Assalamualaikum.
Korang semua pernah dengar tentang Maurice Bucaille? Pakcik ni seorang
doktor berbangsa Perancis. Beliau merupakan penulis buku The Bible, The Qur'an
and Science. Buku ni menjelaskan bahawa segala apa yang terkandung dalam
Al-Qur'an tak bercanggah dengan sains. Disebabkan buku tu, ramailah manusia
yang menjadi obses untuk mengaitkan segala macam Syariat dan kepercayaan Islam
dari sudut sains. Dan perbuatan ini digelar Bucaillisme. Maurice Bucaille pula
dipercayai memeluk Islam, tapi tak cukup bukti yang menunjukkan demikian.
Selesai Bucaillisme, mari tengok pulak mengenai Mu'tazilah. Mu'tazilah ni satu
kumpulan atau fahaman dalam Islam yang sangat mementingkan logik dan taakulan.
Mereka mempercayai bahawa Al-Quran merupakan makhluk. Bagi mereka semua perkara
kat dunia ni ada penjelasan yang boleh dikaitkan dengan sains. Dan fahaman ni
lah yang menaikkan kegemilangan ilmu Islam zaman Khilafah Abasiyyah. Disebabkan
pemikiran mereka berdasarkan logik dan sains, maka ilmu keduniaan pun
berkembang dengan pesatnya zaman tersebut. Dan ramai khalifah zaman tu yang
menyokong gerakan Mu'tazilah ni.
Kesinambungan kepada penjelasan aku yang pendek tadi tu, aku nak buat sikit
penilaian pasal blog aku ni. Sepnajang-panjang aku menulis blog ni, aku
selalu fikir yang semua benda kat dunia ni ada logiknya. Tak mungkin sesuatu tu
dicipta atas semata-mata penciptaan. Dan benda aku masih pegang sampai
sekarang. Tapi dalam kesungguhan aku menulis dan mengkaji, kadang-kadang aku
tak sedar yang aku dah melanggar batas-batas yang tak sepatutnya. Sedar tak
sedar, fahaman Bucaillisme yang aku pegang ni sedikit sebanyak bersamaan dengan
Mu'tazilah.
Contoh yang paling jelas yang aku nampak sendiri adalah
dalam post yang ni. Bila aku fikir-fikir balik, dah tentulah Allah yang mencipta
ruang. Maka tak mungkinlah sifat Allah tu terhad dalam ruang. Zat Allah wujud
tanpa memerlukan ruang walaupun ruang tu berdimensi infinite. Bila sebut Allah
berada dalam ruang bermaksud kita dah menyamakanNya dengan sifat makhluk iaitu
perlu berada dalam ruang sedangkan dalam Surah Al-Ikhlas menyatakan bahawa
tiada sesuatu pun yang boleh disekutukan denganNya. Secara tak langsung aku dah
menyekutukan Allah untuk menjelaskan kedudukanNya dari segi sains.
Astaghfirullah. Na'uzubillah. Moga-moga aku diampunkan. Walau bagaimana pun aku
memutuskan untuk takkan edit post tu, tapi aku akan letakkan ralat kat sidebar
aku.
So lepas ni apa yang aku tulis aku akan cuba
untuk lebih berhati-hati supaya tak bercanggah dengan Aqidah Islam. Sampai sini
je dulu. Lain kali sambung.
Maurice Bucaille
p/s: sejak akhir-akhir ni aku sibuk sangat, jadi tak
boleh nak selalu update..