Friday, 28 January 2011

Negative Energy dan Penciptaan

Ex Nihilo...

Kali ni pendek sikit kot post aku sebab ada post yang lagi panjang aku tengah siapkan. Benda kat atas ni kalau korang nak tau sebenarnya bahasa Latin yang bermaksud out of nothing. Dah lama dah orang kaji pasal topik ni sebab agama-agama samawi semua ajar yang Tuhan mencipta daripada tiada kepada ada apatah lagi Islam yang memang agama yang benar lagi membenarkan ni. Tapi, macam biasa, orang-orang yang tak terfikir nak beriman ni tak puas hati dengan penjelasan yang mudah ni. So, kajian demi kajian pun dijalankan. Mari explore...

First, ayat Quran;

أَوَلَا يَذْكُرُ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْئًا
Maksudnya:Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang dia pada masa itu belum ada sebarang apapun? (Maryam: 67)

'Belum ada sebarang apa pun' kalau mengikut Muhammad Al-Asad(terjemahan dia dalam English, tapi aku terjemahkan balik dalam bahasa Melayu), makna dia belum wujud sebarang apa pun. So, Allah menciptakan daripada tiada kepada ada. Ok? Terus..

Tau negatif energy? Energy yang nilai dia negatif. Salah satu bentuk negatif energy adalah graviti. Macam mana? Contoh: Bayangkan ada bola jatuh dalam lubang. Kita perlukan energy untuk keluarkan bola tu dari lubang. Bila bola tu keluar dan berada atas tanah kita anggap bola tu mempunyai zero energy. Jadi sebelum kita keluarkan bola tu, bola tu ada negatif energy hasil tarikan graviti. Kita perlu tambah positif energy untuk jadikan bola tu atas tanah dan mempunyai tenaga yang kosong. Faham?

Negatif energy ni dibuktikan kewujudannya oleh Paul Dirac melalui kiraan matematik. Yang formula E=mc2 tu sebenarnya belum tepat. Mamat Dirac ni dapat kesan sesuatu yang Einstein tak perasan. Sebenarnya formula tu lebih tepat macam ni:

E = ±mc2

Maknanya setiap nilai positif tu ada nilai negatif dia yang buat dia cancel out sesama sendiri. Dan setiap matter tu ada negatif matter (lain dari antimatter) tersendiri yang aku cerita lain kali pulak. Sekarang ni nak cerita pasal energy dulu.

So, guna equation Einstein tadi, kita faham yang m, matter tu benda yang sama je dengan E, energy, cuma kena lajukan pada kelajuan cahaya kuasa dua, c2. Maka saintis-saintis gila pun mula la buat kiraan pasal jumlah energy/matter yang ada kat alam ni dan dicampurkan dengan jumlah negatif energy/matter yang ada.

Alangkah terkejut beruk diorang ni bila tau yang jumlah semua cas-cas ni adalah kosong. Zero. Nada. Sifr. Alam seluas ni sebenarnya kosong je. Tak ada apa-apa. Kosong. Kosong. Dan kosong...

Diriwayatkan oleh saintis-saintis ni bahawa kalau ada lebih atau kurang dari 0.00000001 pun dalam jumlah cas-cas ni maka seluruh alam semesta akan hancur akibat tak stabil. Subhanallah. Itu pun ada sesetengah diorang ni tak nak beriman lagi. Gila betul.

Dan terbuktilah, yang memang Allah jadikan alam ni dari kosong. Penciptaan dari tiada kepada ada. Sekarang dah ada penjelasan macam mana Allah ciptakan alam ni daripada tiada. Dengan penyeimbangan jumlah cas-cas yang ada. Dan sebab penyeimbangan ni jugak, alam ni stabil tak hancur lebur. (Sebelum tu, aku nak ingatkan, Allah boleh je jadikan sesuatu tanpa penjelasan. Bukan semua kehendak-Nya boleh dijelaskan. Takut terpesong pulak nanti)

So, tamat episod kali ni. Aku nak blah.

Salam

p/s: Kepada pengamal-pengamal PMR dan SPM, ilmu negatif energy ni tak boleh guna dalam periksa tau. Gravitational potential energy tu positif je kalau dalam silibus. Jangan salahkan aku kalau korang gagal sebab buat kiraan negatif kat GPE tuh. Haha...




- Posted using BlogPress from my iPad

Multiverse dan Luh Mahfuz

Post ni sebahagian dari satu cerita yang cukup panjang yang aku nak buat pasal multiverse. Hari aku cuma cerita kaitan dia dengan Luh Mahfuz. Sebelum tu sikit warning: kalau rasa dah nampak macam tak betul korang berhenti baca je la. Aku tak nak jadi sumber kesesatan orang yang tak boleh nak faham apa yang aku tulis.

Mula-mula meh aku cerita pasal multiverse. Serius pening gila. Aku pun tak tau macam mana nak tulis. Tapi untuk kali ni aku terang sikit je dulu yang kaitan dengan Luh Mahfuz. Siapa tengok cerita Fringe? Ataupun lagi senang cerita Alice in Wonderland. Dua-dua ada cerita pasal dunia yang lain dari dunia kita tapi wujud selari dengan dunia kita. Ini dipanggil parallel universe. Tapi aku lebih pegang konsep multiverse yang mana sama jugak dengan parallel universe cuma universe dia lagi banyak, bahkan tak terkira.

Aku bagi contoh, aku pegang pensel. Apa yang bakal aku buat dengan pensel tu? Tulis? Baling? Patahkan? Ok, andaikan aku tulis. Apa jadi dengan baling dengan patahkan? Mengikut teori multiverse, semua tadi berlaku, cuma pada universe yang lain. Maknanya dari point aku pegang pensel tadi dah ada 3 cabang universe yang berbeza, first aku tulis, lagi satu aku baling, satu lagi aku patahkan. Dan semua kemungkinan-kemungkinan ni akan hasilkan kemungkinan yang lain. Bagi setiap kemungkinan akan terhasil lagi satu cabang.

Itu cara mudah nak bagi faham. Kalau ikut teori tu, kemungkinan dikira sampai tahap laluan yang elektron lalu keliling proton pun diambil kira. Senang cerita setiap saat berbillion entah bertrillion entah berinfiniti cabang yang terhasil. Jadi tak kisah apa yang kita buat kemungkinan lain tetap akan berlaku. Setiap hasil keputusan ni akan hasilkan parallel universe yang selari dengan universe yang kita alami sekarang ni. Gabungan semua universe ni la yang dipanggil multiverse. Antara saintis yang awal bagi hujah kukuh terhadap teori ini adalah Erwin Schrödinger, Max Born, Niels Bohr dan Werner Heisenberg. Tak perlu la aku rasa nak cerita macam mana diorang buat, nanti melampau-lampau panjang pulak post ni.

Faham? Kita terus dengan Luh Mahfuz;

Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma : “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Luh Mahfuz daripada mutiara yang putih, helaiannya daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya, bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi, Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata : Isnadnya sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Al-Zahabi berkata dalam al-Talkhis : Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi dia waahin(cinta akan dunia)].

Para sahabat, tabi’in dan semua Ahlis-Sunnah dan hadis telah bersepakat bahawa setiap perkara yang berlaku sehingga ke hari kiamat telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ayat-ayat al-Quran telah membuktikan bahawa Allah telah mencatatkan apa yang Dia lakukan dan katakan di Luh Mahfuz. Dia telah menulis di Luh setiap perbuatanNya dan kalamNya, sesungguhnya ayat ‘Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!’ telah berada di Luh sebelum wujudnya Abu Lahab.’ [Lihat : Bada’i at-Tafsir, Ibn al-Qayyim, 4/131]

Ok..ni aku copy paste je tapi main point yang boleh kita derive dari hadis ni dan ijma' sahabat tabi'in dan Ahlis-Sunnah untuk topik aku kali ni yang Luh Mahfuz tercatat segala takdir yang dah, sedang dan bakal berlaku.

Jadi sebelum aku cerita kaitan dia, pernah tak korang terfikir atau ada orang tanya pasal takdir yang lebih kurang bunyi dia macam ni:

"Kalau orang yang buat jahat tu takdir Allah. Maknanya tak ada free will. Allah dah tentukan orang tu masuk neraka."

Aduh cik adik, tu pesimis namanya. Tapi tak apa, Insya-Allah aku boleh jelaskan.

Aku bagi ayat Quran jap

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya:Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Luqman: 27)

Antara makna istilah 'kalimah Allah' dalam ni termasuk jugak Luh Mahfuz. Maknanya banyak sangat takdir yang ditulis sampai tak boleh nak habis dengan segala lautan dan bantuannnya. Dan banyak sangat cabang-cabang yang terhasil akibat segala kemungkinan yang berlaku sehingga menyebabkan jumlah universe mencapai infinite.

Apa yang aku maksudkan kat sini, semua takdir dah ditulis dalam Luh Mahfuz. Setiap kemungkinan. Memanglah orang tu jahat. Dalam Luh Mahfuz ada tulis dia jadi jahat. Tapi ada jugak dalam Kitab tu yang tulis dia jadi baik. Siapa suruh dia buat keputusan jadi jahat. Setiap apa yang mungkin berlaku tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua cabang multiverse tertulis dalam tu. Comprendé?

Dah tu je kot untuk episod ni. Banyak lagi cerita multiverse ni. Tapi lain kali la.

Salam.




- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, 22 January 2011

Psikokinesis dan Khilafah Islamiah

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di bumi.
(Al-Baqarah: 30)

Apa dah jadi sampai umat Islam tak boleh nak bangkit-bangkit lagi dan memakmurkan bumi ni? Dalam hal ni, fizik ada main peranan. Macam mana? Biar aku start dengan cerita pasal psikokinesis....

Pernah tengok Star Wars? Yang Jedi dia ada Force yang boleh gerakkan benda guna minda tu. Itu la yang dipanggil psikokinesis. Kalau nak maksud skema dia iaitu keupayaan untuk mengawal objek menggunakan minda. Benda ni dah tentu-tentu sains fiksyen semata. Gerakkan benda dengan fikran, tak ke macam banyak sangat tengok tv tu? Tapi biasalah, manusia tak puas hati jugak, lalu dibuat la kajian mengenai benda ni. Yelah, sebelum ni tak pernah pun terfikir besi boleh terbang, alih-alih sekarang ni besi pulak boleh bawak orang terbang sekali. So manalah tau kalau dibuat kajian benda ni betul-betul boleh jadi.

So, saintis-saintis yang obses pun buatlah kajian. Antara orang awal yang melakukan kajian serius terhadap psikokinesis ni bernama Gertrude Schmeidler. Minah ni seorang profesor di City University of New York. Hasil kajian beliau menunjukkan manusia boleh ubah suhu udara sekeliling dengan konsentrasi yang tinggi. Tapi berubah pun hanya kurang dari 0.01 darjah celsius. Hah, yang penting boleh.

Lepas tu pulak ada kajian yang lagi melampau yang dilakukan di Princeton University. Ada satu program yang dipanggil Princeton Engineering Anomalies Research kat university tu yang dianjurkan semata-mata nak kaji pasal psikokinesis. Diasaskan oleh Robert G. Jahn, kajian ni berlangsung selama 28 tahun dari 1979 sampailah 2007. Ganas sungguh. Kajian dia senang je. Cuma pakai duit syilling. Bila kita lambung duit syilling, confirm ada 50-50 peluang nak dapat kepala atau ekor. Tapi lepas lebih dari 1,700,000 cubaan yang melibatkan 340,000,000 lambungan duit syilling, saintis-saintis gila yang buat kajian ni dapat buktikan yang fikiran manusia mempengaruhi result lambungan syilling yang kita buat. Tapi sikit je la, lebih kurang 1 dalam 10,000. Maknanya bila kita lambung syilling, bukan la fifty-fifty, tapi bergantung sikit guna minda kita. Itu pun kalau kita concentrate kuat gila tahap dewa.

Alih-alih dah penat cerita pasal kajian-kajian ni, jom tengok apa Allah firman dalam Quran pulak;

حتّىٰ ىقول الرّسول والذّىن ءامنوا معه متىٰ نصر الله الاٰ اِنّ نصرالله قريب....
Maksudnya: Sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(Al-Baqarah:214)

Kat sini Allah nak suruh kita tahu bahawa pertolongan-Nya amat dekat. Tapi keyword dia kat sini perkataan 'ketahui' tu. Allah suruh kita tahu. Bagi aku tahu adalah peringkat paling tinggi yang boleh dicapai oleh minda seseorang. Contoh, kita ambik beberapa perkataan yang berkaitan dengan minda: ragu, percaya, yakin, tahu. Sekarang mari buat ayat guna perkataan-perkataan ni.

1. Saya ragu batu itu keras.
2. Saya yakin batu itu keras.
3. Saya percaya batu itu keras.
4. Saya tahu batu itu keras.

Mana paling convincing? Dah tentulah orang yang 'tahu'. Kalau yang percaya kalau kita bagi bukti batu tu lembik, kepercayaan dia berubah. Samalah dengan orang yang yakin. Kalau orang yang ragu tu tak payah nak cerita la. So, 'tahu' adalah peringkat tertinggi iman. Bila seseorang beriman Allah itu wujud, maka dia 'tahu' Allah wujud. Kalau setakat yakin, masih boleh dipatahkan dengan hujah-hujah dan bukti-bukti tertentu.

Kita dah tahu minda boleh mempengaruhi keadaan sekeliling. Itu pun setelah concentrate habis-habisan. Concentrate sampai tahap tahu, bukan percaya atau yakin apatah lagi ragu. Sebelum aku teruskan lagi aku ada soalan: kalau kita 'tahu' batu tu lembik, adakah batu tu akan jadi lembik? Depends. Ikut kefahaman aku, siapa yang tahap 'tahu' dia lagi power, maka keadaan akan ikut dia. Tapi satu dunia 'tahu' batu tu keras, kau sorang je mana cukup nak lawan kuasa minda satu dunia.

So, kaitan dengan umat Islam yang tak bangkit-bangkit lagi ni dengan kuasa minda ni senang je. Umat Islam lebih satu billion. Tapi berapa orang je tahu pertolongan Allah tu dekat. So, Allah pun tak berkenan nak dekatkan pertolongan kat kita sebab tak ada sebab yang boleh dipakai untuk Dia bagi apa yang dia janji. Deal asal supaya kita beriman atau aku lagi suka 'tahu' barulah janji-janji dalam Quran tu Dia bagi. Cuba bayangkan kuasa minda satu billion umat Islam tahu yang kita bakal peroleh kemenangan. Tapi hakikatnya bukan setakat malas nak usaha tolong Islam, tapi fikir dan beriman Islam menang pun tak nak buat. Apa nak jadi. Orang Yahudi sikit tapi semua 'tahu' mereka kuasa dunia tu la sebab mereka memang kuasa dunia. Mereka beriman sampai tahap 'tahu'. Tu tak kira lagi orang yang bukan Yahudi yang duduk tolong 'tahu'kan sekali yang bangsa tu kuasa dunia. Memang patutlah.

So simple je konklusi untuk episod ni, telekinesis boleh bantu umat Islam dalam usaha menubuhkan Khilafah Islamiyah di dunia ni kalau semua orang 'tahu' benda tu. Efek dia kalau ikut kajian 1 dalam 10,000. Tapi kalau campur 1 billion umat Islam? Dah lebih dari cukup. Fikir-fikirlah. Fikir sampai 'tahu'.

Salam semua.

p/s: aku rasa aku sorang je yang faham apa yang aku tulis ni. Aku 'tahu' lah. Hahaha







- Posted using BlogPress from my iPad

Pilot








Kalau tengok cerita-cerita Inggeris kat tv biasanya episod satu dia namakan pilot. Aku pun memang jenis tak kreatif langsung nak reka-reka nama untuk first title ni, so aku dengan mudah tirulah kaedah orang Hollywood untuk mulakan blog aku.

Blog aku ni aku buat untuk aku sendiri. Untuk tingkatkan aqidah aku. Tapi kalau ada orang nak baca jugak silakan. Aku nak buat kaitan anatara fizik dengan Islam. Banyak jugak orang yang buat kaitan sains dengan Islam. Tapi banyaknya tenteng syara' dan hukum. Contoh macam makan babi. Islam haramkan dan kajian pun tunjuk banyak keburukan makan daging babi ni. Aku tak minat nak kaitkan sains dengan hukum. So apa-apa selain hukum tu la yang aku nak kaji. Aqidah, da'wah dan benda-benda lain.

Insya-Allah, sumber yang aku guna untuk agama datang dari Quran dan Hadis, bukan dari sumber lain. Aku akan cuba untuk cari hadis-hadis yag sohih untuk mengelakkan keraguan. Untuk belah fizik pulak aku guna sumber buku-buku fizik yang ditulis oleh orang-orang yang ahli dalam bidang fizik macam Stephen Hawking, Michio Kaku, Albert Einstein, Micheal Faraday dan lain-lain lagi.

Dan aku bagi warning awal-awal, blog ni untuk aku sebenarnya. Apa yang aku tulis kadang-kadang nampak macam terpesong sikit tapi aku assure korang semua yang aku dah cuba buat penelitian paling dalam tentang benda yang tulis. Kalau tak faham pergi tanya orang yang mahir. Jangan buat konklusi sendiri. Pulak tu jangan nak menuduh aku sesat. Korang yang tak faham.

So untuk episod pilot ni aku tulis sampai sini je. Penat aku menekan-nekan skrin. Salam.

- Posted using BlogPress from my iPad