akan jadi lembik? Depends. Ikut kefahaman aku, siapa yang tahap 'tahu' dia lagi power, maka keadaan akan ikut dia. Tapi satu dunia 'tahu' batu tu keras, kau sorang je mana cukup nak lawan kuasa minda satu dunia.

So, kaitan dengan umat Islam yang tak bangkit-bangkit lagi ni dengan kuasa minda ni senang je. Umat Islam lebih satu billion. Tapi berapa orang je tahu pertolongan Allah tu dekat. So, Allah pun tak berkenan nak dekatkan pertolongan kat kita sebab tak ada sebab yang boleh dipakai untuk Dia bagi apa yang dia janji. Deal asal supaya kita beriman atau aku lagi suka 'tahu' barulah janji-janji dalam Quran tu Dia bagi. Cuba bayangkan kuasa minda satu billion umat Islam tahu yang kita bakal peroleh kemenangan. Tapi hakikatnya bukan setakat malas nak usaha tolong Islam, tapi fikir dan beriman Islam menang pun tak nak buat. Apa nak jadi. Orang Yahudi sikit tapi semua 'tahu' mereka kuasa dunia tu la sebab mereka memang kuasa dunia. Mereka beriman sampai tahap 'tahu'. Tu tak kira lagi orang yang bukan Yahudi yang duduk tolong 'tahu'kan sekali yang bangsa tu kuasa dunia. Memang patutlah.

So simple je konklusi untuk episod ni, telekinesis boleh bantu umat Islam dalam usaha menubuhkan Khilafah Islamiyah di dunia ni kalau semua orang 'tahu' benda tu. Efek dia kalau ikut kajian 1 dalam 10,000. Tapi kalau campur 1 billion umat Islam? Dah lebih dari cukup. Fikir-fikirlah. Fikir sampai 'tahu'.

Salam semua.

p/s: aku rasa aku sorang je yang faham apa yang aku tulis ni. Aku 'tahu' lah. Hahaha







- Posted using BlogPress from my iPad

Pilot








Kalau tengok cerita-cerita Inggeris kat tv biasanya episod satu dia namakan pilot. Aku pun memang jenis tak kreatif langsung nak reka-reka nama untuk first title ni, so aku dengan mudah tirulah kaedah orang Hollywood untuk mulakan blog aku.

Blog aku ni aku buat untuk aku sendiri. Untuk tingkatkan aqidah aku. Tapi kalau ada orang nak baca jugak silakan. Aku nak buat kaitan anatara fizik dengan Islam. Banyak jugak orang yang buat kaitan sains dengan Islam. Tapi banyaknya tenteng syara' dan hukum. Contoh macam makan babi. Islam haramkan dan kajian pun tunjuk banyak keburukan makan daging babi ni. Aku tak minat nak kaitkan sains dengan hukum. So apa-apa selain hukum tu la yang aku nak kaji. Aqidah, da'wah dan benda-benda lain.

Insya-Allah, sumber yang aku guna untuk agama datang dari Quran dan Hadis, bukan dari sumber lain. Aku akan cuba untuk cari hadis-hadis yag sohih untuk mengelakkan keraguan. Untuk belah fizik pulak aku guna sumber buku-buku fizik yang ditulis oleh orang-orang yang ahli dalam bidang fizik macam Stephen Hawking, Michio Kaku, Albert Einstein, Micheal Faraday dan lain-lain lagi.

Dan aku bagi warning awal-awal, blog ni untuk aku sebenarnya. Apa yang aku tulis kadang-kadang nampak macam terpesong sikit tapi aku assure korang semua yang aku dah cuba buat penelitian paling dalam tentang benda yang tulis. Kalau tak faham pergi tanya orang yang mahir. Jangan buat konklusi sendiri. Pulak tu jangan nak menuduh aku sesat. Korang yang tak faham.

So untuk episod pilot ni aku tulis sampai sini je. Penat aku menekan-nekan skrin. Salam.

- Posted using BlogPress from my iPad