وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Maksudnya:Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang.
(Al-Mulk:5)
Syaitan ni merupakan makhluk yang direjam. Ayat kat atas menunjukkan bahawa salah satu benda yang merejam syaitan ni adalah bintang. Sungguh hebat bintang-bintang ni sampaikan boleh mengalahkan syaitan yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang tak terjangkau oleh fikiran manusia.
Jadi, apa arsenal yang ada pada bintang-bintang ni? Mari kita kaji kehidupan sebuah bintang.
Bintang terbentuk apabila gas-gas yang terkumpul di angkasa(kabanyakannya gas hydrogen dan helium) tertarik sesama sendiri. Dan bila jumlah gas dah melampau banyaknya, maka ia pun akan tercompress sehebat-hebatnya dan perlanggaran antara atom-atom semakin laju dan akhirnya terhasil haba yang sangat panas dan mengaktifkan proses cantuman nuklear. Dari hydrogen menjadi helium menjadi karbon dan akhirnya sehingga menjadi besi. Setiap cantuman atom yang berlaku akan menyebabkan bintang menjadi lebih besar hingga mencapai saiz red giant. Untuk bintang yang lebih berat diorang takkan capai sebesar red giant sebab graviti diorang lagi power. Dan bila dah habis cantuman nuklear sampai besi, maka bintang-bintang yang ringan akan collapse atau compress menjadi bintang kerdil putih. Dan tamatlah riwayat bintang ni.
Tapi bagi bintang yang lebih dari 1.4 kali ganda dari matahari kita, benda yang lebih menakjubkan berlaku. Mereka akan mula-mula collapse tapi disebabkan panas yang maha hebat akibat perlanggaran atom-atom, bintang tersebut akan BOOM!!!
Meletup manjadi supernova yang amat hebat. Cahaya dari supernova ni lebih terang dari segala apa yang wujud di langit. Bintang bintang yang berdekatan dengan supernova akan tercampak keluar dari orbit asal. Dan syaitan pun direjam.
Apa jadi lepas tu? Ada dua kemungkinan boleh berlaku. Kalau berat bintang tu kurang dari 3 kali ganda matahari, maka akan terbentuklah neutron star. Makhluk ni sungguh dahsyat. Ketumpatan dia sungguh tunggi. Satu sudu bahan neutron star ni sama berat dengan gunung everest. Dan bintang ni berputar dengan laju sampai boleh mencapai 120 pusingan sesaat. Bayangkan benda sebesar tu pusing laju gila. Dan putaran ni akan menghasilkan pulsar.
Pulsar ni menghasilkan suluhan elektromagnetik yang kuat. Dan bila dia berpusing, efek yang dihasilkan apabila dilihat dari bumi jadi macam lighthouse. Maka direjamlah syaitan.
Dan belum habis lagi. Kalau bintang tu lagi berat dari 3 kali ganda? Maka selepas meletup menjadi supernova, bintang tersebut akan collapse sampaikan seluruh bintang tu menjadi sebesar satu titik je. Tapi sekeliling bintang tu akan menjadi gelap akibat tarikan graviti yang maha hebat sampaikan cahaya pun terperangkap. Inilah yang dipanggil black hole.
Dan black hole yang melampau besarnya akan menarik bintang-bintang lain mengelilinginya dan membentuk galaksi. Berat black hole yang macam ni boleh melebihi 50000 kali ganda dari matahari. Dan kalau lagi berat lagi sampai mencecah berjuta-juta kali ganda lagi berat dari matahari, akan terhasillah quasar. Makhluk ni sama macam pulsar tapi tenaga yang dihasilkan jauh lebih ganas. Kalau terdapat quasar dalam jarak beberapa tahun cahaya dari bumi nescaya hancur meletup bumi kita ni. Dan Iblis pun direjam.
Kalau black hole boleh menelan bintang, quasar yang hebat ni pula boleh menelan seluruh galaksi. Hebat. Bayangkan galaksi kita kena telan. Seram. Tapi Alhamdulillah jarak diorang ni jauh sangat dari bumi. Berbillion tahun cahaya jaraknya. Terselamat manusia. Dan direjamlah Iblis dan syaitan yang cuba mencuri dengar urusan langit. Subhanallah.
So, kalau makhluk Allah boleh jadi hebat, besar dan menakutkan berbanding manusia yang lemah ni, maka fikirlah kehebatan dan kebesaran Zat yang telah mencipta benda-benda tersebut. Takjub dan Taksublah kita kepada-Nya.
Salam.
- Posted using BlogPress from my iPad