Saturday, 8 October 2011

Alam Ghaib dan Dimensi

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah:3)

Bagaimana cara paling senang nak buat orang percaya benda ghaib tu wujud? Ambil segelas susu. Apa ada dalam susu? Ada lemak. Nampak tak lemak tu? Tak. So, lemak adalah sebahagian dari alam ghaib. Setuju? Kalau ya boleh teruskan kehidupan macam biasa. Kalau tak boleh baca dengan lebih lanjut.

Dalam Islam alam ghaib sangat penting dalam Iman. Paling penting sekali Allah ghaib dari pandangan kita. Lepas tu ada syurga dan neraka, malaikat, syaitan, jin dan apa-apa lagi yang ghaib. Masalahnya fitrah manusia memang susah nak percaya benda yang ghaib. Sesuatu tu perlu nampak baru mudah nak percaya. Jadi hari ni aku nak cuba untuk tunjukkan ke arah yang betul supaya semua boleh nampak alam ghaib ni.

Kita mula dengan dunia yang sedang kita diami ni. Setiap titik koordinat boleh dijelaskan dengan 3 nilai iaitu x,y dan z(dimensi ruang) serta satu nilai masa(dimensi masa).

Kalau tengok dalam GPS kereta biasanya ada 2 koordinat, sebab kereta hanya bergerak dalam x dan y je. Kalau kapal terbang biasanya akan ada dua koordinat tu ditambah dengan dengan ketinggian yang mewakili nilai z. Tapi masih tak complete lagi. Kalau tak nak miss flight, kita kena tepati masa(kita wakilkan dengan simbol t) sebab kapal terbang tu ada kat airport pada masa tertentu je. Maknanya sesuatu objek yang wujud dalam alam ni boleh dijelaskan kedudukannya dengan keempat-empat nilai tadi. Kalau tak cukup satu, kita takkan tau kat mana objek tu.

10 Jun 1854, Bernhard Riemann menjadi orang pertama yang mengasaskan geometri untuk empat dimensi ruang. Antara hujah matematik yang dikemukakan ialah Teori Pythagoras. Benda ni lagi senang nak difahami dengan gambar kat bawah.

Jadi, Riemann cakap yang kalau boleh macam tu, kenapa tak boleh tambah a²+b²+c²+d²=e²? Dan huruf-huruf ni boleh ditambah sampai jadi berapa banyak je yang korang nak. Tapi ni masih tak membuktikan yang wujudnya lebih dari 3 dimensi ruang(kita panggil dimensi lebih tinggi). Jadi nak dipendekkan cerita macam biasa orang yang buktikan perlunya wujudnya benda ni adalah tak lain tak bukan pakcik kita yang rambut serabai, Albert Einstein dengan teori relativiti umum. Lain hari boleh borak pasal teori ni.

Apa yang menyebabkan aku kata alam ghaib tu merupakan dimensi yang lebih tinggi dari 3? Benda ni lebih sesuai dijelaskan dengan gambar.
Cuba bayangkan alam kita ni 2 dimensi je. Kita hanya akan nampak x dan y je. Kemampuan kita untuk bergerak pun hanya pada dua nilai tu. Orang yang hidup dalam 2 dimensi takkan dapat faham apa maksud atas dan bawah. Diorang hanya tahu kiri kanan depan belakang. Jadi dalam gambar kat atas, orang yang dalam bentuk bujur tu tak boleh keluar sebab dia tak boleh bergerak ke atas(keluar dari kertas). Dan bila dia ditarik keluar oleh orang 3 dimensi, kawan-kawan dia akan nampak dia ghaib dari pandangan. Lagi satu, orang sebelah kiri sekali tu takkan nampak orang sebelah kanan sebab pandangan dia dihalang oleh bujur tersebut. Tapi orang 3 dimensi tu dapat lihat keseluruhan dunia 2 dimensi tu.

Point yang kita dapat dari gambar ni ialah:

  • Orang yang dimensi lagi tinggi takkan terhalang dengan sesuatu yang menghalang orang yang berada dalam dimensi yang lebih rendah. Tu sebab dalam Quran disebut Allah itu lebih hampir dengan kita dari urat leher kita (Qaf:16). Ayat ni boleh ditafsir secara literal sebab Allah takkan terhalang oleh jisim badan kita kerana Dia berada dalam dimensi yang lebih tinggi.
  • Kita tak boleh nampak dimensi lagi tinggi dari kita tapi kita boleh nampak keseluruhan dimensi bawah kita. Dan seperti kita tahu, Allah Maha Melihat dan Dia nampak segala-galanya.


Gambar ni pulak nak tunjukkan macam mana nak visualkan 4 dimensi ruang. Orang yang berada dalam 2 dimensi boleh tengok kiub 3 dimensi dengan dibuka kiub tersebut. Perkara sama boleh dibuat untuk kita. Kiub 4 dimensi boleh dibuka dan terhasillah gambar yang keempat. Tapi kita tak boleh nak visualkan bagaimanakah bentuk kiub tersebut dalam 4 dimensi.

Kenapa manusia diciptakan dalam 3 dimensi? Banyak hukum fizik yang diperlukan untuk manusia hidup hanya wujud dalam 3 dimensi. Maka dengan itu manusia pun diletakkan dalam alam yang luas ini dalam bentuk x,y dan z. Dan t.

Kesimpulannya mengikut pandangan aku alam ghaib ni merupakan dimensi yang lagi tinggi dari manusia di mana Allah bersemayam di atas 'Arasy yang berdimensi infiniti. Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung.

p/s: sila baca ni. WAJIB!

- Posted using BlogPress from my iPad

Kiamat dan Telomerase

بَلَىٰ مَنْ كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan dia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah: 81-82)

Aku pernah terbaca yang selepas sangkakala ditiup, Malaikat Izrail akan mencabut nyawa Malaikat Israfil. Lepas tu dia akan cabut nyawanya sendiri dan masa tu, barulah dia akan mengalami kesakitan mati yang teramat sangat dan jeritannya amat dahsyat sekali. Betul ke tak cerita ni Wallahu'alam. Tunggulah Kiamat nanti. Namun apa intipati yang sebenarnya aku nak ambil ialah kalau Malaikat Izrail dah mati, jadi orang lain takkan mati la kan? Dan memang Hari Kiamat semua orang hidup selama-lamanya tak kisahlah yang masuk syurga ataupun yang masuk neraka.

Jadi kalau ikut logik, boleh ke manusia hidup selama-lamanya? Mari kita belajar apa yang menjadi asbab manusia untuk mati( tak kira yang mati kena langgar, kena bunuh, bunuh diri, kanser otak, kanser lidah, kanser lutut(ada ke?) dan yang sewaktu dengannya. Maknanya yang mati sebab tua).

Dalam DNA manusia ada satu bahagian yang dipanggil telomere. Bahagian ni la yang mengandungi segala maklumat yang diperlukan untuk mitosis ataupun pembahagian sel. Seperti yang kita tahu, sel-sel dalam badan kita akan mati dan sel-sel mati tu la yang membentuk habuk dalam rumah kita. Sel-sel mati ni perlu diganti. Kalau tak, itulah yang menyebabkan kita sakit tua dan bila banyak sangat sel-sel yang dah mati dalam badan kita, Insya-Allah kita pun akan mati.

Jadi dengan adanya telomere, maklumat dapat diberikan agar sel-sel baru boleh terbentuk. Tapi ada satu masalah, telomere ni makin lama makin pendek dan akhirnya ia akan habis. Bila dia habis, cuba teka apa jadi? Betul, pembahagian sel tak boleh berlaku dan seterusnya akan berlaku seperti perenggan di atas.

Pada tahun 1984, dua manusia yang bernama Carol W. Greider dan Elizabeth Blackburn terjumpa satu enzim yang dipanggil telomerase. Dan enzim ini dikatakan boleh memanjangkan telomere. Jadi apabila telomere panjang, maka hayat seseorang makin lama. Dan kesimpulannya mudah je, kalau seseorang menggunakan telomerase dengan berpanjangan, maka beliau takkan tua.

Ada yang cakap, dalam satu hadis disebut bahawa semua penyakit ada ubat kecuali tua dan mati. Jadi Nabi sebut tua tak ada ubat. Memang betul, tapi untuk mengubati penyakit, penyakit tu mesti ada dulu. Nabi tak cakap tak ada pencegah untuk mati dan tua. Maknanya ini pencegah, bukan ubat. Sebagai contoh, memandu dengan selamat adalah pencegah dari kemalangan maut. Betul tak? Benda ni sama je la dengan mencegah tua. Namun apa yang pasti semua orang akan mati.

Pengakhiran untuk cerita ni mudah, kalau kat dunia seseorang tu boleh hidup dengan lama dengan bantuan telomerase, kalau kat syurga yang confirm tak ada pencemaran, penyakit, accident kereta dan sebagainya, dah tentu logik bagi seseorang itu untuk sentiasa muda dan tak mati. Boleh?